Sunday, June 9, 2013

My Lovely roses ..........at last


Lamanya menunggu roses saya yang satu ni nak berbunga. Pada awalnya, pokok  saya ni mabuk daun sikit........banyak sungguh daunnya dan paling penting segar.


Roses ni dari jenis climber. Pokok boleh tinggi dan kalau ada pegola atau arch memang sangat sesuai dilentokkan. Nilah pertama kali berbunga cantik di tangan saya. Bunganya taklah besar sangat.


Sesungguhnya roses jenis climber memang kuat makan. Biasaya 2 senduk baja. Kalau nak bagi warna roses terang mesti letak tahi kambing.


Putik baru nak kembang sedikit.




Tapi sayang roses ni pun tak tahan lama. 3 hari dah berderai.


Bau wangi sedikit saja.


Sebenarnya roses ni kalau diberi makan baja secukupnya , kelopak boleh jadi lebih tebal lagi. Kena eksperiment lagi.


Seronok tengok walau sekuntum bunganya.

Wednesday, June 5, 2013

Siput Sedut Lemak Cili Padi.....Warung Wak Dol....

Mana nak makan tengahari kat Johor ni ya.......office mate suggest warung wak dol atau warung siput sedut lemak cilipadi. Boleh cuba ni, lepas tanya location weekend tu pun ekspedisi mencari dan mencuba tempat baru. Senang je nak cari warung ni. Kalau dari highway Pasir Gudang menghala ke Plaza Angsana, sampai flyover simpang empat tu pusing kanan terus hingga akhir dan belok kiri, terus je nanti jumpalah warung ni belah kiri.

Kat sini lauk tak banyak tapi main item is ikan bakar + siput sedut + masak asam + sambal belacan  + ulam. Kenalah RM64.00 untuk makan tengahari tu. Ikan siakap goreng kosong je ni harga dia sekor RM30.00 tau............. Nasib baik masak asam dan sambal belacan sedap. Kicap tu biasa je....kicap kosong yang diletak bawang bersama limau.


Ulam-ulaman + botok (ikan yang disteam dengan rempah)


Tu dia seput sedut yang sedai menanti untuk disedut......................Siput sedut lemak cili padi ni taklah pedas sangat......semangkuk RM5.00 tapi semangkuk sikitlah tak cukup.


Sedapnya.....makan lauk begini.....bersama ikan kering....


Ikan bakar siakap yang special sikit sebab ada bumbu.....ada juga ikan cencaru bakar....


Kali ni ambil asam pedas ikan pari....tak da ikan sembilang pulak hari ni.....


Nilah warungnya. Datanglah awal sikit, kalau kul 12 tengahari memang penuh warung ni. Warung Wak Dol ni dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat.

Cheese cake for Cikgu Noreen

Thanks to Cikgu Noreen for ordering this oreo cheese cake.


Size 8".

So tempting.

Tuesday, June 4, 2013

White Summer Snow or Medina....dah ke syurga

White summer snow atau medina panggillannya sebelum ni. One of favourite jugalah kiranya. Tapi sayang sekarang dah ke syurga sebab kena kanker. Penyakit yang sangat merbahaya untuk roses.

Memang sangat cantik. Bunganya taklah besar sangat.


Bila kembang.


Ada macam cream sikit bunganya.


Bila kembang jadi putih.


Jenis bunga bergugus.


Roses ni rajin berbunga. Mungkin saya akan beli lagi sepasu sebagai pengganti.

Margo koster roses

Margo Koster roses berbunga lagi. Kali ni tak berapa gelap warnanya tapi tetap cantik menawan.


Berbentuk bulat. Roses yang sangat unik. Kelopak tidak kembang. Begini saja.


Warna kali ni agak cair sedikit.


So lovely. Tak jemu memandang.


Shoot lepas disiram air. Memang cantik.


Dah lama tanam margo koster ni tapi tak berapa membesar. Lambat sungguh, rasanya banyak vitamin yang dah diberi mungkin tak cukup agaknya. Walau apa pun daunnya segar  tu yang seronok.

Monday, June 3, 2013

Easy Moist Red Velvet.....sedap

Seperti biasa, kalau ada buttermilk extra.......mestilah buat red velvet....sebab dengan buttermilk kek red velvet ni akan lebih moist dan sedap sesangat. Satu tips, buttermilk ni kalau dah expired datenya jangan buang tau masih boleh digunakan lagi. Boleh tahan lagi 2 minggu. Jangan takut sakit perut, so far tak pernah kena.


Kali ni cuba resepi dari azlita masam manis sebab ada kelainan sikit bahan yang digunakan dari resepi red velvet yang lain. Kek ni menggunakan minyak jagung. Thanks to azlita yang rajin cari dan mencuba resepi baru.


So tempting.



Cream cheese ada combiantion white choc, biasanya tak de tapi cream cheese ni rasa masammya tu memang power. Overwrite semua rasalah.....


Kali ni saya makan banyak red velvet cake. There goes my diet. Fuh!......


Tak bole menolak combination cream cheese dan red velvet cake ni.


Its going to be one of my favourite walau tak suka makan kek sangat. Sikit boleh lah....


EASY MOIST RED VELVET CAKE
Source : Azlita masam manis
               Divas Can Cook

Bahan
360 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
400 gm gula halus - saya guna 350g
1 cawan minyak jagung
2 biji telur A
1 cawan buttermilk 
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar pewarna merah - ini bergantung pada pewarna yang digunakan.Kalau tak cukup terang boleh tambah lagi.
1 sudu teh cuka masakan
1/2 cawan air kopi / Nescafe panas - mesti letak untuk dapatkan kek yang lembab


Cara
Panaskan oven pada suhu 150C - bergantung pada kepanasan oven.
Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc, sapukan mentega dan letakkan baking paper. 
Dalam bekas, satukan dan ayak tepung + baking powder + soda + serbuk koko +  garam - ketepikan
Dalam bekas yang besar, satukan gula + minyak, tambahkan telur + buttermilk + esen vanilla + pewarna, gaul rata dengan whisk.
Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan.
Tambahkan bahan tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek masak.
Dengan menggunakan lidi atau pencungkil gigi, cucuk ke dalam kek bagi menentukan kek telah masak atau tidak.Bila tarik lidi keluar dan kelihatan bersih dan licin, maknanya kek telah dibakar dengan sempurna, jika masih melekat tambahkan lagi masa membakar.

Untuk Topping
 
Krim Keju 1

150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh paste Lemon

Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste
pukul sebati

Krim Keju 2 - saya guna yang ni 

200 gm krim keju
1 sudu teh lemon Paste
90 gm coklat masakan putih
150 gm krim bukan tenusu (non dairy whipping cream)
8 gm gelatin
30 gm air

Cairkan gelatin.
Cairkan coklat masakan cara double boiler.
Satukan gelatin cair dalam coklat putih.
Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut.
Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih.
Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental.
Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata.







Thursday, May 30, 2013

Ros Jingga...namanya

Nilah roses yang baru je bloom, asalnya dari Bangkok. Di bawa ke Malaysia melalui jalan darat. Agentnya siapa lagi, mestilah Mami Yawinscha (boleh add kat FB ya). Hari ni pun banyak pokok roses yang baru sampai.


Warna memang cantik. Orangy, peachy entahlan tak tau nak describe.


Nama roses ni tak tau.


Sekali bunga 2 kuntum.


Bau boleh tahan wangi.


Memang lovely sesangat.


Kebetulan banyak pulak yang mekar. Harum semerbaklah juga.


Lovely ros collage.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...