Tuesday, July 8, 2014

Kuih cara .....simple dan sedap....

Kuih Cara ni favourite my daughter....kalau saya ke pasar tani kuih ni lah yang saya mesti beli. RM1 dapat lah 3 set (maknanya 6 keping). Resepi ni macam biasa saya dapat dari Azie Kitchen. Thanks for sharing Kak Azie. Memang simple je cara nak buat  ni. Saya ni pun baru first time nak mencuba.


Pelik tak kuih cara saya ni.....memanglah pelik sebab biasanya warna kuih cara ialah warna hijau......ni sebab kehabisan pewarna hijau so no color lah plain je.


Acuan ni dah lama beli kat Rantau Panjang, Kelantan....jauhkan...baru ni berkesempatan guna. Panaskan acuan lepas tu sapu minyak dan boleh tuangkan adunan tepung .....lepas tu letak gula dalam acuan yang telah diisi dengan tepung tadi ( nombor 3)



 Boleh tahan lembut juga kuih cara saya ni....he...he...traditional kuih walau kita measure cam mana pun kadang kadang tak menjadi. Kadang kadang tercair terpekat...macam macamlah. Nasib yang ni jadi bagi saya.



 Biasaya satu set sepasang begini. Rasanya lemak lemak manis sebab banyak santan yang digunakan. Kalau beli kadang kadang tak rasa santan.


Seronok tengok hasil yang banyak begini.

KUIH CARA
Source : Azie Kitchen

Bahan
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telor
3 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti
Gula secukupnya

Cara
Daun pandan diblender dengan santan  dan tapis.
Tepung gandum + telor + garam + santan dimasukkan ke dalam blender dan kisar sehingga sebati.
Tapis untuk memastikan adunan tidak berketul.
Panaskan acuan dan sapu minyak supaya kuih mudah ditanggalkan.
Bila adunan siap boleh  masukkan ke dalam acuan tadi.
Isikan gula ditengaha tendah. Tutup acuan dengan tudung periuk dan tunggu seehingga masak.
Gunakan api yang kecil supaya kuih tidak hangit di bahagian bawah.
Bila sudah masak angkat dan boleh dihidangkan sepasang.



















Monday, July 7, 2014

Baja for roses....campur campur

Sesungguhnya pokok roses memang suka dibelai dan sangat kuat makan. Selalunya saya membaja selang seminggu dan kadang kadang 2 minggu sekali ikut waktu terluang saya.


Apa ya dalam tu? Macam macam ada.......ini adalah campuran baja tahi kambing + baja udang. Memang kenyanglah roses saya. Bila dia dah kenyang baru dia boleh keluarkan daun dan bunga yang cantik cantik. Ni kes nak senang....campur je semua dan gaul terus letak sekali jalan .....saya tak punya banyak masa nak letak setiap satu baja selang seminggu so saya campur semua.



Letak sesenduk dalam pasu tapi jauh sedikit dari akar. Kalau boleh korek lubang dan tutup dengan tanah sikit bukan apa takut lalat atau cik ti korek pasu ni nanti.



Yang kecil kat tepi tu ialah mikrob dan kultur....tak ingat beli ngan siapa. Masa ni boleh letakkan sekali RES (rinson epson salt) + high phosphate sebagai pemangkin supaya pokok roses boleh menyerap zat baja dengan lebih cepat dan kuat. Boleh klik SINI untuk lihat bentuk RES dan high phostphate.


Ni dari dekat mikrob yang diletak. Jangan banyak sangat. Untuk menggalakkan pertumbuhan tunas. Memang sangat bagus mikrob ni. Ada juga mikrob dalam bentuk cecair. Lagi senang bancuh dan terus spray........lebih cepat kesannya.

Sunday, July 6, 2014

Home made Onion Ring.......sedap tak beminyak

Lama dah nak try buat onion ring tapi tak kesampaian. Rupanya senang je nak buat onion ring ni. Bahan pun tak banyak. Berapa kali beli bawang besar Bombay tu asyik tak digunakan je. Kali ni mesti nak buat jugak.


Really like the texture of this onion ring. Best partnya tak berminyak.


 
Makan panas panas sedap. Teringat A & W punya onion ring. Asal nak makan onion ring mesti pi situ beli.



Just love the texture.....no oil around it....this resepi will be a gate keeper to me....


ONION RING  -  Simple home made

Bahan
1 cawan Buttermilk ( can use 1 cawan plain youghart + 1 cawan fresh milk )
Sedikit Tepung gandum
2 biji bawang besar Bombay ( warna kuning )
sedikit garam
sedikit lada hitam crush - saya guna yang ready made

Cara
Hiris bawang besar. Leraikan bulat bulat.
Panaskan minyak untuk menggoreng dalam kuali.
Ambil satu hirisan dan celup dalam buttermilk  , lepas tu sadurkan dengan tepung gandum yang telah di letak sedikit garam dan lada hitam crush.
Boleh terus goreng. Ulang proses sehingga semua bawang habis.
Bila agak kekuningan boleh terus angkat dan hidangkan panas panas.



Thursday, July 3, 2014

Pak GT dalam kenangan ........sedihnya

Sedih tak terkata.......Pak GT ni bersama saya seketika cuma. Seketika pun hampir setahun jugalah. Dah ke syurga sekaramg sebab diserang kanker. Memang tersangat sedih.


Pokoknya dah besar tapi tak berapa sihat angkara si kanker. One of the first yellow roses that I have.



Masa ni berputik 2 tapi tak kembang serentak. I love the green leaves.


Baunya Pak GT ni mild saja......tak kuat sangat but still tak tahan lama. Can klik HERE to see previous bloom.

Tuesday, July 1, 2014

Mangga oh mangga.......sedapnya..

Sebelum puasa , saya ni mengidam betul nak makan buah mangga. Kebetulan musim mangga ....di mana mana ornag menjual buah mangga and even kat taman perumahan boleh dikatakan semua pokok mangga berbuah. Nampak je kat mana mana nak beli semua jenis buah mangga ni. Paling saya mengidam nak makan buah mangga kuini.......dah terbau keharuman mangga ni....alamak puasalah......sorry ya.
Buah mangga kaya dengan vitamin C yang boleh menghapuskan kolesterol jahat dalam badan kita tapi jangan makan banyak sangat mangga ni nanti sakit tekak pulak.


Yang ni buah mangga Australia katanya....bau sedap ...sekilo RM12.00 beli kat pasar tani. Saja nak try rasanya. Besar jugak buah mangga ni.



Bila dah potong memang tak tertahan tengok....gebus....rasa pun sedap.....mangga Australia ni.


 
Dari dekat manggo Australia ni .....dah drooling tul ni....


Mangga yang ni banyak terjual kat pasar tani, pasar malam dan di mana mana je.......Harga murah sikit ...sekilo dalam RM4 - RM6.00.


Bila dah dipotong memang sangat best buah mangga ni.....manis tu......nama dia tak tau lah. Yang ni kalau makan dengan pulut disiram santan fuh tak terkata....enaknya.



At last dapat jugal merasa buah mangga kuini ni. Thanks to Eyda yang bagi.  Yang ni dah masak....warna kuning.

Yang ni masih hijau tapi dah masak sikit mangga kuini ni. Belum dibuang kulit aroma mangga kuini ni tersangatlah harum menusuk ke hidung....

Bila dipotong ....aroma dan kemanisannya tersangatlah sedap.

Monday, June 30, 2014

RES + High Phosphate + Bone meal....good for roses...

Dapat tau pasal Epson salt ni dari group roses kat FB. Ramai yang telah mencuba dan pokok roses mereka mengeluarkan bayak tunas tunas baru dan berbunga cantik. Nama tuan punya ialah Mr Rinson....bila digabungkan tu yang jadi Rinson Epson Salt atau RES. Mr Rinson tinggal di Perak.....merata saya beli baja atau bahan untuk roses ni. Boleh add Rinson Lim kat FB kalau ada sesiapa yang berminat nak order.


Ni ialah epson salt, ianya bukan baja tapi sebagai booster atau pemangkin bagi menpercepatkan penyerapan vitamin NPK pada baja  yang  kita letak sekali pada pokok roses. Bagus diletakkan bersama dengan baja high phosphate. Seminggu lepas tu boleh letakkan bone meal dan diselang selikan seterusnya.
Cara = RES + High phosphate + baja lain yang kita nak letak. (contoh: tahi ayam+tahi kambing+baja udang)

Ni dari dekat epson salt. Lepas letak RES dengan high phosphate terus siram air. Saya guna tak banyak. Biasa kalau untuk saya 1 kg boleh letak 2 kali sebab saya ada 50 pasu roses...Selepas letak RES saya dapati pokok roses saya sangat cepat membesar dan subur.



Nilah rupa baja high phosphate......biji biji.....diletak bersama RES (rinson epson salt).



Ni Imported Bone meal (Daily cow n cattle) dari Ausrtalia. Diletakkan pada pokok roses selang 2 minggu selepas letak RES dan high phosphate.



Mr Rinson Lim ni pernah appear dalam Majalah Laman.

Sebelum menggunakan RES , high phosphate dan bonemeal......pokok roses saya tidak berdaun sangat. Togel je kan....sedih betul masa ni....Saya akan maintain menggunakan RES , high phosphate dan bonemeal kerana outcomenya sangat memberangsangkan.


Selepas menggunakan RES , high phosphate dan bonemeal barulah pokok roses saya mengeluarkan daun yang banyak . Selain tu mikrob dan kultur juga banyak membantu pertumbuhan tunas. Boleh klik SINI untuk lihat mikrob dan kultur yang djual oleh Ros Cobbage Mak Jah di FB. Bila daun roses kita cantik menghijau barulah pokok ni akan mengeluarkan bunga yang cantik dan segar. Disamping tu jangan lupa spray 3S (penyakit thrips dan red mite) dan darconil ( penyakit black spot) sebagai langkah penjagaan. Prevention is better than curing.....take care of your leaves and your roses can bloom very nice....


Sunday, June 29, 2014

Salmon grill atau panggang....simple one

Ikan salmon ni memang kegemaran satu keluarga tapi memikirkan harganya yang mahal kira beli sebulan sekali je lah. Ikan salmon ni memang banyak khasiatnya. Ikan ni banyak kat oversea sebab tu sampai tempat kita harganya mahal.
Diantara khasiat yang saya dapat dari health.mylaunchpad mengenai ikan salmon ialah seperti di bawah : 
Omega-3 dan DHA yang terkandung dalam ikan salmon ini dapat membantu masalah mata kering yang kronik. Ia juga boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan anda di usia lanjut.
Vitamin D yang terdapat dalam ikan salmon ini membantu fungsi otak. Risiko untuk mendapat Alzheimer dan Parkinson di usia mendatang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini. Daya ingatan juga dapat di tingkatkan dan risiko kemurungan boleh di kurangkan. 
Sel kulit boleh di lindungi dan kelembapan boleh di kekalkan dengan adanya Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon. Bukan sahaja melindungi, bahkan ia menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat. Asid lemak yang kaya di dalam ikan salmon dapat mengekalkan kekuatan rambut, folikel dan juga membantu menyihatkan rambut anda agar kelihatan bermaya.

Ikan salmon ni senang je nak masak tak payah susah susah sangat. Letak garam dan crush lada hitam dan sedikit sos tiram dah cukup. Gaul rata sebati seluruh ikan.



Lepas tu just grill atas non stick pan.....tak payah letak minyak ....nanti ikan salmon ni akan mengeluarkan minyak dengan sendiri. Biasanya saya akan gril 2 potong je...cukup untuk sekali makan.

Ikan salmon ni biasanya saya makan dengan nasi tapi kalau nak ratah begitu saja pun boleh. Ikan ni kalau makan banyak mual rasanya so sebab tu kena perah lemon sikit. Ikan salmon ni isi sesaja ....


Just love this photo...ikan salmon grill...

IKAN SALMON GRILL/ PANGGANG
Source : Sweetiesaqi

Bahan
2 potong ikan salmon
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sedikit lada hitam crush kasar

Cara
Letak sos tiram + garam + lada hitam dan ratakan keseluruh ikan salmon.
Perap seketika dalam 15 minit. Kalau tak nak perap nak terus masak pun boleh.
Panaskan non stick pan dan letak ikan salmon tadi ke dalamnya. Masak seketika dan boleh balikkan untuk masak bahagian yang satu lagi. Siap boleh lah diangkat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...