Sunday, April 15, 2012

Butterscotch Sponge Cake with Cream Cheese Filling

Rasa nak try buat sponge kek lah pulak, thanks to Noreen Zahari yang sudi share dan membenarkan resepi diletakkan di my blog ni.

Sebenarnya nak buat warna light blue, sekali jadi macam nak kehijauan sikit or blue turqoise.


Roses oh roses....... susahnya nak dibentuk maybe my buttercream lembik sangat. Nak dekat 10 kali redo barulah menjadi pun tak berapa cantik sangat. Kena practise lagi. Memang menguji kesabaran ku. Dahlah berminyak, melekit kat tangan lagi. Kena cari teknik yang betul lagi ni.


Butterscotch sponge cake with cream cheese filling ni ada 4 layer. Texturenya agak padat. 



Decoration ikut kata hati.

Looks Yummy.....menyelerakan. Feedback from my officemate, they like it.



Lovely cup cake dari adunan sponge kek ni.


Butterscotch sponge cake with cream cheese filling collage.


Butterscotch Sponge Cake with Cream Cheese Filling

Bahan
8 biji telor gred A
250 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
200g gula
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil butterscotch ( nak letak vailla pun boleh )
75g melted butter

Cara
1-Campur semua bahan kecuali melted butter. Pukul sehingga adunan naik sekali ganda. Adunan akan jadi seperti adunan kuih bahulu.
2-Selepas itu baru masukkan melted butter. Pukul lagi bagi sekata.
3-Masukkan dalam loyang 9". Bakar selama 20 minit ikut oven masing-masing. Boleh dapat 4 biji kek.
4-Setelah masak sejukkan atas redai. Lepas tu boleh buat cream cheese filling untuk layer dan topping.

Cream cheese filling
250 g cream cheese ( saya letak 260g )
150ml whipping cream ( saya letak sekotak 200ml )
100g icing sugar
1 sudu kecil buttersscotch filling
sedikit pewarna

Cara
1-Masukkan cream cheese + icing sugar pukul sebentar baru masukkan whipping cream + butterscotch filling.
2-Masukkan pewarna ikut pilihan hati. Kacau rata.
3-Siap untuk dilayer.

Note: Kalau ikut filling yang saya buat cair sedikit tapi kalau ikut resepi filling yang betul agak keras sedikit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...