Tuesday, April 30, 2013

Restoran Lagi best....namanya....


Steamboat is one of my favourite. Kali kedua sampai ke restoran ni. Saya memang suka makan benda yang bersup. Kat bawah ni ada 2 jenis sup iaitu sup tomyam dan sup yang tak pedas. Bila dengar nama restorannya tu betul betul best ke kat sini kan so kena trylah baru tau. As for me ok je lah.

Boleh grill dan merebus. Makan cara sihat tak menggunakan minyak tapi bakar tu ada guna sikit marjerinlah.


Semangkuk sup tomyam with all the fish balls and cakes.


Kat sini memang banyak pilihan. Macam macam ada. Dari ikan ke udang, sotong, ketam dan lain lainlah.Ikan keli pun ada.....


Fish balls and cakes. Daging + ayam yang diperap dengan bermacam macam jenis perapan...


Best part, nasib saya baik hari tu .....so dapat mencedok udang yang masih hidup lagi...very fresh gitu....so saya dok makan udang ni je sebab rasa kemanisan udang fresh ni sangat sedap. Lepas ditangguk udang tu kena cool kan dia dulu baru boleh bakar atau rebus kalau tidak melenting-lentinglah dia.....


Udang lagi kan.....hu..hu...memang best udang fresh ni......Kalau makan steamboat ni cepat sangat kenyang sebab menghirup supnya ....minum air lagi.....so kenyang airlah jawabnya....


Bahan bahan sampingan......ice cream tu memang menjadi kesukaan anak anak....steamboatnya tak makan sangat habis bermangkuk mangkuk ice cream yang dimakan. Ada mee hoon goreng + nasi goreng + rojak buat + roti.........pilih je mana yang berkenan ....cuma kat sini sosnya ada sikit kurang dari segi rasanya dan a bit cair.....but bolehlah....ada a few types of air minuman yang  memang free flow......


Senarai harga.  Hati hati kalau ambil mesti habiskan semuanya kalau tidak kena dendalah jawabnya.


Hari Sabtu , pukul 5 petang dah bukak so tak payah risau . Senang je nak cari tempat ni tak susah. On the way ke Kota Tinggi. Lagi senang sebaris dengan restoran RAWA yang juga steamboat style. Selamat mencuba.

Restoran Lagi Best
Alamat : 31 Jalan Sasa 5, Taman Gaya,
81800 Ulu Tiram, Johor.
Tel # : 07-8614725



Monday, April 29, 2013

Kepala Ikan Bilis for roses....


Roses memang sangat suka kepala ikan bilis ni. Memberi zat tambahan kepada pokok ros. Cepat gemuk dan subur pokok ros. Gali lubang dan taburkan segenggam kepala ikan bilis dan tutup tanahnya semula. Bagi sesiapa yang rajin boleh lah haluskan dengan menggunakan blender kering....lebih senang di tabur pada tanah....so chances untuk keluar ulat putih kecil tu tidak ada...namun ku tak punya banyak masa untuk memblender...tabur je semuanya....

Dapat free je kepala ikan bilis ni, makcik kat pasar tani bermurah hati nak bagi free. Seplastik cukup untuk semua roses saya.


Berhati hati jangan letak terlalu banyak dan dibiarkan di atas tanah saja. Akibatnya akan keluar ulat ulat putih yang biasa ada kat sampah tu. Terus ambil H20 dan spray terus kiok semuanya.



Ni lagi dekat. Nampak tak ulat ulat putih tu.. Ei...gelinya....nanti banyak lalat yang akan berterbangan...so sebab tu mesti gali dan tanam dalam tanah. Lagi satu cara, boleh rendam kepala ikan bilis dalam air dan boleh disiram pada tanah roses. Nak lagi umph....rendam sehari semalam...

Sunday, April 28, 2013

Roti Canai special........

Apa yang specialnya roti canai nikan. Nampak cam biasa je. Adik ipar suggest saya makan kat warung ni yang letaknya on the way to pasar besar Melaka dari Cheng sebelah kiri. Kiranya belah kanan ialah TESCO. Kalau nampak banyak kereta berderet tu lah dia tempatnya. Sebelah dia ada car wash so sambil sarapan kereta pi mandi jap. Warung ni tak persaan pulak macam tak da nama.


Roti canai ni kering tak berapa berminyak sangat. Sekeping roti canani kalorinya ialah 200 ya kalau makan dengan dhal jadi  359 kalori. Kalau tambah teh tarik 83 kalori. Banyakkan. Sekali sekala tak pa.


Ni yang special sebab roti canai tu di masak atas dapur arang dan penebar roti canai adalah seorang wanita. Yang tukang balik balikkan roti canai tu pula lelaki.


Nampak tu order berderet tapi kakak ni buat laju, cepat je dah siap. Service kat sini memang cepat.


Nasi lemak yang nampak sedap. Nasi best tapi sambal je kurang rasa sebab tak garing. Sepinggan nasi lemak ni kalori 644.


Antara yang menarik lontong dan putu mayam. Kuih muih pun banyak. Lauk pauk untuk nasi lemak pun banyak ada sambal kerang, rendang dan macam macam lagilah.

Wednesday, April 24, 2013

Ros Camelot or Chinta rupanya.......ingatkan Queen Elizabeth...

Ros ni saya beli pada 12/12/12 dari Mami Yawinshca di FB cam biasa. Roses yang satu ni liat sungguh nak subur dengan saya. Lama betul nak berbunga, pertengahan  bulan march'13 baru berbunga sekuntum. 3 bulan jugalah menunggu.......Hati ni sangat teruja, nak melihat....tapi warnanya taklah sama cam yang saya tengok sebelum ni.....ingatkan Queen Elizabeth rupanya Camelot.... 


Kelopak tak tebal tapi cantik. Bau pun wangi sikit je.


Dishoot kala senja.


Rupanaya Camelot atau Chinta ni menjadi pujaan hati ramai peminat roses........saya biasa biasa je. Susah nak dapat ros ni rupanya tapi saya dapat secara tak sengaja sebab Mami salah hantar. He...he.....he...rezeki.


Tengok betapa susah dia nak mengeluarkan daun walau telah diberi makan bermacam - macam. Yang sebelah kanan tu tak keluar daun pun walau sehelai.....so kak Anita Abdul kawan di FB mencadangkan supaya saya tukar tanah dan potong sikit batang atau bud eye tu. Harap-harap akan keluar tunas. Mengada - ngada betul roses ni kan. Banyak songel betul. Nasib baik daun tu segar bugar hijuanya terubatlah hati ni sikit.

Tuesday, April 23, 2013

Inside-out neopolitan Cup Cake....amboi nama....

Buat chocolate cup cake lagi, gara gara nak habiskan buttermilk. Cari resepi yang senang nak buat dan cepat. Resepi ni ambil dari blog Sweetapolita tapi taklah menjadi cam dia punya.....banyak faktor....first jenis koko yang digunakan....so ni my version lah.....janji sedap dimakan....Kalau baca nama kat atas tu cam tak percaya je kan.....yang jadi ngan saya ni chocolate cup cake lah....


Kes malas nak buat topping so sprinkle ising sugar je.....settle.....


Strawberries one of my favourite.


Nyum...nyum...strawberry tu sedap juga.


With my lavender fresh pick from my garden tapi dah layu sikit sebab petik awal sangat.


Snowy with icing sugar. Cup cake ni ada letak mayonis tapi taklah rasa sangat sebabt sikit je letak.


Hem....moist juga cup cake ni. Kalau dnegar nama cup cake ni amboi...tapi cupcake saya ni tak secantik kek sweetapolita lah.


INSIDE-OUT NEOPOLITAN CUPCAKES

SOURCE : Sweetapolita

Bahan
6 sudu besar (85g) butter
1 cawan (230g) dark brown sugar
1 sudu kecil vanilla
1 biji telor size besar
1 kuning telor
3/4 cawan + 2 sudu kecil (115g) tepung gandum
6 sudu besar (38g) koko
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecil garam - saya tak letak
3/4 cawan buttermilk (180ml)pada suhu bilik
2 sudu besar mayonis (30ml)

Cara
-Panaskan oven ikut temperature oven masing-masing (150 darjah untuk oven butterfly saya).
-Dalam mixer pukul butter + brown sugar + vanilla pada kadar sederhana ke kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi light colour selama 5 minit. Turunkan kelajuan ke sederhana semula dan masukkan telor sebiji demi sebiji.
-Ayakkan tepung + koko + baking soda + baking powder ke dalam mangkuk dan kacau menggunakan whisk. Boleh masukkan garam sikit jika suka.
-Selang selikan adunan tepung dengan buttermilk ke dalam adunan butter tadi, dimulakan dan mesti diakhirkan dengan adunan tepung tadi. Satukan sampai semua habis dan kaup balik.
-Masukkan mayonis dan kacau rata.
-Scoop adunan menggunakan ice cream scoop ke dalam cup cake dan masak selama 20 minit atau sehingga masak.
-Setelah masak sejukkan atas redai dan boleh lah di sprinkle dengan gula ising. Cup cake mesti sejuk dulu ya.













Monday, April 22, 2013

Light yellow + pink Ros Jepun from kak yong mizah


Portulaca grandiflora atau lebih mesra dipanggil ros jepun ni memang my favourite sebab ada bermacam macam warna. Ternampak this colour kat FB, milik Kak Yong Mizah, belum ada yang ni lagi , saja saja type than Kak Yong kata, nak tak.......pucuk dicita ulam mendatang apa lagi semestinya lah nakkkkkkk.


A very light combination colours.


Sepasang pulak. Cantik.


Pandangan sisi. Jenis selapis dan di tengah berlapis-lapis.


Bila semau mekar memang cantik. Berwarna warni. Kalau daun segar maknanya menjadilah ros jepun ni.


Tanam di beberapa pasu. Subur sebab minum air darah basuhan ikan. Siram 2 kali seminggu atau 1 kali seminggu pun boleh. Memang sangat berkesan. Ros Jepun ni ambil masa 2 bulan untuk menjadi segemuk dan sesihat ini. Pokok ni tahan 3 ke 4 bulan lepas tu kena tanam semula menggunakan teknik keratan batang. Senang je. Patahkan dan cucuk je ke dalam tanah.


Tq so much to Kak Yong Mizah yang sudi poslajukan keratan ros jepun ni. From Lukut, Port Dickson to Pasir Gudang.

Masa baru sampai. Happy dan sangat teruja msa ni. Terus tanam.


Yang hujung kanan sekali tu warna kuning terang + merah terang , jenis yang saya ada. 

Sunday, April 21, 2013

Roses from Bangkok landed in Seremban to Pasir Gudang..........

Tersangat suka, hajat di hati untuk memiliki spesis roses yang cantik cantik tercapai juga akhirnya. Satu lori roses lebih kurang 1000 pokok telah sampai ke rumah Mami Yawinscha di Seremban dari Bangkok. Roses ni naik lori. Jauhkan datangnya. Tu yang ramai peminat roses berebut rebut pilih yang mana satu berkenan di hati. Termasuklah saya. Tak pasal pasal terjebak.


Ni yang paling saya suka, cantik. Very the cuppy . Yang ni jenis bushy. Kata Mami , ni 2 nd time bloom so hopefully it will be good with me too.



Yang ni , wangi sangat. Jenis climber. Nak kena cari tempat untuk dia bersandar memanjat - trellis namanya.......manalah nak cari.......letak kat pokok lain jelah suruh dia memanjat kat situ. Terpaksa sandarkan kat tepi dinding diikat dengan tali.


Yang ni tak tahu namalah pulak...pun wangi juga....jenis bushy. Very the purple gitu. Tunggu dia bloom di tangan saya pula ya. Harap menjadi.


Si cantik manis oren ni pun wangi tapi nama belum tahu lagi. Jenis bushy.


Tapi sedih sesangat bila bukak kotak patahlah pulak dahannya.


Accident yang berlaku. Patah terpaksa dipotong tiada pilihan. Nilah risiko kalau beli dari jauh. Apa pun redha je. Nanti tumbuh lagi tunas lain kena sabar je.


Biasa satu kotak tapi kali ni 2 kotak untuk 4 pokok. Berbaloi memang sangat berbaloi sebab pokok dah besar. Masa bukak newspaper wrap , bau harum semerbak keluar dari roses ni semua. Fuh...memang tak terkata harumnya. Sapa sapa suka boleh order dengan Mami Yawinscha di FB ya. Ada banyak lagi yang cantik cantik. Saya dah kopak......boleh beli 4 pokok je......

Thursday, April 18, 2013

Restoran Hasan Ong, Kota Tinggi........Chines Muslim restoran

Lama tak pi makan kat restoran Hasan Ong ni. So far ni restoran Chinese Muslim yang masakannya sedap yang kami boleh terima. Masa on the way balik Pasir Gudang dari Melaka, hubby sempat melencong ke Kota Tinggi. Aduh rasa cam jauh je tapi eh dekat pulak sebab tak jem kan. Restoran ni senang je nak cari , dari JB ikut jalan nak ke Kota Tinggi lepas tu bila dah dekat masuk simpang kiri ke Kota Tinggi, terus je melepasi jambatan dan selepas Hotel Mayers belah kiri depan sikit dah boleh nampak restoran ni. Kebetulan masa kami sampai orang memang tengah ramai dinner.

Sayur kailan goreng bersama abalone. Rasa abalone ni macam rasa sotong kering. Kenyal kenyal gitu. Sedaplah.


Ni favourite the whoel family, hot plate daging rusa masak black pepper .......tak cukup ni...berebut makan . Next time kena order 2 pinggan or large plate. Daging rusa ni dimasak sangat lembut.


Yang ni lemon chicken , lain sikit cara masakan dia tapi sedap juga.


Sotong goreng tepung favourite the kids.


Sayur kailan bersama abalone + sotong goreng tepung + lemon chicken + hot plate daging rusa black pepper = RM49.90
.

My dinner, habis diet ku. Esok diet balik.


Kat sini tak dalah sambal belacan yang ada sambal yang digoreng gitu. Oklah ...dari takda....saya ni kalau tak pedas tak boleh nak makan sangat.


Restoran ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 4.30 petang ke 1 pagi je.
Restoran Hasan bin Ong
No 3L, Jalan Lombong,
81900 Kota Tinggi, Johor
Tel :07-8835890
H/P:010-7779992
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...