Thursday, May 30, 2013

Ros Jingga...namanya

Nilah roses yang baru je bloom, asalnya dari Bangkok. Di bawa ke Malaysia melalui jalan darat. Agentnya siapa lagi, mestilah Mami Yawinscha (boleh add kat FB ya). Hari ni pun banyak pokok roses yang baru sampai.


Warna memang cantik. Orangy, peachy entahlan tak tau nak describe.


Nama roses ni tak tau.


Sekali bunga 2 kuntum.


Bau boleh tahan wangi.


Memang lovely sesangat.


Kebetulan banyak pulak yang mekar. Harum semerbaklah juga.


Lovely ros collage.

Wednesday, May 29, 2013

Kacang Pool Haji + Lempeng di Medan Selera Larkin .........

Jalan-jalan cari makan.....untuk sarapan pagi apa nak makan ya.....balik-balik benda yang sama....nasi lemak, roti canai.....bosan juga.....Dapat tau ada gerai yang menjual kacang pool dan lempeng emmmm....sedap tu something different.....gerai kebayan ni letak dengan balai bomba kat Larkin tu...so operasi mencari dan merasa bermula....

Nilah kacang pool Haji namanya. Bagi saya memang sedap , simple je , harga RM4.00.


Memang banyak betul kacang pool yang dijual kat sini.


Inilah kedainya. Ada juga nasi lemak bungkus RM2.00. Boleh tahan sedap.


Ni pulak lempeng kelapa dicicah bersama sambal tumis dan sambal sardin. Harga sekeping RM2.00.


Sedang membuat lempeng. Ada macam-macam lempeng kat sini.....lempeng pisang pun ada. Jemput bilis pun ada.


Nama gerai ni Nabilah Corner.

Alamat gerai di atas : Medan Selera Larkin, Jalan Tun Abdul Razak Susur 5,
                                     Taman Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

Wednesday, May 22, 2013

Light pink purplish roses

Roses ni  saya panggil light pink to purplish roses je, nama betul tak tau. Macam biasa beli kat pasar tani. Murah sikit, satu pasu RM10.00 je. Hati sekarang berbunga bunga sebab one more day to go for big event.......holiday........yes........so jumpa minggu depan ya........


Kelopak 3 segi yang sangat cantik. Roses ni kelopak sedikit keras dan tidak berbau sangat.


Baru nak berkembang. Photo ni diambil pada masa petang hari, guna flash tu yang nampak macam malam sikit.


Dari sisi tepi.....suka cik thrips tak kacau. Tu yang cantik je tepi dia.


Ni bila dah kembang habis so jadinya kelopak tak berapa cantik lagi lah.


Ni masa baru beli. Now roses ni sangat rajin berbunga dan pokok pun dah besar sikit. Bagi makan cukup cukup gerenti besar pokok ni. Roses memang sangat suka kan seafood....jangan terkejut.....................contoh seafood = kulit udang, kulit ketam, air darah ikan, kepal ikan bilis, baja udang dan lain lain.


Lovely light pink purplish roses collage.

Tuesday, May 21, 2013

Makan -makan at 6 Corner Senibong...

Makan time lagi.....makan besar lagi......Aduh habis diet ku. Tak pa makan je lepas tu diet balik tapi pun tak boleh makan banyak juga. Perut dah ketat. Lepas bincang bincang decide tu  makan kat tempat baru di Senibong juga , nama kedai tu 6 Corner. Jalan jalan cari makan TV3 pun dah pernah sampai sini.

Signboard kat luar kedai.


Ni pemandangan kat Senibong. Yang ada bola bola dan menara belang tu ialah Singapura. Dekat je. Berenang pun sampai. Sapa berani....Like to see this scenary. 


Langit petang dari pandangan kedai 6 Corner. Nice sunset.


Dalam kedai, boleh tahan cantiklah.


We all ambil set package. Murah sikit. Ni antara lauknya = Udang butter prawn + Mongolian chicken + kerang bakar + ketam bunga black pepper. Rasa ok ...ok...saja. Tapi tak boleh lawan butter prawn kat kedai Selera Senibong.


Kangkung goreng belacan + tomyam campur + chilli crab (ketam bangkang) , crab ni we all tambah additional.


Ada 2 jenis ikan dalam package = ikan kerapu masak 3 rasa + ikan jenahak steam liamu.


Hidangan ku. Hu ....hu....banyaknya kalori.....gone for the day....


Members of the day cam biasalah. Kurang Cik Zukiah yang tetiba malas nak gi dan Mr KC yang ada di US.


Sunday, May 19, 2013

Jambangan bunga from my garden....

Jalan-jalan di taman...hai macam besar sangat taman saya...kecil je tapi banyaklah pokok......Intai intai apa yang boleh dipeiik...sebenarynya sayang nak petik tapi kuatkan hati petik jugalah bunga bunga ni...Kalaulah saya ada banyak roses yang berkembangan serentak sudah tentu saya akan memotong dan meletakkannya ke dalam pasu....sebagai hiasan di meja makan.

.
Akhirnya yang jadi mangsa, sekuntum ros jingga irisa + ros jepun  + lavender. Pasu tu adalah cawan sebenarnya. 
Cut roses + protulaca + lavender from my garden

 

Pandangan dekat. Ros jepun tu segar kejap lagi tertutuplah bunganya.


Dari angle yang berlainan pula. Sesungguhnya bila melihat jambangan bunga ni hati rasa tenang dan ianya bagai satu seni.

Thursday, May 16, 2013

Butterfly Orchids blooms after a year...............


Lama  memang sangat lama orkid ni nak berbunga.......memakan masa setahun jugalah...apa taknya...tak pernah baja.....letak je cam tu. Selepas terkena spray Ros care barulah nampak orkid ni nak berbunga. Mula-mula hampir putus asa sebab tak berbunga-bunga orkid butterfly ni. Rasa cam nak buang je tapi sayanglah pulak.
It took a very long time for this orchids to bloom. Almost 1 year, feel like throwing away but i still wait hoping that one day it will bloom again.....yah....and finally it blooms.....so happy. Well i dont really take good care of it as i dont spray any good fertilizer to it.....


Seronok bila nampak orkid ni dah berkudup.


Mula-mula satu je yang bukak.


Lepas tu semua kudup pun kembang. Seronok betul. Butterfly orkid yang bagusnya ialah bunga boleh bertahan sangat lama, hampir 3 ke 4 bulan. Tu yang bestnya....Tapi sayang sikit daunnya di makan ulat bulu tu yang rompong sikit....
Good things about buterfly orchids is that it can last from 3 to 4 months. However a bit disappointed with the leaves coz being attack by the caterpillars. Thats why can see lots of hole.


Dari pandangan belakang...


Memang cantik.
Beautifull...love it.....


 
Lovely butterfly orchids.

Wednesday, May 15, 2013

Burger Bakar Bukit Dahlia, Pasir Gudang....

Rata -rata sekarang orang memperkatakana tentang burger bakar. Sedap ker.....mesti cuba baru tau kan. Ni style mat salleh lah burger bakar ni. Burgernya memang besar. Makan satu memang kenyang. Harga pun mahal...Burger bakar yang saya try ni ialah kat Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Tebal betul burgernya lepas tu terorder yang double lagi lah tinggi. Namanya Burger bakar Cheese Double.Harga RM13.50. Sampai next day buat breakfast sebab tak habis.


Yang ni ada cheese.


Yang ni black pepper sos.


Owner adalah serorang anak muda, kalau tak salah Faisal namanya. Menu ada 4 aje. Simple. Basicly dagingnya semua sama yang beza hanyalah cheese dan sosnya saja. Rasanya ok lah...coz i am not a burger fan. Sekadar merasa je.


Lama juga nak tunggu burger bakar ni masak ....al -maklumlah tebal kan. Sos yang diletakkan sangat banyak sehingga melimpah-limpah.

Tuesday, May 14, 2013

Ros Calit pink putih

Nama roses ni sebenarnya saya pun tak tahu tapi setelah dirujuk kepada pakar roses barulah tahu yang namanya ialah Ros Calit pink putih..... sebab ada calit putih di kelopak. Warna pinknya sangat menarik. Rembat kat pasar tani je dengan harga RM18.00 sepasu tapi puas hati cepat pokok dah besar dan stable.


So sweet the pink colour.


Masa beli tu memang banyak buds yang tengah tunggu nak bloom.


Pandangan dari bawah menarik juga.


Ros ni tak da bau. Kelopak pun keras sedikit.


Bila semua bloom serentak yang best.


Lovely ros pink calit putih.

Monday, May 13, 2013

Jangan segan segan .....guna je.................H20


Pokok ros senang diserang berbagai perosak. Yang paling famous thrips dan redmites. Thrips ni susah nak lihat dengan mata kasar kita. Tiba tiba je kita tengok kudup roses kita dah tak cantik. Warna bertukar menjadi coklat. Itu tandanya telah diserang thrips. Redmites tu biasa ada kat daun. Kalau nampak macam berkarat bawah daun tu sah sahlah dah kena attack dengan redmites. Biasany redmites dan black spot(BS), kita spraykan racun 3 serangkai( 3S ). Berkesan.


Setakat ni bagi saya , inilah ubat yang paling mujarab untuk melawan thrips. H20 je tapi pastikan yang WATERBASE ya, kalau yang lagi sat tu sah sah kojol pokok. Saya biasa guna brand ni je, brand lain pun boleh. Beli ni bukan nak spray halau nyamuk tapi untuk my lovely roses.


Senang je caranya.....spray je kat kudup yang belum kembang lagi. Nampak je dah berkudup terus sembur jangan tunggu lagi ya. Biasanya spray setiap hari selama 2 hari......Kalau lambat nanti cik thrips attack. Kalau rajin nak spray hari hari pun boleh tak da masalah.


Ni terlebih spray. Dah macam diliputi salji....tapi jangan takut ianya tidak akan memudaratkan kudup roses tu.


Kalau tak bersnow ia akan kelihatan berminyak sikit.....tak pa.....boleh je....janji kudup tu di selimuti dengan semburan H20.

Hasil selepas semburan H20 beberapa hari.......Kudup yang bersih dan cantik......kalau tak de warna coklat kat tepi tepi tu makna selamat lah kudup ros ni.


Maka akan terhasil lah roses yang sangat suci dari dinoda oleh cik thrips. Nilah my lovely Queen of Sweeden.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...