Wednesday, September 12, 2012

My Zinnia SPP

Bunga Zinnia SPP ni adalah salah satu bunga yang popular di dunia. Sangat senang untuk menjaganya sebab tu kita boleh lihat banyak pokok ni dijadikan sebahagian dari landskap taman. Terdapat berbagai jenis warna seperti merah, kuning,oren dan lain -lain lagi. Ada yang selapis dan ada yang banyak lapis. Bunga ini ialah dari keluarga Asteraceae yang berasal dari belukar dan padan rumput kering di kawasan yang menjangkau dari Barat Daya Amerika hingga ke Amerika Selatan yang meliputi Mexico. Nama asal Zinnia SPP adalah sempena nama Johann Gottfried Zinn(1727-1759) seorang ahli botani Jerman. Sumber dipetik dari Majalah Laman Edisi37, Mac/Apr'12.

Zinnia SPP sangat memerlukan cahaya matahari untuk mengekalkan warna dan pertumbuhan pokoknya.
Kebiasannya Zinnia ni ditanam dari biji benih, tapi saya memang tak pandai guna biji benih. Yang ni saya beli ready made kat TESCO, Sri Alam dengan harga RM8.00. Terpikat dengan warna shocking pink dan lapisan yang tebal. Zinnia boleh hidup subur pada tanah yang berasid dan beralkali sederhana sahaja.


Buds dan baru mula nak berkembang sedikit.


Pepijat dan lain serangga sangat suka kepada Zinnia SPP ni. Selepas serangga ni hinggap , Zinnia akan cepat mendapat penyakit seperti powdery mildew terutamanya kalau musim hujan. Langkah pencegahan mesti tanam di kawasan yang banyak cahaya matahari dan sembur dengan racun anti kulat.


Kebetulan pokok ni memang berbunga dengan banyaknya.




Terus tanam di atas tanah. Bila bunga kering dan jatuh ke tanah boleh mengeluarkan anak pokok.


Warna shocking pink ni hasil dari camera Nikon cool pix.
Yang ni , bunga yang sama seperti di atas tapi menggunakan camera Lumix agak dull/kusam sikit warnanya tapi lapis - lapisnya kelihatan dengan jelas.


Lovely Zinnia SPP.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...