Wednesday, October 7, 2015

Flower wreath buttercream cake deco class.......at last....

 
Finally, dapat attend this class.....Flower wreath buttercream cake deco class by Lea_Oven. Cikgu yang mengajar ni namanya Kak Lea......beliau merupakan seorang engineer sebelum involve secara serious in this bakings line. Hari -hari duk melihat photo photo cake deco ni. Tak terkata cantiknya roses roses yang dibuat. Lama lama tersimpan satu perasaan nak belajar cam mana nak buat bunga bunga ni ..... Kebetulan Kak Lea akan turun JB tuk buat kelas...so apa lagi...saya pun register lah...
 

 
Nilah hasilnya setelah berhempas pulas dari pukul 9.30 pagi sampai ke 5 petang. Lama tu.....kat kelas ni kita belajar buat bunga bunga tu je....kek dah disiapkan tapi kita dapat belajar macam mana nak cream/ising kan kek tu.
 
 

Saya ni tak berapa padai nak cream kan kek ....nasib yang ni menjadi.....Kak Lea memang gemarkan warna pastel.....as for me.....I like color yang agak terang sedikit...but pastel ni pun ok lah very sweet jugak..
 
 
 

Alat alat yang perlu ada.....
 
 

Nilah Kak Lea......nampak cikgu buat memang senang je....smooth je....
 

 
Ramai juga yang attend class hari tu....some came from Singapore. Student ada dalam 15 orang  masa tu.....ramai sungguh...ni hands on class....so everybody must do the flower themselves...terkial kial juga nak buat.....tangan ada sikit keras...he...he....
 

Kek yang cantik ni memang sayang nak dipotong tapi kena potong jugak....cream yang digunakan ialah jenis swiss meringue buttercream......memang sedap dimakan cream jenis ni sebab tak muak...
 
 

Bila dah siap berderet semuanya...kek deco jenis ni sekarang tengah famous....kalau tengok kat IG banyak yang cantik cantik bunganya hasil dari swis meringue buttercream...
 
 

Kek vanilla span je.....selalunya 3 layer...
 


 Memang cantik kek ni....sayang nak makan...
 
 
Semua tengah tekun melihat , merakam video...
 
 

Participants and the cakes....Kelas ni diadakan di Rizqeen di Taman Adda Heights , Johor.
 

Bila dah jadi semua nampak cantik...
 
 
 With all the particapants.....finally we are done...For yang interested nak belajar boleh visit IG Lea_Oven ya.

Tuesday, October 6, 2015

Red Velvet Brownies ......


Red Velvet brownies ni ialah order from Fuza and Nazri. Thanks for ordering ya. Katanya nak buat makan makan.
 
 
Suka buat brownies ni sebab simple je.
 
 

Kali ni red velvet ni tak berapa merah walau dah letak banyak coluring...
 
 


Tekstur kek + cream cheese tu bila dimakan memang best.... 
 


Monday, October 5, 2015

Senibong lagi.....nyum ...nyum...

Ni throwback, makan makan at Senibong awal tahun ari tu. Baru nak keluar entri. Kalau nak makan makan memang selalu pegi sini...Senibong....kedai yang first tu...nama tak ingat.....Restoran ni memang mahal sikit tapi nasib baik food dia sedap. Tips nak makan kat sini....mula mula pi kat si penjual tu tanyalah ikan ikan tu berapa sekilo. tanya udang sekilo berapa, ketam dan lain lainlah. Baru boleh kita budget berapa ekor nak ambil dan boleh agak agak berapa yang akan dibayar nanti...biasanya harga ikan tu siap masak lah...Jangan duduk di meja dan main order je alamatnya budget kita boleh burst kaw kaw......
 
 
Ni hidangan yang wjib order tapi ketam bankgang ni memang mahal .....siap masak sekilo dalam RM90.00 ya harga masa tu  sekarang tak tau lah berapa....masakn chili crab ni memang sedap ....lagi satu masak black pepper pun sedap....
 
 

Lobster ni mampu tengok je ....harga dia memang malah terlampu.....berat kepala dia tu...
 
 
 

Nilah ketam bangkang sebelum dimasak....hidup lagi tau...so its fresh....ni lah masak chili crab atau black pepper ke memang best...
 
 
 

One more favourite dish.....butter prawn.....tak sama kat tempat lain....sini je yg sedap....udang dia memang malah sekilo dalam RM90 - RM110.00......sekarang harga tak tau lah mungkin naik lagi....puas hati sebab udang besar jugaklah....so you all boleh lah kira sorang nak makan berapa ekor jangan main ambil je nanti timbang pengsan nak bayar...
 
 
 

Ni kerabu mangga pun sedap...
 
 

First time order ni....pepahat...sedap jugak...pepahat ni someone favourite....
 
 

Ikan siakap steam limau pun power.....sedap.....tak mampu nak ambil ikan lain sebab mahal....ada banyak jenis ikan.....jenahak, kerapu.....


Ok Ok semua dah tak sabar...sesi melantak dimulakan....
 
 

Nak kenal restoran ni senang.....kerusi kuning alas meja merah.....and restoran ni di tepian laut...
 

Sambil makan boleh tengok Singapore dekat sangat...just opposite je...


Wednesday, September 30, 2015

Pandan kek dengan swiss meringue butter cream....

Sekarang ni memang tengah trend Pandan kek ni.....saya pun nak cuba buat jugak. Seingat saya kek ni saya buat masa umur 17 tahun dulu.....dah berpuluh tahun tak buat.....Bila melihat IG famous baker rasa nak buat tu membuak buak ....he...he...he...

Ta da ....so this is my first pandan kek selepas berpuluh tahun tak buat..
 
 

Pandan kek ni menggunakan swis meringue buttercream....dengan drizzle of caramel sos..
 
 

Its 2 layer
 
 
 

Pandan kek ni menggunakan pure santan atau santan kotak pun boleh.
 

Ha..ha....masa ni tengah rajinlah konon nak menumbuk daun pandan....penat gak menumbuknya nak dapat kan air pandan tu......senang guna pewarna hijau dan pandan paste.
 
 

Mesti guna gula Melaka yang berkualiti baru rasanya sedap.
 
 

Sebiji kek bersize 8 inci je...
 
 
PANDAN KEK DENGAN SWISS MERINGUE BUTTER CREAM
Source : Fuzzymazing.blogspot.com
 
Bahan
200 g tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
125 g butter unsalted
1/2 sudu garam
1/2 sudu kecil vanilla paste /esen
200 g gula kastor
2 biji telor size A pada suhu bilik
75g santan ( dalam kotak ) + 25 g air }
2 sudu besar jus pandan                      } satukan
pewarna hijau                                      }
 
Cara
-Panaskan oven sehingga 180 darjah. Ikut oven masing masing. Saya punya 150 darjah sahaja.
-Letak baking paper dan griskan loyang dengan butter.
-Satukan tepung dan baking powder. Ayak dan letak tepi.
-Masukkan butter, vanilla dan garam, pukul sehingga smooth.
-Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kembang selama 3 minit.
-Letakkan telor sebiji demi sebiji.
-Masukkan bahan bahan kering dalam 3 bahagian dengan diselang selikan dengan santan tadi.
 Jangan overbeat , kaup balik sahaja.
-Setelah itu boleh lah masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Saya guna 2 loyang.
-Masak selama 25 ke 30 mini ikut oven masing masing.
-Setelah masak sejukkan kek atas redai.

 
Gula Melaka Caramel
50g gula Melaka
2 daun pandan, dikoyakkan dan diikat
1/8 cawan air

Cara menyediakan gula Melaka caramel
-Masukkan air, gula Melaka dan daun pandan dalam periuk pada api sederhana. Kacau sehingga gula cair. Lepas tu panaskan lagi sehingga sirap tu berkurangan sedikit dalam 3 - 4minit. Caramel ini akan pekat bila sejuk. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air sebelum digunakan.


Gula Mealaka Swiss Meringue buttercream
3 biji putih telor gred A
110g gula kastor
150g unsalted butter - saya guna salted
1 sude kecil esen vanilla
sedikit garam , kalau guna unsalted butter

Cara menyediakan swiss meringue buttercream
-Masukkan semua putih telor, gula dan garam dalam periuk secara double boiling. Kacau  selalu sehingga mencapai 70 darjah. Boleh tengok bila tidak ada ketulan gula bila kita rasa dengan tangan maknanya dah ok. (Gula tu dah cair).
-Masukkan ke dalam bowl mixer dan pukul selama 5 minit pada tahap medium ke high sehingga stiff peak terbentuk dan adunan berada pada suhu bilik.
- Turunkan speed ke medium dan masukkan butter yamg telah dipotong bersegi empat kecil. Pastikan ia bersatu sebelum ditambah lagi butter yang lain. Pukul lagi sehingga adunan bersatu dan proses ini mengambil masa 5 minit.
-Biar mixer tu berpusing sambil dimasukkan karamel gula Melaka, satu sudu kecil pada suatu masa sehingga semua bersatu. Boleh masukkan 5 sudu kecil atau lebih.
 
 



 
.


 


Sunday, September 20, 2015

Catheleya orchids.....so speechless...

 
Catheleya orchids ni diberi oleh mak saya. Dah besar jugaklah pokoknya. Saya tinggal maintain je.
 
 
Warna orkid ni sangat cantik dan berbau harum tapi tak lah semerbak sangat....
 

Kali ni  ...so happy sebab orkid ni berbunga banyak.
 
 

Hu..hu....tengok tu....ada 3 tangkai yang berbunga ....setiap dahan 2 bunga.....


Catheleya orkid ni bunganya tahan dalam 2 minggu rasanya...
 
 

So happy to see all blooms serentak...
 
 
 

Dari pandangan sisi...
 

Ada setangkai yang masih menunggu untuk kembang...orchids buds...



Untuk orchid ni saya tidak meletakkan sebarang baja hanya dispray dengan mikrob dan ros care sahaja and the outcome is marvellous. 

Thursday, September 10, 2015

Basal break idaman setiap rosarian.....

Pokok ros ni saya beli dari Rinson Lim di Perak. Saya tak lah pergi ke sana...jauh tu. Office mate saya yang tolong belikan masa dia balik ke Perak.
 
 
Pokok ni ditanam dari batang so diklasifikasikan sebagai own root. Rinson Lim cucuk pada span bunga yang dibasahkan dan dicucuk ke dalam tanah. Basal break memang menjadi idaman setiap rosarian. Why ?....
 
 

Sebab bila basal break ini membesar ia akan menjadi batang yang sangat kuat dan gemuk. Bunga yang keluar dari basal break ni biasanya banyak dan cantik. Petua nak dapatkan basal break ni senang je. Rajin rajinlah spray ros care kat pangkal pokok dan batang pokok ros. Boleh klik SINI untuk entri ros care. 

Wednesday, September 9, 2015

Sambal belacan tempoyak

One of my favourite ....sambal belacan tempoyak. Sodap eh....dah ngencis ( meleleh air liur ) ni..... 
 
 
 Kali ni buat yang pedas sekali.......tambah cili padi yang merah menyala tu yang pedasnya tahap 7 petala bumi....he...he...
 
 
 Semua bahan saya goreng dengan minyak dulu supaya tahan lama...Biasanya saya akan buat dalam kuantiti yang banyak dan simpan dalam peti sejuk. Tahan lama jugak lah.
 
 
SAMBAL BELACAN TEMPOYAK
Source : Sweetiesaqi

Bahan
5 biji cili hidup merah
5 biji cili padi merah - nak pedas lebihkan lagi
3 cm belacan
tempoyak secukupnya
sedikit gula

Cara
Semua bahan digoreng dengan minyak kecuali tempoyak dan gula
Tumbuk semua bahan. Jangan hancur sangat.
Masukkan gula sedikit saja.
Last sekali baru letak tempoyak ikut suka banyak mana nak letak. Kacau dengan sudu kaup balik.
Sedia untuk dihidangkan







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...