Monday, May 13, 2013

Jangan segan segan .....guna je.................H20


Pokok ros senang diserang berbagai perosak. Yang paling famous thrips dan redmites. Thrips ni susah nak lihat dengan mata kasar kita. Tiba tiba je kita tengok kudup roses kita dah tak cantik. Warna bertukar menjadi coklat. Itu tandanya telah diserang thrips. Redmites tu biasa ada kat daun. Kalau nampak macam berkarat bawah daun tu sah sahlah dah kena attack dengan redmites. Biasany redmites dan black spot(BS), kita spraykan racun 3 serangkai( 3S ). Berkesan.


Setakat ni bagi saya , inilah ubat yang paling mujarab untuk melawan thrips. H20 je tapi pastikan yang WATERBASE ya, kalau yang lagi sat tu sah sah kojol pokok. Saya biasa guna brand ni je, brand lain pun boleh. Beli ni bukan nak spray halau nyamuk tapi untuk my lovely roses.


Senang je caranya.....spray je kat kudup yang belum kembang lagi. Nampak je dah berkudup terus sembur jangan tunggu lagi ya. Biasanya spray setiap hari selama 2 hari......Kalau lambat nanti cik thrips attack. Kalau rajin nak spray hari hari pun boleh tak da masalah.


Ni terlebih spray. Dah macam diliputi salji....tapi jangan takut ianya tidak akan memudaratkan kudup roses tu.


Kalau tak bersnow ia akan kelihatan berminyak sikit.....tak pa.....boleh je....janji kudup tu di selimuti dengan semburan H20.

Hasil selepas semburan H20 beberapa hari.......Kudup yang bersih dan cantik......kalau tak de warna coklat kat tepi tepi tu makna selamat lah kudup ros ni.


Maka akan terhasil lah roses yang sangat suci dari dinoda oleh cik thrips. Nilah my lovely Queen of Sweeden.

Sunday, May 12, 2013

Diet Kalori...hu....hu...berjaya juga....

At last, berjaya juga berdiet ikut kalori.....Fuh ....,memang sangat susah pada mulanya.....semangat kena kuat sesangat...Kalau tak ya.......tak berjaya juga.....Melihatkan officemate yang sorang ni dah kurus menggunakan kaedah ini, saya pun ikut teruja nak membuatnya....

Badan kita ni memang memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika makanan yang diambil terlalu banyak dan kalori ( unit untuk mengukur tenaga) tidak dibakar maka ia akan bertukar menjadi lemak terkumpul dalam badan. So apa lagi berat badan naik dan kesihatan pun tak bagus.
Pada dasarnya lelaki memerlukan 2000 - 2500 kalori dan wanita 1600 - 2000 kalori , lagi lagi yang bekerja duduk je kat office tu dalam sejuk aircond langsung tak berpeluhkan. Perkara yang baru saya tahu, setiap 8000 kalori yang terkumpul dan tidak dibakar akan menaikka 1kg berat badan. Fuhh...banyak tu.....bayangkanlah selama ni apa dah jadi patutlah tiap tahun berkg kg yang naik...turunnya tak....

Firstly kenalah cari kandungan kalori pada setiap makanan yang kita suka makan....cara nak mengira keperluan kalori  kita seharian ialah,
berat badan x 30 = jumlah kalori sehari yang kita perlu ada - 500 kalori kalau nak cepat kurus.
Contoh : 80kg x 30 = 2400 kalori
            2400 - 500 = 1900 kalori, so kita perlukan 1900 kalori saja sehari.

Dari sini congak congaklah kalori yang ada dalam makanan anda. Simple tips, elakkan makanan yang digoreng, tak kiralah pisang goreng, segala jenis mee, nasi goreng, nasi lemak....lupakan sajalah....Tapi sekali sekala kalau teringin makanlah sikit.....bukannya kejam sangat sampai tak boleh nak makan langsung....berpada-pada tapi pada permulaan diet mesti abaikan langsung....kalau nak kesan yang cepatlah.
Boleh goggle untuk cari senarai kalori pada makanan.

OK saya share sikit makanan yang saya suka makan dan kalorinya yang lain goggle gogglelah ya :

nasi putih je sepinggan 1 1/2 cawan =260 kalori
mee goreng kosong sepinggan         = 600kalori
nasi lemak bersambal sepinggan      = 400 kalori
nasi beriani ayam                            = 880 kalori
pisang goreng sekeping                   = 170 kalori
roti canai kosong tanpa kuah           = 200 kalori
donut                                              = 268 kalori
teh tarik                                           = 120 kalori 



So nilah my breakfast semiggu 2 kali makan ni. Telor rebus dibuat sandwich = roti fibre + tomato + daun bawang + garam + sedikit je mustard + secawan milo o tanpa gula ya (50 kalori untuk milo je). Telor kuning tu tinggi kolestrol so tak boleh ambil hari hari.


My lunch, sup sayur + ikan tenggiri. No rice for every day, sebab nasi kosong 260 kalori. Tu belum dicampur dengan lauk lain lagi.....fuhh....Barulah tau kenapa ada orang makan 3 sudu nasi je....kalau cam tu baik tak yah makan nasi langsungkan....


For lunch juga sup sayur bayam + ikan tenggiri. Makan yang direbus memang sihat no oil kan. Kita perlu pelbagaikan menu ikut citarasa kitalah kan.....so far sup bayam, sup kacang buncis sedap kat tekak sayalah....he....he...tak tahulah oranglain kan. Kalau letak ikan tenggiri tu  ada rasa hanyir sikit so letak sikit halia.


Malam makan buah je. Kalau ada sup sayur lebih bolehlah makan. Makan mee hoon sup pun boleh. Resultnya memang sangat memeranjatkan. Dalam masa 17 hari boleh turun 4kg. Saya hanya control makan , senaman pun tak buat. Bab senaman ni yang malas nak buat sebenarnya. Orang kata makan roti canai kena lari keliling padang....hai ...tak daya den nak membuatnya. Baju dah longgar sukanya hati. Bila dah biasa makan makanan di atas dah agak lali. Nampak yang berminyak sikit tak mau makan.


Selepas sebulan saya mula berani makan mee hoon goreng yang digoreng dengan minyk zaitun/olive oil. Minyak ni kalorinya sangat rendah. Letak air lebih sikit dan masukkan segala macam sayur ala ala saladlah konon.


Salad yang lebih tu. Sekarang masih lagi dalam proses diet tapi agak slow sebab saya melanggar pantang. He...he....curi curi makan....terutama hujung minggu tak boleh tahan....tapi tetap ada batasnya. Mesti cuba sampai berjaya sampai dapat target yang saya nak.....Tepuk dada tanyalah selera kan.....Tak perlu ke slimming centre atau makan pil kurus berbagai jenama tu....dahlah beribu mahal lepas tu tak boleh makan itu dan ini nanti kena marah so lebih baik lah kita control sendiri tak makan, senang hati duit pun tak membazir...yang penting kena kuat semangat  ...yakin boleh dan katakan "NO" to oily food. Bukan tak boleh makan cumanya makan berpada-pada. Jangan lupa minum air kalau boleh 3 liter tapi saya pun tak mampu minum banyak tu sehari. Selamat Berdiet !!!!!!

Tuesday, May 7, 2013

Prosperity roses...bloom lagi

Prosperity roses ni is one of my favourite...Second time bloom...Seronok melihatnya....


Bergugus.


Masa ni tengah berputik....macam kacang kan berbiji-biji . Yang atas tu terselit si roses pink fairy.


Bila bloom semua memang lovely. Hari hari duk tengok...


Kalau pembajaanya cukup boleh mengeluarkan warna yang sangat cantik dan terang sedikit. Untuk mendapat warna roses yang terang boleh guna baja tahi kambing, sangat bagus.


Close up sikit.......huh....so lovely....


Tak tahan tengok yang ni....super...duper ....lovely....


Prosperity di atas dan pink fairy di bawah. Bila semua roses berkembangan serentak memang sungguh gembira tak terkira rasa di hati.........hati ini pun berbunga-bunga juga......he.....he...


Masak Lemak Pengaga dengan keledek...

Lama betul tak makan masak lemak pengaga ni....Masa pi pasar tani Larkin nampak banyak betul ulam pengaga ni segar bugar tu yang tak boleh tahan.... Why not masak lemak je hari ni kan......so cari semua bahan kat situ....jumpa pulak ikan terubuk....hmm....bakar pun sedap ni....tapi harganya mahal betul seekor kena RM20.00.
Ada berbagai jenis pengaga yang ditanam, ada yang berdaun besar dan ada yang kecil. Sudah semestinya yang berdaun kecil tu sangat sedap. Ada orang panggil penngaga kampung. Saya pernah tanam kedua dua jenis ni.
Pengaga ni banyak khasiat terletak pada akarnya. Biasanya saya suka makan begitu saja sebagai ulam. Petua untuk awet muda dan menghilangkann keputihan. Pengaga ni kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi. Saya pernah buat jus dari sayur pengaga dan minum hanya sekali saja.......fuh....tak tertelan mungkin terlalu pekat.


Fresh Orkid ni pun beli kat pasar tani Larkin....murah je....6 batang RM4.00. Boleh bertahan seminggu je. Adik tu kata letak klorox satu sudu kecil nanti boleh tahan 2 minggu.......tak sempat pun dik.....seminggu je hayatnya....masih mencari teknik untuk bunga segar dalam pasu...


Ketak sikit udang dan semestinya mesti ada keledek. Sepatutnya keledek putih tapi terbeli keledek oren ni pulak. Tak pe tak jadi masalah , boleh guna semua jenis keledek sebenarnya.


Santan yang saya guna ni santan pekat siap......kes malas perah santan......



Masak Lemak Pengaga dengan keledek

Bahan
1 ikat pengaga (potong akar dan asingkan - akar ni yang banyak khasiat sebenarnya )
1 sudu besar bawang merah yang telah dikisar halus
1 sudu udang kering tumbuk
1 mangkuk santan pekat + sedikit air
sedikit udang basah
keledek (boleh direbus dulu atau masuk dengan santan sekali)
sayur pengaga

Cara
- Tuang santan ke dalam periuk dan masukkan bawang merah + udang kering tumbuk.
- Tambah sedikit air supaya santan tu tak pekat sangat.
- Masukkan keledek yang telah dipotong kecil. Masak hingga keledek empuk sedikit.
- Masukkan udang basah yang dah dibuang kulit.
- Letakkan akar pengaga dalam periuk selepas tu baru masukkan daun pengaga.
- Boleh masukkan garam secukup rasa.
- Mendidih boleh hidangkan.







Monday, May 6, 2013

Perfume Delight Roses

Akhirnya dapat juga roses Perfume Delight ni, seronok betul. Bunganya besar dan berbau harum sedikit. Berwarna pink terang.


Harap - harap 2nd time bloom dengan saya, size bunganya akan jadi sama besarlah tapi saya tak rasa sebab teknik pembajaan dan jenis baja yang digunakan tak sama.


Kudup yang belum mekar.


Bila 2 kuntum mekar memang cantik.


Kelopak berlapis....cantik....


Nilah dipanggil jenis Thai grafted bukan own root. Grafted ni macam menumpang pada batang lain.


Pandangan sisi yang menarik.

Red Velvet for Cikgu Noreen

TQ to Cikgu Noreen yang oder 20 pieces red velvet.

Warna red velvet ni agak terlebih merah sebab saya letak koko sedikit saja.




In the box ready to go.


Deco manik ni terlalu keraslah sebab tu tak letak pada cup cake yang kat atas.

Sunday, May 5, 2013

Rangoon Creeper........akar dani

Pernah nampak tak pokok bunga ni. Ada dijual di nurseri. Sepasu besar RM28.00. Pokok ni jenis memanjat. Pokok ni sebenarnya bukan saya yang tanam. Setiap hari lalu di selekoh dan mesti nampak pokok ni. Saya rasa pokok ni sangat cantik di mata saya dan melihatkan lilitannya yang sangat tinggi saya sangat teruja untuk snap photonya. Setelah menggoggle barulah tahu nama sebenarnya iaitu Rangoon Creeper atau akar dani.....nama lain Ceguk dan Drunken sailor.



Hi...sorry ya gambar ni tak boleh di centerkan. Bunganya memang cantik. Sesuai ditanam di pergola. Bunga berbau wangi tertuama pada waktu malam. Boleh ditanam melalui keratan batang.


Kudup berwarna hijau sebelum berkembang.


Cantikkan dia melilit kat batang tu.


Macam kudup bunga melor pun ada kan.


Hah! Tu dia, sebenarnya pokok ni melilit, memanjat kat tiang TNB.

Lihat betapa tinggi pokok ni melilit, memanjat kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...