Thursday, April 4, 2013

Anugerah Steak...bolehlah.....


Jalan-jalan cari ,makan lagi. Hubby kata nak makan steak. Restoran ni dah lama nampak bila lalu jalan tu tapi tak pernahlah nak menyinggah.

                                               
Nilah steaknya. Rasa ok je lah sebab saya pun bukan peminat steak.


Spaghetti meatball ni pedas sikit. Oklah dari rasa masam.


Ni saya punya Kueh teow beef ..........rasa biasa saja tapi memang banyak. Beef kuehtiow kat Sedap Corner lagi best.


Side dish Nachos + onion ring + garlic bread. Onion ring A&W & Burger King lagi sedap. Garlic Bread kat Pizza Hut lagi sedap......so.....tepuk dada tanya selera...............


Restoran Anugerah Steak Western Food dekat dengan Sek. Tun Fatimah.
                     Lokasi : No. 18 Jalan Susur Tun Abdul Razak 6, 80200, Johor Bahru.
                                                      H/P # :014-9186407 012-7415101
                                                   Waktu Perniagaan : 12:00PM – 12:00AM

Wednesday, April 3, 2013

Tumis air betik muda...

First time makan lauk ni bila jiran saya bagi semangkuk. Mak oi sedapnya rasa.......macam lauk orang bersalin....Tumis air je betik ni .....senang sangat.....Hirup pun sedap....Nak kurus ni lauk yang paling bagus dimakan sebab tak da minyak.....rebus saja....senang.
First time eating this dish when my neighbour gave me some. Truly nice the taste. This is a good dish for those who is watching on calories in thier diet programm.


Mesti ada daun selasih baru sedap. Membangkitkan aroma. Letak ikan bilis lebih sikit.
Put some basil leaves + anchovies = very nice the aroma


Fuhh...memang sedap.....


Nilah betik muda. Sebiji RM2.00 je , beli kat pasar tani. Sebiji ni memang dapat banyak, dapatlah jiran semangkuk.
This is the raw young papaya  before its cook. Bought it for only RM2.00 each.



Tumis Air Betik Muda

Bahan
1 biji betik muda
daun selasih
1 sudu besar bawang merah yang telah diblend
sedikit ikan bilis
1/4 sudu lada hitam ( ada dijual yang kasar siap hancur)
garam dan gula secukup rasa
air 1 mangkuk kecil

Cara
- Masukkan air + bawang merah + ikan bilis + lada hitam + garam & gula secukup rasa.
- Mendidih masukkan betik muda dan masak sehingga lembut.
- Boleh masukkan daun selasih.
- Siap boleh dihidang.


Tuesday, April 2, 2013

Ros Angel Face

Akirnya dapat juga Ros Angel Face ni, tersangatlah suka hati. Pernah beli sekali dari Mami Yawinscha tapi hayatnya tak lama bersama saya, sudah ke syurga. Kali kedua ni dibeli dengan Akmal Kadir dari Laman Damai Nursery, Kelemak , Alor Gajah, Melaka. Jauh tu kan. Taklah jauh, balik kampung singgah sekejap. Kat FB boleh add je nama Laman Damai Nurseri ni. Macam macam roses ada kat sini.


Kelopak tak berapa tebal tapi bunga besar juga. Bau sangat wangi.


Kudup Angel Face.

Pandangan sisi ni sangat cantik.


Pokok ni memang segar sebab Akmal spray dengan foliar yang warna hijau. Roses ni balik naik bas dengan saya. Menyesal tak beli lebih tak pa lain kali pergi lagi ke Kelemak, Alor Gajah.


Lovely Angel Face collage.

Monday, April 1, 2013

Red Velvet for Maria's birthday......

Ada kesempatan dapatlah buat Red Velvet kek ni sempena birthday Cik Maria, my office mate. Red velvet ni taklah susah sangat nak dibuat. Kebetulan semua bahan ada, apa lagi start membakinglah.

Design asal boleh je. Ingatkan nak buat roses tapi salah guna nozle pulak. Jadilah bulat bulat roses tu.


A piece of red velvet, heaven betul.......very rich as I use pure buttermilk and the Philadelphia cream cheese is 2 pack = 500g. Biasanya guna 1 pack je tu yang cream nampak nipis but this time try 2 pack , memang marvellous outcome. Terlebih lebih gitu. Patutlah sebiji Red Velvet ni harganya tersangatlah mahal.


Nice to  look at this photo.


Taken via LUMIX camera.


Nak resepi just klik SINI. Have been using this resepi all the while from Joyof baking.


So this is the March birthday girl, Cik Maria. We celebrate one day earlier before she went for holiday to Krabi, Thailand.

Sunday, March 31, 2013

Mee Hoon Goreng Simple...


Salam semua selamat bersiaran semula....Lama tak update blog sebab sibuk pi bercuti sakan maklumlah cuti sekolah kan. Hari ni dah start sekolah dan bekerja semula. Bila weekend, baru ada masa nak masak breakfast. Buat mee hoon goreng yang simple je for breakfast. Photo ni dah lama dalam draft baru sekarang nak keluarkan .


Kalau nak tahu mee hoon goreng ni kalorinya ialah 550 kalori. Huh...pokok pangkalnya benda yang bergoreng tak kiralah  mee goreng, nasi goreng ke semua kalorinya 500 ke atas. Aduh...Saya pun baru tahu sebab sekarang ni tengah menjalani proses diet ikut kiraan kalori...Memang kena kuat semangat betul kalau tak , tak menjadilah program ni...


Saja letak daging banyak sikit.




MEE HOON GORENG SIMPLE

Bahan
1 lapisan mee hoon
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar yang size kecil
1/2 mangkuk kecil daging yang telah direbus
1 sudu besar sos tiram
fish ball/fish kek
taugeh, kucai
cili padi dan cili merah untuk hiasan

Cara
- Tumiskan bawang puitih dan bawang besar yang telah ditumbuk/blend.
- Masukkan daging , goreng hingga garing / empuk lagi. Letak sos tiram + garam + gula secukup rasa.
- Masukkan fish ball/kek. Kacau lagi. Lepas tu masukkan mee hoon.
-Last sekali masukkan taugeh, balik-balikkan sekejap dah boleh diangkat.
-Nak pedas letaklah cili potong cili padi atau cili merah. Makan panas panas sedap.





Monday, March 25, 2013

Orange pound cake......

Intai intai apa yang boleh dibuat minggu ni. Rasa cam nak buat kek orange lah. So goggle punya goggle dapatlah resepi cik Barefoot Contessa ni dan sememangnya saya peminat setia rancangan masakan beliau. Suka tengok dapur dia warna putih bersih.

Limpahan sirap chocolate Hersheys. Ini kes malas nak buat topping.

 
Aroma kek ni sangat  sedap sebab bau parutan kulit oren.


Sirap Hersheys ni manis sikitlah.


Seperti kebiasaan saya mesti letak adunan dalam cup cake. Untuk ini saya tambahkan chocolate chips dan extra parutan kulit oren supaya bau lebih harum.



ORANGE POUND CAKE
SOURCE:Barefoot Contessa

Bahan
250g butter pada suhu bilik
2 1/2 cawan gula
4 biji telor size A
1/3 cawan parutan kulit limau ( 3 biji )
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu baking soda
1 sudu teh garam
3/4 cawan perahan jus oren
3/4 cawan buttermilk, pada suhu bilik
1 sudu teh essen vanilla

Cara
-Panaskan oven.
-Sapukan butter pada loyang. Saya guna  satu loyang segi empat tepat.
-Pukul butter + 2 cawan gula sehingga kembang. Masukkan telor satu persatu dan masukkan parutan kulit oren.
-Ayak tepung gandum + baking powder + baking soda.
-Dalam mangkuk yang lain ambil 1/4 cawan orange juice + buttermilk + esen vanilla.
-Masukkan tepung dan buttermilk berselang seli, dimula dan diakhiri dengan tepung. Gaul sebati rata.
-Tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 35 minit. Ikut oven masing masing sehingga kek masak.
-Bila masak sejukkan kek.
-Untuk sirap, masukkan 1/2 cawan gula + 1/2 cawan orange juice. Masakkan keduanya pada api yang perlahan sehingga gula cair. Boleh siramkan atas kek. Saya tak buat ni.








Sunday, March 24, 2013

Ros Cotton Candy

Rembat lagi roses kat pasar tani. Kali ni peachy colour. Geram tengok daun dan bunga yang besar. Bilalah nak puasa dari membeli roses ni. Memang tak boleh berhenti nampak je cantik mesti nak membeli. Pengsan.


Very sweet colour.


Tak jemu mata memandang roses ni.


Cotton Candy masa mekar sedikit bentuknya lain , bila mekar mengembang habis bentuknya lain pula.


Memang cantik roses ni.


Baru je beli tak sempat nak repot lagi. Suka tengok kalau daunnya segar menghijau cam ni sentiasa. Katanya kalau nak dapat duun cantik cam ni kena spray dengan foliar yang warna hijau tu di samping spray Ros Care juga.


Lovely cotton candy collage.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...