Wednesday, August 29, 2012

Masak lemak cili api + Sambal belacan binjai


Lepas ni kena puasa nak update entri sebab weekend ni busy sikit. Tak sempat nak choose photo yang memang dah berlambak kat dalam PC tu. Kena tunggu ada masa baru boleh update blog. See you all minggu depan ya. Kita rehat sebentar.

Masak lemak cili api ikan merah dicampur dengan pucuk asam gelugor. Pucuk asam gelugor ni beli kat Pasar Tani, Stadium Paroi, Seremban. First time tengok pucuk ni. Daun ni kalau dicampurkan dalam masak lemak ni jadi masam. Jangan letak banyak sangat sebab memang masam yang teramat. Maknanya tak perlu letak asam keping lagi. Bagus tu dapat buat ulam pucuknya dan jimat tak payah letak asam keping.

Masak lemak cili api ikan merah.


Nilah Pucuk asam gelugor tu. Memang masam.

Masak Lemak Cili Api

10 biji cili padi/api
1/2 inci kunyit hidup
semangkuk santan pekat + sedikit air
3 helai pucuk asam gelugor dihiris (kalau tak da boleh letak 1 asam keping)
1 batang serai
garam secukup rasa

Cara
1-Tumbuk cili api + kunyit hidup.
2-Masukkan dalam periuk bersam serai yang dititik / diketuk.
3-Letak santan pekat + air sedikit jika terlalu pekat. Medidih masukkan ikan + pucuk asam gelugor + garam. Serta merta kuah akan masam.
4-Medidih boleh tutup api dan hidangkan.



SAMBAL BELACAN BUAH BINJAI

Buah binjai ni memang my favourite. Kali ni dapat kat Air Hitam dengan harga RM10.00 untuk 2 biji. Hampir nak sekilo juga beratnya. Sekilo harganya RM12.00.


Nasib buah binjai ni rasanya masam manis sikit, sedap. Kalau nasib tak baik dapat yang masam memang tak best.


Buah binjai yang sudah dikupas separuh kulitnya. Warna cream. Binjai ni kalau dipotong boleh juga dibuat jeruk lepas tu makan dengan nasi panas.


Sambal belacan berulamkan buah binjai. Kalau ada masak lemak cili api lawannya mesti ada sambal belacan memang tak boleh miss.

SAMBAL BELACAN BINJAI

5 biji cili hidup merah
3 biji cili padi
belacan 1 inci (siap digoreng tanpa minyak / dengan minyak pun boleh) kalau nak letak lebih pun boleh
gula sedikit

Cara
1-Goreng cili hidup merah + cili padi.
2-Tumbuk belacan + cili hidup + cili padi  + gula sampai separuh lumat.
3-Masukkkan dalam pinggan letak buah binjai sekeliling.
4-Bila nak makan colek binjai dengan sambal belacan.


Tuesday, August 28, 2012

Blackspot (BS) di daun bunga ros

Masih lagi mood Raya, nak update entri pun tak sempat. Baru balik kampung, rumah pun masih tunggang langgang bersepah. Tak sempat nak kemas lagi. Malam ni ada farewell dinner sempena retirement my Managing Director, Mr Yeo Ju Tiam. Been working with him for 13 years. Sedih and going to miss him.

Berbalik kita pada bunga ros nikan, sejak join group peminat roses kat FB , barulah tahu sikit sebanyak pasal penyakit daun pokok bunga ros ni. Ros ni very sensitif pokoknya. Mesti dibelai dan dijaga selalu tapi bila berbunga dengan banyaknya seronok tak terkata. Penyakit yang famous dengan bunga ros ialah Blackspot. Black spot ni adalah sejenis fungus sebenarnya. Nama singkatannya ialah BS. Terjadi disebabkan daun pokok terlalu basah. Sebab tu dinasihatkan supaya menyiram air pada pukl 10 pagi dan 4 petang. Tapi untuk orang bekerja cam saya ni memang tak boleh nak ikut. Pepagi buta dah siram tapi jangan banyak sangatlah. Kalau basah sangat kat akar nanti kena kanker pulak. Yang seeloknya pokok ros ni mesti kena panas dalam 4 - 6 jam sehari. Hari Sabtu dan Ahad baru lah dapat ikut cara menyiram yang betul. Bagi saya black spot tidak seteruk thrips dan redmites.

Cara rawatan
1-Togelkan daun dan buang jauh jauh.
2-Sembur organic ros care. Boleh beli di www.bungaros.com
3-Daun jangan terlalu basah sangat.

Bila terkena black spot seperti di atas terus buang semua daun - daun yang bermasalah ni. Kalau boleh masuk plastik dan terus buang. Mesti togelkan daun kalau terkena ini blackspot. Jangan takut nak buang semua daun sebab daun dan tunas baru akan tumbuh dengan banyaknya.



Black spot ni sebenarnya kat atas daun. Ni tersnap bawah daun pulak.

Monday, August 27, 2012

Laman Impiana Sep/Okt'12, Edisi 40


Masa jalan-jalan kat KLCC last week, singgah kat kedai buku Kinokuniya, huh memang besar bookstore ni. Belek-belek majalah LAMAN Impiana terkejut sekejap, my photo dipilih lagi untuk paparan kali ini. Terima kasih tak terhingga kepada sidang redaksi LAMAN Impiana yang telah sudi memilih photo bung ros saya.


Majalah LAMAN Sep/Okt'2012 Edisi 40.



Photo-photo bunga boleh diuploadkan ke laman Facebook Laman Impiana. Dari situ pihak Laman akan memilih photo yang menarik untuk dimuatkan ke dalam majalah Laman Impiana. Semua photo yang tersiar akan ditapis pada Januari 2013 bagi melayakkan penghantar photo memenangi anugerah rakan Fb Laman melalui segmen Bunga-bunga kita dalam majlis penyampaian hadiah Anugerah Prestij Idea Dekorasi Impiana 2012/2013. So kalau sesiapa yang ada photo bunga bungaan yang menarik boleh uploadkan di FB Laman Impiana.


Antara bunga-bunga lain yang dipaparkan.


Teruja juga bila melihat nama sendiri dipaparkan dalam majalah LAMAN Impiana.


Ni actual photo ros yang saya snap. Anda boleh pergi ke blog saya, http://sweetiesaqi.blogspot.com/2012/07/light-pink-roses-1.html untuk melihat bagaimana ros ini berkembang.

Sunday, August 26, 2012

Peach & Yellow Roses...berbunga

Diam tak diam dah 9 hari Syawal berlalu. " Selamat Hari Raya" He....he..... Memang pantas masa berlalu. Seminggu cuti rasa memang tak cukup. Raya tahun ni giliran hubby di Seremban, raya ke 3 berjalan ke Cameron Highlands singgah KL pada hari Khamis dan Jumaat baru sampai  Melaka, my mom house. Ahad dah balik Pasir Gudang, memang very limited time sempat singgah rumah sedara terdekat je. Ramai kawan-kawan yang dah pulang ke KL so tak dapat beraya with them.

Entri untuk ros ni dah lama dalam draft tak keluar keluar lagi, baru  sempat nak post. Pokok ros ni sebenarnya dah nak mati, daun semua togel. Lepas sembur dengan ros care tiba-tiba berbunga cantik pula. 2 pokok ros ditanam dalam satu pasu plastik kecil . Tak sangka pulak berbunga. Satu warna peach dan satu lagi warna kuning.

Cantik ros ni. Nasib tak buang.


Ros kuning ni pula dah terkena thrips. Yang warna coklat kat tepi roses tu lah dipanggil thrips.



Kudup kuning teruk kena serang thrips tapi masih boleh berkembang lagi. Peach roses tu is opening.



Memang cantik.


Very the lovely. Selepas disiram air.



Hah! Nilah pokok yang macam nak mati tu tapi mengeluarkan bunga yang sangat cantik. Melihatkan pada batang rantingnya masih boleh hidup lagi.



Lovely collage. Proses pengembangan kuntuman ros kuning  dan peach.

Thursday, August 16, 2012

Purple Petunia......Selamat Hari Raya...

Sekejap je dah penghujung Ramadan, lusa dah nak sambut raya. So di kesempatan ni , nak wish "SELAMAT HARTI RAYA AIDILFIRTRI, MAAF ZAHIR & BATIN ".

Ni one of my favourite flower juga sebab ada banyak warna. Petunia ni ditanam dari biji benih tapi saya memang  tak pandai nak semai guna biji benih. Jadinya beli je yang ready made kat nursery. Sepasu harganya RM10.00. Petunia ni boleh tahan lebih dari 3 bulan. Perkara penting, petunia ni memerukan air yang sangat banyak. Mesti disiram pagi dan petang jika tidak pokok akan layu.


Warna purple / ungu pekat.


Tutuplah pulak.


Bila snap photo, warnanya bertukar di kamera mungkin sebab pencahayaan.







Ni selepas disiram air.


Lebat berbunga. Tu yang best pasal petunia ni.


Masa baru beli, kecil saja.


Bila dah lama sikit lebat bunganya merimbun.



Warna asal memang purple gelap tapi masa snap photo tu tengok keadaan cuaca sebab tu warna bunga ni bertukar kat camera.

Wednesday, August 15, 2012

Biskut Hazel Nutt Rossette

Biskut Famous Amos dah siap, nak buat biskut apa lagi ya. Mood baking dah datang dekat nak raya ni kan. Jalan-jalan kat blog , singgah blog Juicy Cafe terpandanglah resepi biskut hazelnutt rossette yang sangat simple ni. Bila dah buat sedap pulak rasanya. Yang bestnya resepi ni tak da telor.


After baking. Dalam samall cupcake.


Before bake.


Adunan memang lembik so tak boleh terap, mesti guna piping bag.


Comel je biskut ni.


Lovely Hazellnutt Rossette


HAZELNUTT ROSSETE
Source: Juicy Cafe

Bahan
250g butter
80g castor sugar - saya guna brown sugar
60g hazel nut dikisar
240g tepung gandum
1 sudu kecil vanilla
100g coklat chips untuk hiasan

Cara
1-Pukul butter + gula sampai sedikit kembang.
2-Masukkan vanilla esen dan kacau rata.
3-Letak hazel nut kisar + tepun gandum kacau sebati.
4-Masukkan adunan tepung ke dalam piping bag dengan tip berbentuk, paipkan ke dalam cup cake kertas yang kecil. Buat bentuk bunga bulat.
5-Letakkan chocolate chip sebagai hiasan.
6-Bakar selama 20 minit ikut kepanasan oven masin -masing.


Tuesday, August 14, 2012

Doily Lace Roses

Seronoknya Doily Ros saya berbunga lagi. Ni second bloom selepas dibeli dari Mami Yawinscha. Pokok segar tapi takut juga sebab ada pokok ros lain yang berdekatan terkena thrips & red mites.Takut berjangkit pulak.


Bunga berlapis tapi taklah besar sangat. Macam duit syiling 50 sen je. Bila shoot photo secara dekat tu yang nampak besar. Bunga ni kalau betul cara penjagaannya boleh mengeluarkan bergugus bunga.


Comel je bunganya. Masa ni belum kembang hasbis.




Lovely Doily Lace collage.

Monday, August 13, 2012

Puding Milky Peach

Rasanya bulan puasa ni terajin sikit buat puding sebab mr hubby suka makan puding. Sebenarnya tak berapa pandai buat tapi bolehlah. Stok buah peach ada so cuba buatlah. Guna serbuk agar-agar sangat cepat keras sampai berketul-ketul so terpaksa tapis buang ketulan. Mungkin teknik saya tak betul. Anyway menjadi juga walaupun keras sikit.


Menajadi juga.



Yang bulat asalnya dalam ni.


 

Letak alam loyang segi empat tepat. Cam bulat sabit lah pulak.


 

Satu adunan dapatlah banyak ni je. Jadilah.





 




PUDING MILKY PEACH
Source : Dari Dapur CT

Bahan
13 g agar agar serbuk
500ml air
500ml susu sejat
3/4 cawan gula
sedikit pewarna kuning ( tak letak pun tak pa)
buah peach

Cara
1-Basahkan acuan/loyang & susun buah peach, ketepikan.
2-Didihkan air + gula pasir + serbuk agar-agar dalam periuk dengan api sederhana sehingga mendidih.
3-Masukkan susu cair +esen vanilla + pewarna kuning, didihkab sambil kacau perlahan.
4-Letak tepung jagung dan kacau sebentar hingga mendidih sedikit, tutup api.
5-Tuangkan adunan agar-agar dalam acuan/loyang dengan perlahan atas buah peach.
6-Bila wap panas hilang masukkan dalam peti sejuk.






Sunday, August 12, 2012

Biskut Famous Amos

Dah nak hujung puasa baru ada mood nak buat biskut raya. So biskut yang senang dibuat ialah biskut famous amos ni. Muai gitu. Satu adunan boleh dapat banyak.



Crunchy biskut famous amos ni.




Favourite my kids.


BISKUT FAMOUS AMOS
Source : internet - tak ingat dari mana sebab resepi ni dah lama. Satu ketika dulu tengah famous pasal cookies ni.

Bahan
250g butter
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
2 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil bikarbonat soda
2 1/2 cawan oat yang dikisar halus
1 packet chocolate cadbury disagat
1 cawan badam cincang
1 cawan chocolate chips

Cara
1- Pukul butter dan gula hingga kembang sedikit.
2- Masukkan telor sebiji demi sebiji + esen vanilla. Pukul rata.
3-Masukkan tepung gandum + baking powder + bikarbonat soda + oat kisar = gaul rata.
4-Letak chocolate cadbury yang disagat. Gaul lagi.
5-Last sekali masukkan badam cincang + chocolate chips.
6-Panaskan oven ikut tahap oven masing-masing ya.
7-Ambil secubit bulatkan, letak atas dulang pembakar. Bakar selama 20 minit.





Thrips & Red mites.....menyerang roses


Sebelum ni, memang tak tahu kenapalah bunga ros saya, kudupnya asyik warna coklat je. Melalui pembacaan dan penerangan dari geng -geng bunga ros kat FB, barulah saya tahu sebenarnya ros ni terkena penyakit "Thrips". Bila ada thrips, red mites mesti ada. Dua-dua ni berkawan baiklah. Thrips dan red mites terhasil kerana daun dan batang terlalu kering. Bagi saya, dua penyakit ni sangat bahaya, merosakkan daun dan bunga dengan sangat cepat. Yang tak bestnya, boleh berjangkit ke pokok yang ada di sekelilingnya. So mesti nak buat proses togelkan daun and kalau ada buds/kudup yang warna coklat jangan sayang terus buang.  Daun dan batang ros ni memang tak boleh terlebih atau terkurang air, kalau tidak macam-macam penyakit melanda.

Cara rawatan
1- Togelkan daun dan buang jauh-jauh.
2- Sembur dengan organic Ros care. Boleh order kat  http://www.bungaros.com/
3- Boleh juga sembur dengan H20 (shieldtox/ridsect yang berbasekan air) - spray pada waktu petang.
4-Kalau tahap kronik dan susah nak diselamatkan terus spray dengan racun 3 serangkai tapi racun ni mahal sangat harganya.


Lihat Ros koster saya yang diserang thrips. Buruk jadinya.



Pink roses saya bercampur warna coklat tu tandanya ada thrips.


Kudup yang tidak boleh kembang sebab thrips.



Hah! Nilah.....THRIPS + RED MITES sekali menyerang, together gether. Sedih betul. Red mites selalunya di belakang daun macam berkarat gitu.


Ni lebih jelas red mitesnya.


Ni lagi contih red mites bawah daun. Mesti nak buat blasting air kat daun ni. Siram dari bawah ke atas.



Sedih tengok roses yang terkena thrips + red mites.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...