Tuesday, December 25, 2012

Crepe Oreo

Si anak dara nampak je oreo crepe ni terus suruh saya buat. Sebenarnya malas nak buat crepe ni tapi memandangkan permintaan , buat jugalah. Bila dah buat biasalah makannya sikit je.


Biksut oreo bila dah bercampur dengan kastard cream dia jadi lembik.




Tidak menggunakan lapisan yang licin keran tidak berapa cantik. Warna cream gitu, so guna bahagian yang kuning keemasan.


Saya dapat 11 keping crepe untuk adunan ni. Ini semua bergantung kepada tahap ketebalan crepe anda.


Looks delicious. Makan setelah disejukkan lebih sedap.


Crepe ni sebenarnya boleh dipelbagaikan. Yang ni saya letak strawberi + kiwi.


Terpulang kepada kita nak buat crepe berintikan apa. Ada yang suka durian, cempedak, nangka dan macam - macam lagilah.



CREPE OREO
Source : Azlita Masam manis dari majalah Aroma Dec'12

Bahan Crepe
70g tepung kek self raising flour
10g tepung jagung
40g gula castor
250ml susu segar
15gm butter - dicairkan
2 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanilla

Cara
-Satukan tepung kek + tepung jagung  + garam = ayakkan.
-Masukkan 1/2 daripada sudu ke dalam adunan tepung dan gaul rata licin tak berketul.
-Dalam bekas lain , satukan kuning telor + gula + baki 1/2 susu tadi. Kacau hingga rata.
-Tuangkan adunan kuning telor ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga licin.
-Masukkan butter cair + esen vanilla. Kacau rata dan kemudian tapis.
-Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 30 minit. Yang ni saya tak ikut , terlepas pandang. Siap saya terus buat.
-Ambil kuali leper yang tak melekat, panaskan kuali dengan api yang besar hingga benar benar panas. Kecilkan api dan oleskan sedikit  minyak pada kuali.
-Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan. Tak perlu terbalikkan dan terus angkat.

Bahan  Inti Vanilla Cream Kastard
100ml krim putar bukan tenusu
Biskut oreo secukupnya
225ml susu cair
1 sudu besar tepung kastard
40g gula kastor
2 biji kuning telor
1 sudu besar butter
1/2 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara
-Satukan tepung  + gula dalam satu bekas. Masukkan kuning telor dan 1/2 daripada susu. Kacau hingga adunan sebati.
-Masukkan semua baki susu + garam +esen vanilla. Kacau rata.
-Panaskan atas dapur dengan api sederhana sehingga pekat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak. Bila ia meletop-letop boleh lah tutup api. Letakkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat. Biar ia sejuk.
-Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin.
-Putar krim putar bukan tenusu hingga kental. Masukkan dalam adunan kastard yang telah disejukkan, kaup balik adunan hingga gebu dan bergaul sempurna.
-Ambil sekeping crepe, letakkan vanilla cream kastard di atasnya, ambil sekeping oreo patah-patahkan dan letakkan atas cream tadi. Lipat crepe berbentuk 4 segi dan dinginkan dalam peti ais.




White Roses

Ni kali kedua white roses ni berbunga tapi pkokok tak membesar sangat. Janji subur.
 
 
 

Bulu hidungnya cantik.
 

 

 

Roses ni sekarang saya alihkan dalam pasu kecil sedikit sebab dia tak nak membesar.
 

Kecil je pokoknya, tak nak besar-besar mungkin tak cukup makan.

Monday, December 24, 2012

Yellow Roses...2nd time bloom

Roses warna kuning ni berbunga kali kedua. Kali pertama masa beli boleh lihat di  
http://sweetiesaqi.blogspot.com/2012/07/ros-kuningrasanya-dari-cameron-highlands.html . Masih berbunga dengan cantik lagi. Saya rasa bunga ni ditanam di Cameron Highlands dan dijual di tanah rendah. Yang ini saya beli di Pasar Besar Melaka.




Bnayak kudup yang keluar.


Bunga kecil berlapis banyak.


Warna menjadi pudar sedikit, tandanya bunga nak layu.


Banyak sekali berbunga daun pun segar.


Meriah kan. Bila tengok banyak bunga yang keluar hati pun rasa berbunga-bunga.


Lovely yellow roses collage.

Saturday, December 22, 2012

Gifts di hujung tahun 2012........

Di hujung -hujung tahun 2012, dapat banyak juga gift dari rakan sekerja yang baru pulang dari holiday. Tahun ni tak pergi holiday mana-mana.....terperap kat rumah je....
 
Ni sebenarnya book mark tapi nampak cam pencucuk sanggulkan. Ini souvenir for the ladies yang dibeli dari Japan oleh KC , my Finance Manager Operation side. TQ boss.
 

Saputangan sebelah kiri is for the only one thorn among the roses and some kuih from Japan.
 

This lovely Pashmina is from Hong Kong given by Buay Eng. TQ dear.
 
 

Early morning got this  lotion from our Fianace Manager , CWC, so surpirse. Nice lemon smell. Its from Marks & Spemcers(M&S). Its for Christmas gift katanya. Saja suka-suka. TQ boss.
 

Last sekali this is from company for those celebrate birthday in Dec'12. A cake + RM50.00 TESCO voucher.
 
 

Friday, December 21, 2012

Masak asam rebus pucuk keladi

Pucuk keladi ni saya kirim beli dari member office di Kuantan, Pahang. Jauh tu kan. Member nak balik cuti so kirimlah sekali. Sebenarnya nak kirim sulur keladi tapi tak da orang jual kat situ, yang ada cuma pucuk keladi je.

Masak asam rebus ni cair so selalunya tak ramai orang lelaki yang suka. Untuk orang perempuan ni lauk untuk kuruskan badan sebab cara masaknya ialah dengan merebus saja. 



Ni rupa pucuk keladi tu. Muda lagikan. Jangan takut, pucuk ni tak gatal. Lembut je.



Masak asam rebus pucuk keladi.

Wednesday, December 19, 2012

Macarons.....3rd attempt...berjaya akhirnya

Seronoknya tak terkata, bila kali ni macaroons menjadi. Setelah 3 kali mencuba baru menjadi. Banyak faktor yang menentukan macarons ni jadi atau pun tidak. Nak buat tak susah, bahan pun simple cuma teknik pembuatan dan pembakaran macarons ni perlu dijaga. Boleh lihat kat sini, hasil 1st trial saya yang tak berapa menjadi  http://sweetiesaqi.blogspot.com/2011/12/macarons-oh-macarons.html  


Kalau berkaki atau dipanggil feet nya ada dan permukaannya rata, maknanya jadilah macarons tu.


Berinti kan coklat ganache tapi tak boleh letak banyak cair. Lebih sedap dengan nutella.


Ni terlebih pulak fillingnya. Lebihan filling coklat ganache.


Warna merah kat atas tu , 1st tray tak menjadi sebab bakar pada suhu yang panas. Hanya beberapa keping je yang elok.



Suka lihat photo ni. Warna macarons ni asalnya sky blue tapi bila dah bake burnt sikit jadilah warna kehijauan sikit.


So crunchy, a bite of it. Manisnya I still can take it.


Masa buat macarons ni pantang larang utama ialah mesti buat pada cuaca panas tapi saya buat masa tu cuaca mendung. Menjadi juga. Warna sebelum dibakar cantikkan. Bila dah siap bake burnt sikit tu yang jadi warna hijau sikit.

Tips:

a) kenali oven anda. Tidak boleh panas sangat jika tidak macarons akan crack dan tidak mendapat warna yang kita kehendaki di awal sebelum dibakar. Oven saya brand Butterfly , suhu 100 darjah je.

b) jangan overbeat putih telor, cukup sampai soft peak.

c) pastikan selepas masukkan badam kisar , kaup balik jangan terlalu lama.

d) adunan mesti pekat sedikit. Jika adunan yang keluar dari piping bag cair , boleh buang tak payah bakar confirm tak jadi.

e) bila hentakkan loyang di atas meja jangan terlalu kuat. Kalau kuat sangat macarons yang ada di atas dulang itu akan merebak, jadi bila siap bentuk tak cantik.


Simply awesome !!!


MACARONS
Source : Azlita masam manis

Bahan
80g almond kisar
140g icing sugar
2 biji telor putih size A (80g)
65g gula kastor
1/2 sudu kecil vanilla


Cara
- Ayak almond + gula ising.
- Pukul putih telor sehingga menjadi soft peak.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan almond + gula aising dan dikaup balik. Jangan terlalu lama sangat asal sebati sudah.
- Bahagikan pada 2 bahagian dan letak pewarna.
-Paipkan ke atas dulang dan biar macaron tu rehat selama 30 - 45 minit. Jika ada gelombang udara yang     bulat -bulat tu, ambil pencungkil gigi dan tutupkan. Bila kita pegang pemukaan atasnya kering.
- Bakar selama 15 minit pada suhu 100 darjah. Ikut oven masing - masing.


Tuesday, December 18, 2012

Lovely Ros Clair Martin or Sakura


Hati sangat teruja bila buat pertama kalinya melihat roses ni di FB Cik Azrina Salahuddin, sangat cantik dan terpegun seketika. Bermula dari sinilah, saya mula meminati roses yang berbagai jenis.

Cik lebah ni memang sangat meminati roses ni.


Tiga sekawan.


Bunga ni sebenarnya tak lah besar. Bila close up nampak macam besar je.


Pokok ni senang hidup, tapi masa awal beli pokoknya memang dah besar.


Bulu hidung yang cantik.




Kudup warna terang bila kembang cair warnanya.

 
Lovely Clair Martin collage.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...