Tuesday, July 31, 2012

Ros Kuning...rasanya dari Cameron Highlands

He! He ! Ni bunga ros terbaru yang saya rembat kat Pasar Besar Melaka pada 2 Ramadan hari tu. Tak boleh tahan tengok warnanya yang striking. Satu pasu ada 2 batang pokok dan harganya RM15.00 saja. Sepokok bagi my mom dan sepokok lagi bawa balik ke Pasir Gudang. Sampai hari ni dah dekat 2 minggu, bunganya masih ada yang tahan lagi. Kata si penjual, ros ni diambil dari KL tapi melihat pada pokoknya saya rasa ni dari Cameron Highlands. Sekali sekala saya spray dengan air batu yang telah dicairkan. Di harapkan dengan penyemburan Ros Care dari Honey Bee World Trade, ros dari Cameron Highlands ni boleh bertahan lama dan mekar subur. Tak sabar nak tunggu ros ni berbunga kali kedua, harap - harap menjadilah ya. Kena doa banyak - banyak ni. At least berbunga few times barulah puas hati.


Tak boleh tahan tengok warna striking.


Kudup yang sangat cantik.


Mula nak berkembang.


Lihat tu betapa banyak kudup yang belum berkembang.


Sebelah kiri for my mom & sebelah kanan saya punya. Memang berbaloi - baloi. Hope boleh segar begini selamanya.


Lovely yellow roses collage.

Monday, July 30, 2012

Daging salai masak lemak ....mertua

Sebelum puasa semapt balik ke kampung mertua di Seremban. Singgah sekejap di pasar tani kat Stadium Paroi tu, wah! Macam-macam ada kat situ. Ikan freshnya, daging salai, ayam salai, itik salai, keli salai semualah benda yang bersalai ada kat sini.  Seronok tak tehingga. So belilah daging salai, Wow ! sekilo harganya R40.00, beli 1/2 kg cukuplah. Masakan mak mertua daging salai masak lemak cili padi memang  best.


Nilah daging salai masak lemaknya. Daging salai tu hiris lepas tu direbus dulu bagi lembut. Rebus berapa lama pun aroma salainya tetap ada sehingga menusuk hidung.


Ni lagi satu the best, masak ulam tempoyak petai. Baru menuntut ilmu dengan mertua. Selama ni cara masak ku salah. Patutlah tak pekat pun. Yang ni kaw ...kaw...punya..sedap.


Yang ni sambal belacan mangga saya buat, Kalau ada masak lemak tak da sambal ni tak feel lah makan.


Ulaman / sayuran untk masak lemak tempoyak= pucuk labu + pucuk paku (sepatutnya pucuk ubi tapi sebab saya alah kita tukarlah ) + petai + pucuk meranti = semuanya dihiris.

Sunday, July 29, 2012

Sulur Keladi Masak Sambal Bersantan .....sedap...


Masa 1 Ramadan balik kampung , so the next day pergilah pasar besar Melaka. Memang seronok kat pasar ni macam-macam ada. Tengah melihat-lihat tetiba ternampaklah sayur sulur keladi ni. Memang dah lama tak makan sayur ni sebab susah nak cari lagi satu kalau ada pun leceh nak siang kulitnya. Fikir 2 , 3 kali jugalah. Tapi kali ni tak fikir terus beli je.


Seikat cam ni harganya RM3.00. Kalau tengok rupanya memang menakutkan. Macam rotan je kan. Lebih elok keringkan dulu supaya tidak gatal tangan ketika menyiangnya.


Cara nak siang, kulit yang coklat kat luar tu mesti dibuang semuanya. Macam mengaut lidi. Nak menyiang sulur keladi yang sikit ni je memakan masa 1 jam.


Kulit - kulit sulur keladi yang dah disiang.


Putih bersih sulur keladi ni. Peringatan ya, selepas disiang teruslah direbus untuk melembut dan mengurangkan rasa gatal ketika memasaknya nanti.


Sulur Keladi masak sambal bersantan dah siap. Yang ni versi terkering sedikit kuahnya. Kalau ada kuah sambalnya lagi sedap, basah - basah gitukan.



SULUR KELADI MASAK SAMBAL BERSANTAN

Bahan
1 biji bawang besar kisar halus
2 senduk cili kering yang telah dikisar
1/2 mangkuk santan pekat
1 keping asam keping yang kecil saja
segenggam ikan bilis - lebih lagi sedap
semangkuk sulur keladi yang telah direbus
minyak untuk memasak
garam & gula secukup rasa

Cara
1-Tumis bawang besar hingga garing.
2- Masukkan cili & goreng garing sehingga naik minyak.
3-Letakkan santan pekat dan ditambah sedikit air saja jika terlalu pekat.
4-Mendidih masukkan ikan bilis dana asam keping.
5-Lepas tu boleh masukkan sulur keladi yang telah direbus. Masukkan garam & gula secukupnya.
6-Boleh diangkat dan hidangkan dengan nasi panas - panas.






Ulat Bulu Si Ulat Beluncas.........geramnya...

Satu hari balik dari kerja, terperanjat tengok ada banyak ulat bulu kat my daun roses. Tak sempat nak masuk dalam rumah terus saya kerjakan itu ulat bulu. Adalah dalam 10 ekor habis semuanya saya lenyek - lenyekkan. Geram betul. Tak pernah poko ros kampung warna pink ni diserang oleh ulat bulu dengan banyaknya. Kira 1st timelah ni.



Seronoknya dia landing kat daun ros yan gmenghijau subur ni. Ulat bulu jenis yang comel ni tapi comel comel pun dalam sekelip mata boleh togelkan daun ros ni.


Mesti dihapuskan dengan segera semua ulat bulu ni. Kalau terpegang memang gatal tak terkata.




Untuk menghapuskan ulat bulu ni boleh guna resepi di bawah ni. Senang je, kena rajin sikit buat.

Juice Penghapus Serangga
Bahan
4 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar Glo (pencuci pinggan)
air secukupnya ( 500ml air ikut botol mineral kecil pun boleh)

Resepi di atas untk Serangga mengunyah = belalang, kumbang, ulat bulu, siput, lintah

Note : 1 sudu besar serbuk kunyit - dicampurkan dalam resepi di atas bagi menghalau serangga menghisap seperti teritip,kulat putih, kutu daun

Cara
-Tumbuk bawang putih sehingga lumat. Masukkan ke dalam air.
- Campurkan sesudu minyak + sesudu Glo.
- Tumbuk pula cili padi hingga lumat  masukkan dalam air tadi. Kacau rata.
- Tapis ke dalam botol spray. Siap untuk dispraykan ke daun pokok bunga ros. Seeloknya waktu petang. Siram pokok bunga ros barulah dispraykan air bawang ni. Gerenti mati itu ulat bulu. Cuba tengok gambar di bawah. Ulat ulat ni tak suka bau bawang putih dan pedas cili padi.
   



Hah! Dah mati dah dia. Saja saya test ambil satu ulat bulu ni dan spray dengan air bawang putih tu memang berkesan terus KO.

Saturday, July 28, 2012

Puding Jagung


Puding jagung ni special request from my hubby. Dah borring makan kek katanya. So satu hari tu, cik hubby dah bershopping barang -barang nak buat puding ni, balik dari kerja terperanjat juga dibuatnya. Sebenarnya tak berapa pandai buat puding ni sebab selalu tak menjadi. Nasib baik yang ni jadi. Resepi guna yang ada pada NONA Tepung Hoen Kwe - yellow.


Warna kuning cam lemon.

Ni terlebih rajin, decorate sikit dalam acuan tart.


Tersembul - sembul jagung tu.


Nilah 1st time pakai tepung hoen kwe buat puding jagung. Kebiasaannya ramai yang menggunakan tepung kastard.




PUDING JAGUNG
Source : dari packet tepung hoen kwe NONA

Bahan
tepung hoen kwe NONA (1 tiub ) 100g   ( 1 tiub )
santan                                         900 ml   ( 4 1/2 cawan )
gula pasir                                       120g    ( 1 1/2 cawan )-saya letak 1 cawan je
garam                                                 2g    ( 1/2 sudu kecil)
jagung berkrim dalam tin               300g    ( 1 tin ) - saya guna jagung yang tak berkrim

Cara
1- Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Kacau rata.
2- Masak dengan api sederhana sehingga pekat dan likat.
3-Masukkan dalam loyang. Tunggu sehingga adunan sejuk baru masuk dalam peti ais.
4-Selepas sejuk boleh dipotong dan dihidangkan.




Thursday, July 26, 2012

Roses macam .....Broadway/Qaseh Abadi

Dah lama tak update pasal roses kan. Ni ros terbaru yang saya beli di nurseri Seremban. Namanya tak sure tapi seakan Broadway or Qaseh Abadi. Sepokok harganya RM25.00. Mahal tu. Mamat Bangla tu tak nak kurangkan sikit pun harganya.


Warnanya striking sikit. Love the pink colour. Ros ni dari Taiwan kata si penjual.


Kudup yang bar nak berkembang.


Puas hati walaupun mahal. Banyak bunga yang berkembang.




Pokok tinggi dan besar tapi sekarang saya dah potong bagi pendek. Buat pinching bagi keluarkan banyak tunas baru.



Lovely collage roses.

Wednesday, July 25, 2012

Pasar Ramadan Taman Cempaka, Melaka

Dah nak seminggu rupanya kita berpuasa ya. Pejam celik nanti dah nak raya kan. Masa 1st day Ramadan, macam biasalah mesti balik berbuka di kampung. Singgah ke pasar ramadan di Taman Cempaka yang letaknya sebelum Tesco dan berhadapan Melaka Sentral. Lokasi yang senang nak cari. Tengah melihat lihat tetiba terpandang kambing golek kat bawah ni. 1st time nampak kambing ni kat sini, tahun sebelumnya tak da pun.


Kambing golek ni menjadi tumpuan orang ramai lah apa lagi. Terbongkang gitu.


Ni bahagian yang dah dipotong-potong.


Ni my favourite, kebab. Satu RM2.50.


Ayam goreng berempah memang banyak.


Juadah berbuka di kampung. Walau banyak macam mana pun Asam Pedas Daging my mom juga yang paling sodap.


Kuih bakar tu memang tak boleh misslah. Kuih muih sekarang dijual dengan harga RM2.00 untuk 5 keping. Dah tak jumpa 3 keping RM1.00 lagi.

Tuesday, July 24, 2012

Japanese Cotton Cheese Cake With Green Apple Base

Dah lama intai-intai resepi macam mana nak buat Japanese Cotton Cheese Cake (JCCC), baru kali ni berjaya. Dikuatkan semangat buat jugalah. Bahan tak banyak tapi ada sikit leceh. Apa pun succes jugalah. Green apple base tu sebenarnya saya tambah je, terasa kesedapan apabila makan cheese cake style ni at Secret Recipe. Normal JCCC tidak ada green apple base.


Naik fluffy gitu. Sukanya.



Greean apple + cream crackers as the base. Green apple tu masak dengan butter + brown sugar. Tak da biskut lain, cream crackers ni pun boleh jadi base. Guna 2 packet kecil.



Bake cara water bath. Naik gebu seronok tengok.


Green apple kat bawah tu tak cukuplah. Next time kena guna 4 biji apple. Yang ni saya letak 2 biji je.



Step untuk JCCC ni. Ada 5 step. Resepi ni saya ambil dari blog Juicy Cafe, terima kasih ya sebab your resepi jadi pilihan hati i.


JAPANESE COTTON CHEESE CAKE WITH GREEN APPLE BASE
Source: Juicy Cafe

Bahan untk Green Apple base

2  biji apple hijau - nak sedap letak 4 biji - dadu kecil
1 sudu butter
4 sudu besar gula perang - ikut tahap kemanisan yang anda suka
sedikit sebuk kulit kayu manis

Cara
1-Cairkan butter dan masukkan gula perang.
2-Masukkan green apple yang telah didadu masak hingga bertukar warna keperangan.

Bahan untuk base biskut
2 packet kecil cream crackers
70 gram butter

Cara
1-Hancurkan cream crackers, boleh guna blender kering.
2-Cairkan butter dan gaulkan dengan biskut yang telah dihancurkan tadi.
3-Masukkan dalam loyang 8" (yang boleh dibuka) dan dimampatkan, bakar selama 10 minit pada 140darjah.
4-Setelah base biskut masak bolehlah dituangkan green apple yang dimasak tadi. Rata dan mampatkan.


Bahan untuk JCCC
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
60 gm superfine flour - saya guna tepung gandum
20 gm tepung jagung
1/4 sudu kecil garam halus 
6 kuning telor
1 sudu besar lemon juice
6 putih telor
1/4 sudu kecil cream of tartar
140 gm gula halus

Cara
1. Cairkan cream cheese, butter + susu segar secara double boiler. Sejukkan.
2. Masukkan tepung + tepung jagung + kuning telor +  lemon juice dan kacau rata.
3. Pukul putih telor sehingga kental sedikit dan masukkan cream or tar tar.
4. Masukkan gula dan putar lagi sampai jadi meringue.
5. Masukkan adunan cheese ke dalam adunan tepung gaul rata dan kemudian masukkan ke dalam adunan putih telor tadi. Kaup balik sehingga sebati semuanya.
6. Tuang adunan ke dalam loyang bulat 8-inch yang telah diisikan dengan green apple tadi.
7. Bakar selama 1 jam 10 minit pada suhu 150darjah menggunakan teknik water bath sehingga warna keemasan.



 
JAPANESE COTTON CHEESE CAKE WITH GREEN APPLE BASE
Source : Juicy Cafe

Ingredients for green apple base 
2 green apple - you can put 4 - slice small
1 table spoon butter
4 table spoon brown sugar
cinnamon powder

Method 
1-Melt butter and put in brown sugar.
2-Put the green apple and stir till everything combine.


For the base
2 small packet cream crackers
70gram butter
Method
1-Smash all the cream crackers. You can use blender also.
2-Melt butter and put the cream crackers already smash just now.
3-Put inside 8" pan, press hard and bake for 10 minutes at 140 degrees.
4-After the base is cook so you can put in the cook green apple by pressing it hard a little bit.

Cakes
Ingredients
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml fresh milk
60 gm superfine flour - saya guna tepung gandum
20 gm cornflour
1/4 tspn fine salt - tak letak
6 egg yolks
1 tbsp lemon juice
6 egg whites
1/4 tspn cream of tartar
140 gm granulated sugar

Method
1. Melt cream cheese, butter and milk over a double boiler. Cool the mixture.
2. Fold in the flour, the cornflour, egg yolks, lemon juice and mix well.
3. Whisk egg whites with cream of tartar until foamy.
4. Add in the sugar and whisk until soft peaks form.
5. Add the cheese mixture to the egg white mixture and mix well.
6. Take the 8" pan which you have put the biscuits base and green apple than pour the mixture to it.
7. Bake cheesecake in a water bath for 1 hours 10 minutes or until set and golden brown at 160 degrees C.







Friday, July 20, 2012

My Lady Fingers / Bendeh

Pertama sekali nak ucapkan salam Ramadhan yang pertama. 1st day of puasa, baru pukul 12 noon perut dah rasa lain macam tapi sempat lagi bake lemon blueberries kek. So now nak cerita sikit pasal pokok bendeh. Ni second time, tanam bendeh dan menjadi juga. Nak tanam bendeh ni senang je tak susah, cuma perlu biji bendeh yang telah kering. Ambil bendeh yang fresh tu keringkan sampai betul betul kering warna coklat. Ambil beberapa biji dan letak atas tanah dalam pasu. Jangan siram banyak air. Tunggu nanti akan keluar anak pokoknya.


Bunga bendeh ni memang cantik tapi berbunga sekejap je. Lepas layu akan keluarlah sayur bendeh tu. Love to see the flower.....cantik....


Nilah anak pokok yang keluar dari biji bendeh.


Membesar.




Nampak tu kat atas bendehnya dah keluar juga.



Muda belia bendeh ni. Sedap crunchy tapi ni kecil lagi.


 
Tu dia dah panjang sikit bendehnya barulah boleh dipetik.

Thursday, July 19, 2012

Red Crown of Thorns or Bunga Mahkota.......again

It has been quite sometime, i did not update about my wonderfull Crown of Thorns, this time the small version. It has a few colours. This tree very easy to plant. Just cut the stem and put it in the soil. Does not need a lot of water to grow. In fact it is just like the cactus.


The red colour is really striking.


It has alot of flowers. The best part is the flower can last very long.


The shoot is in green colours.


Nice greeny shoots.


When all blooms is so beautifull.


There is some peach colours. Planted them together in one small pot.





Lovely , nice striking colours.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...