Thursday, February 28, 2013

Snow Cheese Cake...yum...yum...

Snow Cheee Cake?? Apa yang snow ya. Sebenarnya parutan keju cheddar yang diletakkan atas topping cream cheese tu yang melambangkan snow. Saya tak letak parutan keju cheddar ni sebab telupa nak beli keju.


Kek ni memang sedap. Basah sikit. Warna agak kuning sebab telor kuning yang digunakan berwarna orange.


Melimpah tu yang macam salji sikit.




Walaupun menggunakan 6 slice cheddar cheese memang terasa cheese nya.


Cobination topping = cream cheese + 1/2 tin susu pekat, ingatkan rasa akan jadi sangat manis tapi jangan tertipu ya, rasa kemasaman cream cheese tu menutupi kemanisan susu pekat tu. So jangan takut takut nak letak 1/2 tin ya. Tuang je.


Lovely Collage.


SNOW CHEESE CAKE
Source:hanamemories.blogspot.com

Bahan Untuk Kek
6 keping slice cheese
250ml susu segar
100g butter
100g gula halus
110g tepung gandum ( atau 10g tepung SRF + 110g tepung superfine)
6 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan untuk topping
250g cream cheese
1/2 tin susu pekat
1/2keju cheddar kraf yang di parut - saya tak letak

Cara
- Siat-siatkan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk + susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter.Matikan api(tak perlu sampai mendidih). Sejukkan.
- Pukul putih telor dan gula hingga bertanduk.(terbalik tak jatuh)
- Pukul kuning telor + esen vanilla lebih kurang 1 ke 2 minit dengan kelajuan sederhana.
- Masukkan campuran susu segar + butter + slice cheese tadi ke dalam kuning telor dan kacau menggunakan whisk.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati.
- Ambil 1/3 daripada putih telor dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telor tadi. Kemudian campurkan baki adunan putih telor sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati.(jangan over sangat...adunan agak ringan dan pekat)
- Griss loyang 8 x 8 " dengan butter dan ratakan tepung supaya tak melekat, boleh juga guna baking paper.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath.
- Bakar pada suhu 150 darjah api atas bawah selama 50minit - 1 jam.(Ikut oven masing-masing ya).
- Sejukkan dahulu kek baru dipotong 2.

Untuk Topping
- Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dalam peti kemudian potong dan hidangkan.

Wednesday, February 27, 2013

Finance Meeting 27/2/13


Time running very fast, it seems like just last year this event happen now we meet again. This time round 3 people came = Alberto Eli + Joe Wieber + Simon Choo for this Finance meeting on 27/2/13.  


As usual, arrange lunch with the help of HR department. Thanks Faiz.



Manage to do one chocolate cake only.


Gifts from Christine Leo, Singapore. Lots of Chocolates, TQ dear.


Before the photo shoot. Christine(top left wearing black dress) is pregnant going to due next week but she doesn't look like one.


Malaysia & Singapore Finance team with the big bosses. This is the last group photo with Tang Jiunn Shyong, our beloved Senior Finance Director as his last day will be on 31/3/13 and welcome on board Simon Choo from China as our new boss.

Monday, February 25, 2013

Mukmin Jaya Seafood Restoran, Limbongan, Melaka

Dah lama nampak Mukmin Jaya Seafood Restoran, Limbongan, Melaka ni tapi tak sempat nak menyinggah. Kali ni sempatkan juga untuk merasa hidangan kat sini. Serving makanan memang banyak so boleh share sebenarnya. Menu pun banyak.

Nasi Goreng Macau - Sangatlah pedasnya tapi sedap.


Nama mee ni tak ingat tapi ala ala mee hailam. Rasa biasa saja.


Mee hoon sup ni kuantiti sangat banyak. Rasa not bad.


Ayam with lemon chicken. Sos dia masam tapi boleh lah sedap juga.



Sotong goreng with telor masin. Mengikut kata my brother, biasanya hidangan ni kering tapi yang ni ada kuah sikit , rasanya cam kari.


Nilah kedainya , Restoran Muknin Jaya Seafood di Limbongan , Melaka.( dari bandar nak ke arah Pantai Klebang).

Sunday, February 24, 2013

Ros Tineke......dulu Green Apple

Baru dapat tahu nama baru untuk Ros Green Apple ialah Tineke. Susahnya nak sebut. Ros ni paling serasi dengan saya. Rajin berbunga dan kali ni berputik dan kembang serentak. Tu yang seronok sangat.
Just got to know the new name of this Green Apple roses is Tineke. Difficult to pronounce. This ros always blooms and it has a lot of buds coming out at one time.


Putih bersih, nasib cik thrips tak kacau.
Whitish to greenish a bit, lucky not disturb by mr thrips.


Yang best sekali semua berbunga serentak.
The best part when it blooms all at once.


Baru nak terbuka kelopaknya.
Starting to bloom slowly.


Suka tengok yang ni. Cantik.
Love to see this, very beautifull.




Kembang mekar.
Blooms very well. Very perfect to my eyes.

Daun pun segar. Bunga kembang putih bersih. Hai...berbunga-bunga hatiku...
The leaves healthy. The folwers whitish to greenish in colour. Makes me feel happy to see it.

Thursday, February 21, 2013

MGSS 88 Reunion....

Dah lama tak pergi reuinon sekolah lama walau setiap tahun ada. Kesuntukan masa dan tinggal jauh adalah faktor utama. So tahun ni , kuat semangat dan kebetulan cuti yang cantik tarikhnya pada 12/2/13 Selasa, dapatlah pergi reuinon ni. Biasalah tak ramai yang datang, hanya 15 orang saja tapi dah cukup gamat kat Kopitiam ni. Sekolah rendah ada 2 sekolah , MGPS(1) & MGPS (2) digabungkan di sekolah menengah MGSS, Tengkera, Melaka. ( 3 sekolah ni semua dalam satu kawasan) 


Antara yang hadir. Banyak yang dibualkan maklumlah lama tak jumpa. Ada tu ingat rupa tapi tak ingat nama. Bila diingat-ingatkan baru teringat yang mana satu.


Ni classmate I masa form 4 & 5, duk sebelah meja I. Angelina Ang now working with CIMB with 3 daughters and Ghethabai from lawyer now become housewife to take care of her 2 daughters. Both of them looks mature now.



Apa lagi sesi berphoto shoot sakan lah. Almost 24 years tak jumpa. Kalau jumpa pun sorang dua saja.


Lunch at Hailam Kopitiam. Ice cream kek yang nampak cantik. My kuentiow goreng, biasa -biasa saja. Hmm...steak Cik Asmeya...


Nak balik pun sempat lagi photo shoot. Mak mak orang ni semua macam budak budak kan. Bilalah nak jumpa lagi. Next reunion may be.

Wednesday, February 20, 2013

Summer Scarlet=Valentine Roses

Roses ni asal namaya dipanggil Summer Scarlet lepas tu dapat nama baru iaitu Valentine Roses. Saya rasa saya suka kan nama yang lama , Summer Scarlet. Roses ni saya beli dah lama , 2 tahun lepas tapi masa tu tak tahu teknik penjagaan yang betul. Beli dan tanam begitu je tak dibelai pun. Sampai sekarang roses ni masih hidup tapi tak lebat daunnya. Baru baru ni saya telah menanam kembali roses ni dalam pasu besar yang baru. Ada perubahan sikit sebab banyak tunas baru yang muncul setelah dispray rose care dan di beri makan cukup cukup.

These roses previously known as Summer Scarlet, only recently it were change to Valentine Roses but i think i prefer the old name Summer Scarlet. I bought this roses , 2 years ago but at that time i dont really know the correct way of planting roses. Just bought and put aside, Till now the roses still alive but did grow very well. Recently I replanted the plant in a medium size pot. Theres changess where I can see lots of new shoot coming out, this happen after I spray ross care and give them a lot of supplement.


Photo ni diambil 2 tahun lepas menggunakan Canon camera. Terjumpa pulak photo ni, tu yang saya baru update dalam blog.
This photo were taken back 2 years ago with my first Canon camera. Found this photo which I havent put in my blog.


Kelopak yang cantik dan bau yang sedikit wangi.
Lovely petals and smells nice too but very mild.



Suka yang ni. Warna merah yang sangat cantik tidak terlalu terang.
 Love this one. Nice red colour and not to striking.


 
Roses ni kalau berbunga sekali memang banyak.
This roses once blooms a lot.


Its really awesome.


Lovely Summer Scarlet = Valentine Roses.

Cheese Cake For Suhaida and Lela

Terima kasih pada Suhaida dan Lela yang order cheese cake ni. Both of them share the cake.



Bagi dua.


Looks yummy.

Monday, February 18, 2013

Mee Goreng Hasan, Tengkera, Melaka

Lama tak makan mee goreng kat Tengkera ni. Actually taklah sedap sangat pada saya cuma rasa nak makan je tapi my brother betul-betul sukakan mee goreng ni. Setiap kali balik Melaka dia mesti sarapan mee ni. Warung ni letaknya di sebelah sekolah MGPS & MGSS(sekolah lama saya) dan sebelum dewan badminton kalau dari arah Masjid Tanah. Kalau lalu nampak kereta berderet tu lah tempatnya. Last sekali saya makan mee ni masa tahun 2002 kat warung ni.  

Kalau tengok memang menggiurkan tapi mee ni rasa dia tawar. Mee goreng ni kosong je, hanya ada taugeh, timun serta sambal yang masin sikit. Walau tawau kat meja tu dan disediakan kicap cair + cuka + sos, pilih je nak letak apa.


Yang buatkan mee goreng ni sedap ialah bila dimakan bersama dengan telor goreng mata kerbau dengan sambal goreng yang rasanya agak masin sikit tapi sedap.


Mee goreng RM1.50 + Telor mata kerbau RM0.80 = RM2.30


Hah ! Tengok tu, yang beratur tu sebenarnya nak ambil set telor goreng dan sambal je tau. Punyalah panjang beratur. Untuk mee goreng ada yang datang ambil order kita. Kat sini kena makan cepat cepat sebab belakang kita ada orang berdiri nak booking tempat duduk. Ramai juga yang bungkus mee goreng ni, ada tu sekali sampai 10 bungkus.  


Perfect combination siap teh tarik.


Sesuap combination ni memang best. Mee goreng ni teramatlah banyak minyak. Kalau rasa nak jaga badan jangan makan selalu ya.

Sunday, February 17, 2013

Celina Roses

Hi everyone, have come back from holiday but got no time to update my blog. This is my lovely new roses name Celina, bought as usual from Mami Yawinscha via FB. Before they got the name it were called Ideal Hope.

Its yellowish to whitish in colour. The flower does not last long. I have a few yellow roses.


Its small in a bunch. The smells is very mild.


If the buds is nice greenish than you will have a nice outcome. Always spray the buds with H20 to protect the thrips from attacking. This is truly awesome as it really works.


Love it so much.


So surprise to see there is a basal break (BB) that come out from the roses tree. Normally basal break will come out from own root tree. This is a good sign. Will have to take good care of this roses, need to put a lot of fertiliser and spray with ros care and foliar so that a lot of shoot can come out.


Lovely Celina collage.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...