Steamboat is one of my favourite. Kali kedua sampai ke restoran ni. Saya memang suka makan benda yang bersup. Kat bawah ni ada 2 jenis sup iaitu sup tomyam dan sup yang tak pedas. Bila dengar nama restorannya tu betul betul best ke kat sini kan so kena trylah baru tau. As for me ok je lah.
Boleh grill dan merebus. Makan cara sihat tak menggunakan minyak tapi bakar tu ada guna sikit marjerinlah.
Semangkuk sup tomyam with all the fish balls and cakes.
Kat sini memang banyak pilihan. Macam macam ada. Dari ikan ke udang, sotong, ketam dan lain lainlah.Ikan keli pun ada.....
Fish balls and cakes. Daging + ayam yang diperap dengan bermacam macam jenis perapan...
Best part, nasib saya baik hari tu .....so dapat mencedok udang yang masih hidup lagi...very fresh gitu....so saya dok makan udang ni je sebab rasa kemanisan udang fresh ni sangat sedap. Lepas ditangguk udang tu kena cool kan dia dulu baru boleh bakar atau rebus kalau tidak melenting-lentinglah dia.....
Udang lagi kan.....hu..hu...memang best udang fresh ni......Kalau makan steamboat ni cepat sangat kenyang sebab menghirup supnya ....minum air lagi.....so kenyang airlah jawabnya....
Bahan bahan sampingan......ice cream tu memang menjadi kesukaan anak anak....steamboatnya tak makan sangat habis bermangkuk mangkuk ice cream yang dimakan. Ada mee hoon goreng + nasi goreng + rojak buat + roti.........pilih je mana yang berkenan ....cuma kat sini sosnya ada sikit kurang dari segi rasanya dan a bit cair.....but bolehlah....ada a few types of air minuman yang memang free flow......
Senarai harga. Hati hati kalau ambil mesti habiskan semuanya kalau tidak kena dendalah jawabnya.
Hari Sabtu , pukul 5 petang dah bukak so tak payah risau . Senang je nak cari tempat ni tak susah. On the way ke Kota Tinggi. Lagi senang sebaris dengan restoran RAWA yang juga steamboat style. Selamat mencuba.
Restoran Lagi Best
Alamat : 31 Jalan Sasa 5, Taman Gaya,
81800 Ulu Tiram, Johor.
Tel # : 07-8614725
No comments:
Post a Comment