Thursday, April 18, 2013

Restoran Hasan Ong, Kota Tinggi........Chines Muslim restoran

Lama tak pi makan kat restoran Hasan Ong ni. So far ni restoran Chinese Muslim yang masakannya sedap yang kami boleh terima. Masa on the way balik Pasir Gudang dari Melaka, hubby sempat melencong ke Kota Tinggi. Aduh rasa cam jauh je tapi eh dekat pulak sebab tak jem kan. Restoran ni senang je nak cari , dari JB ikut jalan nak ke Kota Tinggi lepas tu bila dah dekat masuk simpang kiri ke Kota Tinggi, terus je melepasi jambatan dan selepas Hotel Mayers belah kiri depan sikit dah boleh nampak restoran ni. Kebetulan masa kami sampai orang memang tengah ramai dinner.

Sayur kailan goreng bersama abalone. Rasa abalone ni macam rasa sotong kering. Kenyal kenyal gitu. Sedaplah.


Ni favourite the whoel family, hot plate daging rusa masak black pepper .......tak cukup ni...berebut makan . Next time kena order 2 pinggan or large plate. Daging rusa ni dimasak sangat lembut.


Yang ni lemon chicken , lain sikit cara masakan dia tapi sedap juga.


Sotong goreng tepung favourite the kids.


Sayur kailan bersama abalone + sotong goreng tepung + lemon chicken + hot plate daging rusa black pepper = RM49.90
.

My dinner, habis diet ku. Esok diet balik.


Kat sini tak dalah sambal belacan yang ada sambal yang digoreng gitu. Oklah ...dari takda....saya ni kalau tak pedas tak boleh nak makan sangat.


Restoran ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 4.30 petang ke 1 pagi je.
Restoran Hasan bin Ong
No 3L, Jalan Lombong,
81900 Kota Tinggi, Johor
Tel :07-8835890
H/P:010-7779992

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...