Tuesday, April 16, 2013

Hello Kitty Land at Puteri Harbour........

Hujung minggu tak da mana nak pergi so teringat Hello Kitty Land belum pergi lagi. Legoland dah pergi 2 kali...so jom kita ke Hello Kiity Land. The kids memang sangat sukalah kan. Hello Kitty ni masa zaman sekolah rendah saya dulu memang dah famous. Saya pun suka , tu yang dok mengumpul sticker, notebook yang ada lambang Hello Kitty.....bukannya murah semua ni masa tu.
Hello Kitty ni dicipta oleh Yuko Shimizu seorang wanita pada tahun 1974. Lama dah rupanya. Hello kitty ni merupakan sejenis patung anak kucing putih yang menjadi kegilaan anak gadis Jepun. Watak fikseyn terkenal ni dihasilkan oleh syarikat Sanrio di Jepun yang mempunyai 50000 jenama di 60 buah negara. Banyakkan. Sememangnya Hello Kitty ni menjadi kegemaran pada anak anak kecil kerana kecomelannya......termasuklah mak budak...he...he...


Disini  terbahagi kepada :
a)The Little Big Club - bob the builder, pingu, angelina,barney
b) Hello Kitty Land satu floor
c) games satu floor
Setiap satu berlainan harga entrance feenya. Yang bagus ambil semua package. 2 in onelah.

Ni ticket masuk. Kalau ada annual pass Legoland boleh dapat 10% discount.
Ticket sekali masuk ke tiga tiga floor adalah RM85.00 (harga untuk yang ada MYKAD). Kanak kanak bawah 3 tahun free. Dibuka dari 10pagi - 6 petang setiap hari.


Masa sampai terus naik tingkat 2 sebab nak tengok show Barney & friends selama 1/2 jam. Di sini ada Bob the builder - tempat permainan, Pingu - games , Balerina Angelina - menari balley bersama angelina sang tikus.....


Menari bersama si Angelina.....si kecik ni memang suka sangat......


Wall paper yang besar kat pintu masuk...


Ni kat 3rd floor. Actually tak banyak games kat sini.  Ada bas yang warna merah tu, kereta langgar langgar, aeroplane, kincir angi yang warna biru tu dan permainan yang naik atas lepas tu turun balik...tak taulah namanya....Sikit sangat gamesnya dan tak mencabar langsung....for small kids sukalah...


Last sekali turun kat tingkat satu, Hello Kitty Land. Ada Hello Kitty show performance ni....oklah....anak anak memang lah teruja.....


Ni yang saya paling suka , cawan berpusing.....love the colours sebenarnya....


Dalam rumah Hello Kitty....


Aktiviti yang boleh dibuat di Hello Kitty....ada colouring biscuits, buat gelang, warnakan kuku dan sesi bergambar memakai baju hello kitty. Kelakar jugalah aktiviti ni rasa mengarut pun ada. Kat sini memang banyak photographer freelance yang akan ambil gambar kita.....snap ...snap...tau ada banyak photo......harga untuk 3 keping RM70.00...they really make money.....


Item yang ada kat sini.

Souvenior house ni memanglah menjadi kesukaan the kids. Macam macam ada kat sini.


Comel patung Hello Kitty ni tapi harga bukan main mahal lagi.


Time for souveniors.......................always love T-Shirt and fridge magnet....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...