Sunday, October 30, 2016

Dinner at Billionaire Cafe , Melaka

Dah berkurun lamanya entri ni.....makan di Billionaire Cafe , Melaka pada awal bulan Februari'16 tahun ni....masa tu dinner with my mom and my younger sister...


Nampak sedap burger ni kan...he..he...



Spaghetti..



Coffe and apa nama ni ....bruschetta.....susahnya nak sebut...



Ni fish and chips..



Salad ..



Spaghetti carbonara...










Steak for mr hub....does not suite his taste..



Kek kat sini sedap juga...and I tried that nuttella cheese tart too...


The menu booklet...


Looks so tempting kan.....makan 6 orang and total damage is RM200.00 ...hmm....hmm....the food taste here biasa biasa saja tapi memang ramai orang makan kat café ni......







Puding batik...nyum...nyum...

Saya sangat jarang membuat puding....tak tahu kenapa.....mungkin prosesnya leceh sedikit. Puding ni dibuat atas permintan Mr Hub....Digagahkan juga membuat pudding ni....

Actually buat pudding ni taklah sesusah mana pun....sekejap je dah siap.


Puding saya ni tak berapa nak berupa batik sebab adunan koko saya tu cair sikit....kurang koko rasanya...actually saya tambah milo+nescaffee + koko + coklat emulco ....banyak tu tapi masih tak gelap gelap warnanya...


Masukkan pudding ni dalam fridge memang nyaman sedap dimakan....sejuk je rasanya...




Saya boleh makan banyak puding ni....sedap betul...ngap...ngap tak perasan dah tinggal separuh...




PUDING BATIK
Source : Azie Kitchen

Bahan

20 - 25 g agar agar
4 mug air = 1 sukatan 1 mug = 350 ml
1 1/2 cawan gula - kurangkan jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung kastard
2 biji telor
1/4 cawan sebuk koko

Cara
Masak agar agar dengan air sehingga hancur. Setelah betul hancur baru dimasukkan gula. Masak sehingga gula hancur.
Blend semua bahan lain kecuali serbuk koko.
Masukkan semua bahan yang telah diblend ke dalam periuk agar agar tadi. Sila kacau sebentar bagi sebati dan  pekat.
Bahagikan adunan kepada 2, satu bahagian dicampurkan koko. Kacau rata.
Ambil Loyang dan masukkan satu senduk adunan yang plain diselangselikan dengan adunan koko tadi. Buat sehingga habis. Biarkan sejuk sebentar dan boleh masukkan ke dalam fridge bahagian bawah. Biar agar agar ni mengeras, selepas itu baru boleh di potong.




Thursday, October 27, 2016

Kuih bakar daging berlauk so soft and sedap...

Dah lama tak buat kuih bakar daging ni.....favourite one whole family ni.....baru baru ni sempena birthday my hubby sempat buatkan kuih bakar daging ni. Selalu kalau beli kat gerai memang tak menepati citarasa ada je yang kurang...

His birthday cake...kuih bakar daging...


Saya guna acuan yang klasik ni...


Sedap rasa kuih daging berlauk ni....tekstur tepungnya pun lembut .


Dapatlah 3 biji kuih ni ...


Memang so lembut tekstur tepung tu....


Sekali ngap je...


Cutting it...Tq to Kak Azie Kitchen for the resepi....actually saya ni tak minat sangat buat kuih melayu sebab takut tak menjadi tapi dengan resepi dari blog Kak Azie ni bila saya buat selalu je menjadi....tu yang best....he..he....



KUIH BAKAR BERDAGING

Source : Azie Kitchen


Bahan
250g dagaing kisar/cincang
1 1/2 sudu rempah daging
1 biji bawang besar - didadu
garam secukup rasa
daun bawang
cili merah dihirs halus
1 sudu besar minyak


Cara
Daging dibersihkan dan dicincang sampai halus. Boleh juga guna daging batang pinang dan dipotong kecil kecil.
Panaskan satu sudu minyak dan tumis bawang yang telah didadu. Bila bawang dah kekuningan , masukkan rempah kari dan goreng sampai Wangi.
Masukkan daging dan masaklah sampai kering kemudian sejukkan.


Bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair / susu cair  / sudu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telor
Pukul telor sehingga kembang, masukkan santan dan air kacau rata.
Masukkan tepung dan kacau sebati. Kalau tak halus boleh masukkan ke dalam blender dan kisar sedikit demi sedikit sampai halus.
Letakkan sedikit sahaja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat sebab lauk daging tadi dab ada garam.


Cara
Panaskan oven pada suhu 160 C. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini boleh dapat 3 biji kuih bakar.
Letakkan acuan kuih bakar di atas dapur  dan bubug 1/2 sudu minyak sapi/marjerin dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan apir dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan.
Lepas 1 mnit, sudukan 1 sudu kecil lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan lahan. Mulakan di bahagian tengah dan kemudian di setiap lekuk acuan.
Akhir sekali , taburkan daun bawang dan cili merah. Bila Nampak dah garing pada bahagian tepi kuih, boleh masukkan ke dalam oven pada suhu 180 C menggunakan api atas sahaja ( jika ada) selama 15 - 20 minit. Saya guna api atas bawah.







 


 

 


Tuesday, October 25, 2016

Makan makan at Ikan bakar Parameswara , Melaka ......

Walau selalu balik kampong di Melaka....jarang kami singgah makan ikan bakar...boleh dikira dengan jarilah....Awal tahun ni kami singgah makan di restoran ikan bakar Parameswara....First time makan kat sini.....Restoran ni memang ramai orang but dot worry ada banyak disediakan meja....kalau tak salah ada dalam 100 buah meja...cam ne saya tau sebab atas meja ada nombor..he..he..


Udang goreng butter...


Lala masak halia..


Duduk je....appetizer dah sampai...


Sos kicap dan air asam...tengok air asam tu dah terliur dah...


Ambil ikan siakap ....bakar kosong je..


Sotong goreng tepung wajib ada sebab favourie the kids..




Order asam pedas ikan pari.....banyaknya sampai kami terpaksa tapau..


Wajib dimakan dengan nasi lemak bungkus...


Sayur kangkung goreng..


Meriah tul...macam macam ada ...nak makan 6 orang je pun and semuanya bukan jenis kuat makan.Overall makanan kat sini boleh tahan sedap , service cepat juga and price reasonable lah...tak terkejut akak bila nak bayar....tu kira ok lah kan...


Pilih pilihlah dulu yang man berkenan...memang rambang mata...

Betul betul tepi laut..


Restoran ni kat bahagian dalam sedikit . Kat sini ada jeti untuk ke Pulau Besar..

Alamat Ikan Bakar Parameswara :
KM 12, Jalan Pengkalan, Pulau Besar, 75460, Melaka

Monday, October 24, 2016

Wadai Kiping....apa tu ya...

Apa tu wadai kiping ni ? Nama memang pelik kan . Rupanya ia adalah sejenis manisan dari kaum Banjar. Famous disediakan masa kenduri kendara dan di bulan puasa.Nampak resepi ni kat blog azlita masam manis terus tergoda nak mencuba. Bila baca bahannya senang je nak buat tu yang laju je nak cuba.

Saya buat tak manis sangat so sedap je lalu kat tekak ni......saya buat ni dalam bulan puasa yang lalu.....



Boleh dimakan begitu saje atau disejukkan dalam fridge terlebih dahulu.


Tu bukan buah laici ya tapi adunan dari tepung pulut....mesti nak buat tu dulu baru biat pengatnya...


Memang sedap pengat ni makan sekali nak lagi...rasa lemak lemak santan tu dengan gula Melaka memang sedap...



WADAI KIPING

Source : Azlita masam manis


Bahan A
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar air kapur
Air secukupnya
1/2 sudu teh garam

 
Bahan B
1 cawan santan
6 sudu besar gula merah atau gula timbang
4 sudu besar gula pasir
secubit garam
1/2 ketul gula Melaka
1 helai daun pandan di simpul
air secukupnya



Cara
Satukan bahan A kecuali air.
Tuang air sikit-sikit dan uli hingga boleh membentuk doh, Jika terlembik tambahkan tepung
Uli bulat-bulat dan tekan tengahnya dengan jari hingga membentuk lubang
Susun atas dulang, dan buat hingga habis adunan.

Panaskan air hingga mendidih dan masukkan doh yang telah di gentel tadi
Bila ia timbul, angkat dan letakkan dalam mangkuk atau bekas yang berisi air.

Dalam periuk lain, satukan gula merah, gula pasir, gula Melaka, daun pandan simpul dan air.Masak  sehingga mendidih dan gula larut.
Bila sudah mendidih , tapiskan.
Masukkan semula dalam periuk dan masak semula
Tuangkan santan dan secubit garam.
Sentiasa kacau supaya tak pecah santan.
Masukkan butil-butil pulut tadi dan masak sehingga mendidih.
Cuba rasa manis dan lemaknya,  jika kurang manis, tambahkan sedikit gula.
Sedia untuk di hidangkan



Sunday, October 23, 2016

Ros Jepun berbagai spesis dan warna...

Ternampak banyak spesis ros jepun yang belum pernah saya tanam di FB, salah seorang darinya ialah NurFazimah Aliyuzar atau Aisya Garden. Beliau memang menanam banyak ros jepun dan yang paling best beliau menjual keratan ros jepun. A very good business ni. Kalau kita rajin macam macam kita boleh jual.


So after adding her, terus order ros jepun. After bank in terus di courierkan ros jepun tu. Bila dapat terperanjat juga...banyaknya seperti di atas.....harga siap postage cuma RM25.00 saje. So happy to see them.


Ros jepun duk diam dalam tu...kemas je parcel ni..


Bahagian dalam kotak bila dibuka...


Segar bugar ros jepun Aisya Garden ni,,,,suka tengok......sebab dapat banyak saya bagi pada office mate saya sedikit untuk ditanam....


Lepas dapat ...petang tu juga saya tanam tapi tak habis .....esok saya sambung lagi kerja menanam....Saya gunakan Tanah seperti plastic bag di atas. Tanah ni memang bagus untuk menanam ros jepun..

Separuh saya tanam di atas tanah. Ni dah 2 minggu baru tegap segar. Rajin rajin siram air ikan memang geb gebas nanti ros jepun ni.....bila pukul 10 pagi akan kembang mekar bunganya. petang kul 3 akan kuncup semula..

Antara ros jepun yang saya beli....cantikkan...photo photo ni milik NurFazimah Aliyuzar atau Aisya Garden di FB. Saya cuma buat photo collage nya saje....So sesiapa nak beli boleh order dengan Aisya Garden kat FB ya.







Lunch di Restoran BP Beriani Power.......

Nasi beriani memang favourite my daughters....for me biasa biasa je lah... They love nasi beriani di Batu Pahat ...restoran yang popular tu ...Restoran BP Beriani Power....nak ke sini kena awal ya jika tidak semua habis...
 
Nasi beriani gam ayam merah..


Nasi beriani gam daging.


Papedom , acar buah kena beli asing ya.


Sambal tu tawar sikit...


Tengok pun macam sedap kan..


Lunch as early as 11 am.....selalunya kalau kami balik Melaka on the way akan singgah di sini dulu isi perut. Serius kenyang ...banyak betul nasi tu...


Alamat Restoran ni :
18 Jalan Tukas 2, Taman Soga,Batu Pahat, 83000
Dibuka 10.30 - 7 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...