Monday, February 18, 2013

Mee Goreng Hasan, Tengkera, Melaka

Lama tak makan mee goreng kat Tengkera ni. Actually taklah sedap sangat pada saya cuma rasa nak makan je tapi my brother betul-betul sukakan mee goreng ni. Setiap kali balik Melaka dia mesti sarapan mee ni. Warung ni letaknya di sebelah sekolah MGPS & MGSS(sekolah lama saya) dan sebelum dewan badminton kalau dari arah Masjid Tanah. Kalau lalu nampak kereta berderet tu lah tempatnya. Last sekali saya makan mee ni masa tahun 2002 kat warung ni.  

Kalau tengok memang menggiurkan tapi mee ni rasa dia tawar. Mee goreng ni kosong je, hanya ada taugeh, timun serta sambal yang masin sikit. Walau tawau kat meja tu dan disediakan kicap cair + cuka + sos, pilih je nak letak apa.


Yang buatkan mee goreng ni sedap ialah bila dimakan bersama dengan telor goreng mata kerbau dengan sambal goreng yang rasanya agak masin sikit tapi sedap.


Mee goreng RM1.50 + Telor mata kerbau RM0.80 = RM2.30


Hah ! Tengok tu, yang beratur tu sebenarnya nak ambil set telor goreng dan sambal je tau. Punyalah panjang beratur. Untuk mee goreng ada yang datang ambil order kita. Kat sini kena makan cepat cepat sebab belakang kita ada orang berdiri nak booking tempat duduk. Ramai juga yang bungkus mee goreng ni, ada tu sekali sampai 10 bungkus.  


Perfect combination siap teh tarik.


Sesuap combination ni memang best. Mee goreng ni teramatlah banyak minyak. Kalau rasa nak jaga badan jangan makan selalu ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...