Monday, April 22, 2013

Light yellow + pink Ros Jepun from kak yong mizah


Portulaca grandiflora atau lebih mesra dipanggil ros jepun ni memang my favourite sebab ada bermacam macam warna. Ternampak this colour kat FB, milik Kak Yong Mizah, belum ada yang ni lagi , saja saja type than Kak Yong kata, nak tak.......pucuk dicita ulam mendatang apa lagi semestinya lah nakkkkkkk.


A very light combination colours.


Sepasang pulak. Cantik.


Pandangan sisi. Jenis selapis dan di tengah berlapis-lapis.


Bila semau mekar memang cantik. Berwarna warni. Kalau daun segar maknanya menjadilah ros jepun ni.


Tanam di beberapa pasu. Subur sebab minum air darah basuhan ikan. Siram 2 kali seminggu atau 1 kali seminggu pun boleh. Memang sangat berkesan. Ros Jepun ni ambil masa 2 bulan untuk menjadi segemuk dan sesihat ini. Pokok ni tahan 3 ke 4 bulan lepas tu kena tanam semula menggunakan teknik keratan batang. Senang je. Patahkan dan cucuk je ke dalam tanah.


Tq so much to Kak Yong Mizah yang sudi poslajukan keratan ros jepun ni. From Lukut, Port Dickson to Pasir Gudang.

Masa baru sampai. Happy dan sangat teruja msa ni. Terus tanam.


Yang hujung kanan sekali tu warna kuning terang + merah terang , jenis yang saya ada. 

Sunday, April 21, 2013

Roses from Bangkok landed in Seremban to Pasir Gudang..........

Tersangat suka, hajat di hati untuk memiliki spesis roses yang cantik cantik tercapai juga akhirnya. Satu lori roses lebih kurang 1000 pokok telah sampai ke rumah Mami Yawinscha di Seremban dari Bangkok. Roses ni naik lori. Jauhkan datangnya. Tu yang ramai peminat roses berebut rebut pilih yang mana satu berkenan di hati. Termasuklah saya. Tak pasal pasal terjebak.


Ni yang paling saya suka, cantik. Very the cuppy . Yang ni jenis bushy. Kata Mami , ni 2 nd time bloom so hopefully it will be good with me too.



Yang ni , wangi sangat. Jenis climber. Nak kena cari tempat untuk dia bersandar memanjat - trellis namanya.......manalah nak cari.......letak kat pokok lain jelah suruh dia memanjat kat situ. Terpaksa sandarkan kat tepi dinding diikat dengan tali.


Yang ni tak tahu namalah pulak...pun wangi juga....jenis bushy. Very the purple gitu. Tunggu dia bloom di tangan saya pula ya. Harap menjadi.


Si cantik manis oren ni pun wangi tapi nama belum tahu lagi. Jenis bushy.


Tapi sedih sesangat bila bukak kotak patahlah pulak dahannya.


Accident yang berlaku. Patah terpaksa dipotong tiada pilihan. Nilah risiko kalau beli dari jauh. Apa pun redha je. Nanti tumbuh lagi tunas lain kena sabar je.


Biasa satu kotak tapi kali ni 2 kotak untuk 4 pokok. Berbaloi memang sangat berbaloi sebab pokok dah besar. Masa bukak newspaper wrap , bau harum semerbak keluar dari roses ni semua. Fuh...memang tak terkata harumnya. Sapa sapa suka boleh order dengan Mami Yawinscha di FB ya. Ada banyak lagi yang cantik cantik. Saya dah kopak......boleh beli 4 pokok je......

Thursday, April 18, 2013

Restoran Hasan Ong, Kota Tinggi........Chines Muslim restoran

Lama tak pi makan kat restoran Hasan Ong ni. So far ni restoran Chinese Muslim yang masakannya sedap yang kami boleh terima. Masa on the way balik Pasir Gudang dari Melaka, hubby sempat melencong ke Kota Tinggi. Aduh rasa cam jauh je tapi eh dekat pulak sebab tak jem kan. Restoran ni senang je nak cari , dari JB ikut jalan nak ke Kota Tinggi lepas tu bila dah dekat masuk simpang kiri ke Kota Tinggi, terus je melepasi jambatan dan selepas Hotel Mayers belah kiri depan sikit dah boleh nampak restoran ni. Kebetulan masa kami sampai orang memang tengah ramai dinner.

Sayur kailan goreng bersama abalone. Rasa abalone ni macam rasa sotong kering. Kenyal kenyal gitu. Sedaplah.


Ni favourite the whoel family, hot plate daging rusa masak black pepper .......tak cukup ni...berebut makan . Next time kena order 2 pinggan or large plate. Daging rusa ni dimasak sangat lembut.


Yang ni lemon chicken , lain sikit cara masakan dia tapi sedap juga.


Sotong goreng tepung favourite the kids.


Sayur kailan bersama abalone + sotong goreng tepung + lemon chicken + hot plate daging rusa black pepper = RM49.90
.

My dinner, habis diet ku. Esok diet balik.


Kat sini tak dalah sambal belacan yang ada sambal yang digoreng gitu. Oklah ...dari takda....saya ni kalau tak pedas tak boleh nak makan sangat.


Restoran ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 4.30 petang ke 1 pagi je.
Restoran Hasan bin Ong
No 3L, Jalan Lombong,
81900 Kota Tinggi, Johor
Tel :07-8835890
H/P:010-7779992

Tuesday, April 16, 2013

Hello Kitty Land at Puteri Harbour........

Hujung minggu tak da mana nak pergi so teringat Hello Kitty Land belum pergi lagi. Legoland dah pergi 2 kali...so jom kita ke Hello Kiity Land. The kids memang sangat sukalah kan. Hello Kitty ni masa zaman sekolah rendah saya dulu memang dah famous. Saya pun suka , tu yang dok mengumpul sticker, notebook yang ada lambang Hello Kitty.....bukannya murah semua ni masa tu.
Hello Kitty ni dicipta oleh Yuko Shimizu seorang wanita pada tahun 1974. Lama dah rupanya. Hello kitty ni merupakan sejenis patung anak kucing putih yang menjadi kegilaan anak gadis Jepun. Watak fikseyn terkenal ni dihasilkan oleh syarikat Sanrio di Jepun yang mempunyai 50000 jenama di 60 buah negara. Banyakkan. Sememangnya Hello Kitty ni menjadi kegemaran pada anak anak kecil kerana kecomelannya......termasuklah mak budak...he...he...


Disini  terbahagi kepada :
a)The Little Big Club - bob the builder, pingu, angelina,barney
b) Hello Kitty Land satu floor
c) games satu floor
Setiap satu berlainan harga entrance feenya. Yang bagus ambil semua package. 2 in onelah.

Ni ticket masuk. Kalau ada annual pass Legoland boleh dapat 10% discount.
Ticket sekali masuk ke tiga tiga floor adalah RM85.00 (harga untuk yang ada MYKAD). Kanak kanak bawah 3 tahun free. Dibuka dari 10pagi - 6 petang setiap hari.


Masa sampai terus naik tingkat 2 sebab nak tengok show Barney & friends selama 1/2 jam. Di sini ada Bob the builder - tempat permainan, Pingu - games , Balerina Angelina - menari balley bersama angelina sang tikus.....


Menari bersama si Angelina.....si kecik ni memang suka sangat......


Wall paper yang besar kat pintu masuk...


Ni kat 3rd floor. Actually tak banyak games kat sini.  Ada bas yang warna merah tu, kereta langgar langgar, aeroplane, kincir angi yang warna biru tu dan permainan yang naik atas lepas tu turun balik...tak taulah namanya....Sikit sangat gamesnya dan tak mencabar langsung....for small kids sukalah...


Last sekali turun kat tingkat satu, Hello Kitty Land. Ada Hello Kitty show performance ni....oklah....anak anak memang lah teruja.....


Ni yang saya paling suka , cawan berpusing.....love the colours sebenarnya....


Dalam rumah Hello Kitty....


Aktiviti yang boleh dibuat di Hello Kitty....ada colouring biscuits, buat gelang, warnakan kuku dan sesi bergambar memakai baju hello kitty. Kelakar jugalah aktiviti ni rasa mengarut pun ada. Kat sini memang banyak photographer freelance yang akan ambil gambar kita.....snap ...snap...tau ada banyak photo......harga untuk 3 keping RM70.00...they really make money.....


Item yang ada kat sini.

Souvenior house ni memanglah menjadi kesukaan the kids. Macam macam ada kat sini.


Comel patung Hello Kitty ni tapi harga bukan main mahal lagi.


Time for souveniors.......................always love T-Shirt and fridge magnet....

Thursday, April 11, 2013

Yellow Lantana Camara

Lantana camara atau dikenali sebagi bunga tahi ayam. Baunya memanglah tak berapa wangi. Tapi yang menarik hati adalah warnanya. Bentuknya macam payung dan bergugus.


Kuning terang bercampur kuning cair.


Tanam kat tanah saja. Senang hidup dan pokok tahan lama.


Tak tahu kenapa saya memang sangat menyukai bunga ni mungkin kerana warna warninya yang cantik.
Idaman saya pokok lantana camara yang digabungkan beberapa warna pada satu pokok induk.

 
Daun hijau yang segar. Kudup kudup yang mula nak mengeluarkan bunga.


Lovely Lantana Camara collage

Wednesday, April 10, 2013

Queen Zubaidah Roses

Queen Zubaiah ku berbunga lagi. Kali ni mekar 2 kuntum. Bestnya. Berbunga-bnga hati ni. Salah satu jenis roses yang mesti ada di taman. Dulu roses ni sangat susah nak hidup tapi sekarang dah ok sikit.


Cantik ton warna yang keluar. Gelap dan cerah. Macam lampu neon je kan. Masa tengok ni sangat teruja tak terkata. Hari hari jugalah spray H20 masa tengah buds supaya itu cik thrips tak datang mengacau.


Mula - mula memang nampak keras je.


Ni bila dah bloom betul baru nampak macam soft sikit petals nya.


Pandangan sisi yang belum mekar betul.


Pandangan sisi untuk yang dah mekar.


Bila  dua dua kuntum bloom serentak....Daun tak banyak sikit je...

Monday, April 8, 2013

Racun 3S (serangkai)......


Sedih tengok roses saya, daun daunnya banyak diserang BS (black spot). Saya jarang spray racun kat daun roses saya tapi sebab tak tahan pada satu ketika diserang teruk tu yang saya spray racun 3S ni. Racun ni sebenarnya adalah combination 3 racun yang sangat mahal. Lebih RM100.00 harganya untuk setiap satu. Nasib baiklah ada kakak yang sudi menjual racun 3S yang siap dibancuh. Boleh order dengan Kak Ros Hayati Sofiera atau Mami Yawinscha di FB ya. Kak Ros akan courierkan terus via poslaju dari KL. Sediakan ongkosnya saja.


Sedih tengok pink fairy roses saya ni. Yang kuning - kuning tulah BS. Mesti nak dibuang kalau tidak rosak pokok sebab dia cepat berjangkit pada daun yang lain. Kerja saya pagi petang duk mengutip daun daun kuning ni. Tension betul......Tu yang cuba racun 3S ni dan alhamdulilah BS berkurangan....Dahlah duri pink fairy ni sangat tajam, mesti terkena kat kulit tangan. Aduh....sakitnya tak terkata...Sebab tu dengan kadar segera saya order racun 3S ni tak nak keadaan menjadi lebih teruk lagi....cari ubat....


Lagi satu BS yang ada tompok hitam, ni pun kena buang. Kalau tidak melarat kat daun lain susah saya.


Ni pulak daunnya mengkrekot, kerinting angkara Cik thrips. Batangnya pun tak sihat.


Nilah racun 3S yang siap dibancuh tu. Disebelahnya ialah racun dari Mr Rakmit from Bangkok, Thailand, boleh dibeli dengan Kak Ros Hayati Sofiera di FB. Racun ni dibancuh pekat sikit dan boleh ditambah air (1:1). Kalau tak nak tambah air terus spray pun boleh juga. Mula mula guna racun 3S lepas tu selang 2 minggu guna racun rakmit pulak. Dah namanya racun so mesti disimpan di tempat yang tinggi, sangat bahaya. Nak spray pun kena tutup hidung sebab kekadang angin tiup nanti kita sedut pulak. Spray dari pukul 6 ke atas sehingga malam. Kalau siang nanti takut pokok daun terbakar. Sebelum spray blast kuat atau basahkan dulu daun dan batang pokok ros. Kos utuk dua racun ni tak mahal. Racun 3S bau sangat kuat tapi racun rakmit tak da bau. Dah namanya racun kena ingat mesti simpan di tempat tinggi supaya anak-anak kita tak dapat ambil sebab sangat merbahaya.


Ni baja special dari Mr Rakmit from Thailand , yang ni panas bajanya. So kena letak 1/4 sudu teh saja jauh dari pangkal pokok. Demi roses apa pun sanggup dibuat....Bagi makan yang terbaik.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...