Sunday, June 30, 2013

My Purple Orchids......

Seronoknya my orchids berbunga lagi setelah sekian lama. Pokok tak membesar sangat sebab tak letak baja sangat . Kiranya orchids ni dianak tirikan sebab saya lebih pada roses.....Spray ros care kat roses spray sikitlah kat orchids ni tu yang tetiba berbunga.

The purple orchids.


Pokok kecil je kan tapi daun hijau.



Orchids ni , tak tahu nama apa so I just call it purple orchids.


Apa yang menarik tentang orkid adalah bunganya yang tahan lama (+- 3 bulan) dan warnanya sangat terang.


Really nice.

Thursday, June 27, 2013

GOZEN lagi..............Aman Sari Resort, Sri Alam


Lunch....mana ya....jom try restoran Gozen, Japanese restaurant di Aman Sari Resort Sri Alam, Johor. First time bawa the kids makan kat sini.

Ordered this, but i forgot the name. Ada avocado kat dalam tu. Nice presentation.


Yang ni Takoyaki rupanya.Yang kat atas tu macam serpihan tisu rasa masin macam sotong kering...


Yang hijau belah kanan tu ialah Wasabe......fuh....pedasnya menyengat....kalau makan orang yang selsema boleh keluarlah semua hingus tu....


My unagi set. Sedap. Makan sampai kenyang betul.


Ni Set Unagi fish . Nak senang belut lah.....memang lembut belut tu.


The kids, biasalah ayam goreng and sotong goreng tepung.....tapi dua dua tu tawar....memang kena cicah soy sos dia baru ada rasa. Soy sos tu memanglah masin walau nampak cair...


Yang depan tu ialah unagi (belut).


Restoran GOZEN di Aman Sari Resort, Sri Alam, Johor. Air minum green tea je....senang....too bad the kids tak suka Japanese food...............

Wednesday, June 26, 2013

Roses menawan hati.....


Sesungghuhnya cita - cita nak ada roses yang cantik tercapai sudah. Ada beberapa collections. Yang bestnya semua tanam semua menjadi.......seronok sangat......Yang ni .....Cantik sesangat.......sweet sesangat.....

Petals dia banyak.

Dari sisi. Baunya sedikit wangi. Bila ditanam di tempat kita memang berbeza dengan yang di overseas dari segi tekstur warna dan bentuk tapi kalau kena caranya boleh juga dapat seperti yang di overseas tu. Ada certain roses yang telah dibuktikan oleh penanam roses. 


Kalau kudup sihat cam ni gerenti bunganya cantik. Selalu spray H20 kat kudup ni barulah cik thrips tak attack.


Bila dah kembang. Roses ni dari jenis shrub. Maknanya bukan yang jenis memanjat. Wangi sedikit. 


See the layer of petals , memang amazing. Cantik...Katanya ada 41 kelopak tapi saya tak kiralah ya...


Secara dekat.........petals yang berlapis-lapis.


Yang paling saya suka, dia ni rajin sangat berbunga.


Ke bawah...
 

Boleh mencecah ketinggian sehingga 90cm.
 

Lovely collage.

Tuesday, June 25, 2013

Legoland...lagi

Mana lagi nak pegi kalau tak ke Legoland. Mesti guna annual pass ni betul betul barulah berbaloi. Setiap kali ke Legoland mesti habis 4 jam. Lama juga tu walau orang tak ramai. Beratur pun tak payah sangat. Sebab banyak aktiviti yang nak dibuat. Lepas satu , satu permainan.


Lego dragon kat roller coaster baby dragon. Walaupun baby dragon nak tercampak jantung saya terkeluar......taubat tak nak naik lagi...


Mainan ni tak taulah apa namanya. Nampak cam simple je tapi nak tercabut juga jantung ni. Memang saya ni jenis tak adventourous tapi gatal nak mencuba jugak.....


Ni namanya Aquarace. Nampak cam best je tapi saya tak naiklah.


Ni pun dari lego juga.


Sotong yang dibuat dari lego juga.


Ni pun best, smooth je. Cawan berpusing...nama game tak tau.


Blok lego yang besar. Mahal tau harganya.....


Restoran yang ada kat sini.


Ni the best.....Lego hotel dalam pembinaan. Yang cantiknya bahagian luar dinding tu berwarna warni macam lego. Kat dalamnya pun sama rasanya. Hotel ni mengadap permainana kat Legoland, memang walking distance je. Turun bawah dah boleh masuk Legoland. Tak taulah tahun bila nak siap. May be next year surelah mahal kan harga biliknya.


Main entrance Legoland.

Monday, June 24, 2013

Lemon Sonata roses....

My lemon sonata roses berbunga lagi, last bloom dalam bulan Sep'12 lama dah. Boleh klik SINI untuk lihat old entry. One of my favourite roses sebab warna kuningnya tu. Rajin juga berbunga lemon sonata ni. Pada masa awal pokoknya tak berapa lebat daun. Kali ni lepas di beri makan cukup cukup barulah banyak sikit daun dan the best part hijau subur.

Warna kuningnya memang sangat cantik.


Dari pandangan atas.


Bila dah kembang warna agak pudar sikit.


Lemon sonata ni tak de bau.


Kembang sekali 2.


Seronok tengok daun roses ni , subur menghijau. Bila subur barulah dia nak berbunga sakan. Lepas ni nak sembur foliar untuk bunga pulak supaya lemon sonata ni berbunga banyak.

Thursday, June 20, 2013

Nasi Lemak Senibong

Selalu tertanya nak makan apa dinner ya? Apa kata makan nasi lemak di Senibong, Johor.......Nasi lemak ni memang favourite ramai orang as for me biasa je nasi lemak ni. Tekak lain lain kan. Kena rasa baru boleh cakap....Yang tak best kat Senibong ni , nak masuk area ni kean parking RM2.00, dulu dulu free je.


Ni nasi lemak sotong sambal pilihan ku. Kat sini ada macam macam lauk pilih je.


Yang ni nasi lemak ayam rendang.


Ni rupa hidangan sebelum diletakkan nasi lemak. Standard item. Ada telor mata kerbau + timun + sayur goreng kacang buncis. Lepas tu pilih lah lauk....


Antara lauk yang ada. Pilih je lah. Sambal sotong + ayam goreng + rendang ayam + rendang daging + ikan goreng.


Ni nama kedainya. Ada juga dijual sate dan ikan bakar. Sate kat sini boleh tahan sedap juga. Restoran ni letaknya atas air. Hari Rabu cuti ya.


Full photo bahagian depan. Kalau pukul 6 petang tu memanglah ramai orang.

Wednesday, June 19, 2013

Blue Moon roses....


Memang sangat lama blue moon saya ni nak berbunga.......macam merajuk je dia. Pokok pun tak berapa rimbun sangat...Boleh klik  SINI  untuk lihat entri yang lepas. Masa tu tak berapa cantik sangat dalam bulan Oct'12.

Seronok bila nampak sekuntum dah mula mekar. Memang wangi baunya tapi biasalah tak tahan kan.


Warna blue moon ni very the very light purple.


Angle yang berlainan.



Kelopak memang tak banyak .


So lovely...



Tengoklah pokoknya segitu je. Banyak juga dah bagi makan. Tak tau apa yang tak kena lagi. Mungkin kena tukar tanah kot....


Tak jemu mata memandang sambil menghidu harum baunya.

Ni selepas hujan bila dah full bloom. Blue moon ni antara yang boleh ditanam lagi.....should get another one.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...