Thursday, September 12, 2013

Toffee Cheese Cake...nyum...nyum...

Toffee Cheese Cake ni saya buat untuk my daughter 13years old birthday. Katanya nak cheese cake so tak kanlah nak buat the same cheese cake je kan...........so dapat resepi ni dari Azlita Masam Manis. Thanks for sharing.


Kali ni kelainan cheese cake ialah toffeenya yang bahagian atas tu.


Base masih guna oreo. Kali ni base cheese cake ni sampai ke dinding loyang bagi menampung toffee tu supaya tak melimpah keluar tapi still melimpah ruah juga.....he....he...


Bila dah dipotong.....wah......base crust ni tebal sikit....Lelehan toffee tu memang tak boleh tahan....


Hmm....hmmm....nampak sedapkan but i tak berapa minat sebab guna 5 biji telor so rasa telor tu sangat kuat bagi saya......


Toffee yang meleleh......banjir.....


From the back.......the strawberry plus cadburry praline rasanya ...lupalah nama dia...


Wah......tak boleh tahan tengok ni kan.....



Lovely toffee cheese cake....


TOFFEE CHEESE CAKE
Source : Azlita Masam Manis
Main    : Epicurious

Lapisan Bawah/ Base
1 1/2 cawan biskut oreo
5 sudu besar mentega cair

Biskut dihancurkan dan letak mentega cair. Letakkan biskut tadi dalam loyang size 8". Seeloknya gula loyang yang boleh dibuka. Rata dan padatkan biskut tadi pada dasar dan juga sekeliling loyang.
Simpan dalam peti ais selama 1 jam dan kemiduan dibakar pada suhu 150 C selama 15 minit. Setelah itu biarkan dia sejuk.


Cheese Cake
250g cream cheese - suhu bilik
150g gula perang
30g mentega dicairkan
5 biji telor
1 sudu teh esen vanilla

Pukul cream cheese dan gula perang sehingga lembut.
Masukkan telor sebiji demi sebiji dan terus dipukul.
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata.
Boleh dituangkan ke dalam loyang yang basenya biskut oreo tadi.
Balut loyang dengan kertas aluminium foil di sekeliling sahaja. Jangan tutup bahagian atas.
Guna kaedah baine marie, di mana masukkan loyang yang ada adunan tadi ke dalam loyang yang lebih besar sedikit dan masukkan air panas. Jangan sampai loyang tu terapung.
Bakar dengan api atas bawah selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak bergantung pada suhu oven anda.


Caramel Toffee
1 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream/heavy cream
15 gm mentega

Masukkan gula, air dan lemon dalam periuk dan dimasak hingga keperangan.
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga pekat. Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat. Biarkan ia suam. Tuang atas cheese cake tadi. Bolehlah dihiaskan Simpan dalam peti ais hingga dingin.










2 comments:

  1. Wow! It looks great! I bet it tastes even better than it looks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dewberry...Because there is 5 eggs in it....so the egg taste is quite strong....I can eat a bit only...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...