Kek ni saya buat sebab ada lebihan buttermilk yang dibeli dari Bakewell. Walaupun dan expired buttermilk ni masih boleh digunakan lagi. Sebelum - sebelum ni tak tau, expired je terus buang tapi lepas goggle dan goggle baru tau rupanya walau dah expired masih boleh guna lagi. So tak lah membazirkan. Tapi mesti guna dalam masa seminggu dari tarikh expire tu. Kalau lebih lebih tak tau jadi apa pulak. Satu kotak buttermilk tu boleh buat dua kek so sebelum beli fikir fikirkan lah kek apa yang nak dibuat dengan buttermilk ni.
This cake i do because i have extra buttermilk that i bought from Bakewell. Although the buttermilk date expred already, it still can be use. Last time i use to throw when it expires, now no more it can be use. Dont scared just use it but must be use within a week after expiration date.
Kek ni basah lembut dan basah sikit. Kalau buat plain kek , gunalah butter SDS memang sedap. Walaupun harganya mahal sikit tapi berbaloi.
This cake is soft and moist. If do a plain cake , try to use SDS butter, very nice the aroma. Altough the price of this butter is very expensive but the taste is good.
Kebetulan ada strawberries ni. Cantik pulak jadi propsnya.
Have some strawberries to be the props for this cake.
Seperti biasa memang suka letak sikit dalam cup cake.
As usual love to bake some in cup cake.
Memang sedap kek ni.
Simply delicious.
OLD FASHION BUTTERMILK LEMON CAKE
Source: Dapurmoden.blogspot
Bakingandbooks.com
Bahan
1 cawan butter
2 cawan gula
4 biji telor
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh bikarbonat soda
1/2 sudu baking powder (saya tambah)
1 cawan buttermilk
kulit lemon yang disagat dari 2 biji lemon (saya letak 1 sudu kecil saja)
Jus dari 1 biji lemon ( 2 1/2 sudu besar)
Untuk Glaze
2 cawan gula ising
Jus dari 1 biji lemon ( 2 1/2 sudu besar)
Cara
-Panaskan oven. Saya guna loyang segiempat tepat size 5 x 10". Letak baking paper dan sapukan butter.
-Pukul butter dan gula sehinga ringan dan kembang.
-Masukkan telor sebiji demi sebiji. Pukul rata dan sebati.
-Ayakkan tepung gandum + bikarbonat soda + baking powder.
-Masukkan tepung dalam 3 kumpulan, berselang seli dengan buttermilk yang dituang sebanyak 2 kali saja, mula dan akhiran dengan adunan yang kering. Kaup balik adunan sampai sebati. Boleh masukkan jus lemon. Gaul rata.
-Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak bergantung pada suhu oven masing-masing ya. Kalau kita cucukkan lidi ke dalam kek dan bila ditarik keluar adunan kek tidak melekat maknanya kek dah masak.
-Biar kek sejuk dan letak atas redai.
Cara untuk glaze (saya tak buat yang ni)
-Dalam mangkuk yang kecil masukkan lemon jus dan ising sugar. Kacau kedua-duanya. Jika glaze tidak likat tambah lagi ising sugar sedudu pada satu masa. Glaze ni mestilah pekat tapi boleh dituang atas kek.
No comments:
Post a Comment