Wednesday, May 14, 2014

Ayam goreng berempah....simple dan sedap

Kalau cakap pasal ayam goreng , memang semua anak anak sukakannya. Termasuk lah anak anak saya. Cuma kalau buat ayam goreng berempah ni yang selalu melemahkan  semangat saya ialah minyak jadi hitam sikit dan banyak sampah bertaburan dalam tu. Sekali sekala buat jugaklah.


Ayam goreng berempah ni sedap dimakan panas panas. Goreng bersama daun kari memang best. Aroma daun kari tu yang harum. Kalau ayam goreng berempah ni dimakan dengan nasi lemak memang sedap.

Proses pemerapan. Ni saya perap sekejap je. Kalau nak sedap marinate / perap semalaman barulah sebati rasanya. Selalunya saya akan buat banyak dan simpan dalam tupperware , perap beberapa hari baru saya goreng. Memang meresap semua bumbu dalam ayam tu.


 Bumbu bumbu yang melekat tu sedap bila diratah. Wajib letak 3 sekawan atau 3 serangkai ni = ketumbar + jintan putih + jintan manis. Disangai dan blend kering. Sangai bermakna goreng tanpa minyak atas kuali. Saya selalu buat banyak dan simpan dalam botol , senang bila nak guna.


AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan bahan
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1-2 sudu serbuk kari ayam
1 sudu makan serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu besar biji ketumbar   }
1 sudu teh jintan putih          }  kisar kering
1 sudu teh jintan manis         }
1 biji bawang besar   }
2 ulas bawang putih   } kisar halus
2 batang serai            }
2 inci halia                 }
1 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Daun kari

Cara
Gaul semua bahan sebati dengan ayam. Perap selama 1 jam atau semalaman.
Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk naikkan aroma. Hidang masa tengah panas.

10 comments:

  1. Salam Kak Anne,

    Sakit hati kite tau Kak Anne tayang ayam goreng rempah ni. Terus jadi lapar walhal dah makan lunch tadi. Nanti nak try lah recipe Kak Anne ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Honey, he..he..janganlah cam tu....nanti buat ya....

      Delete
  2. Favourite ni...ratah macam tu saja lagi sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul...ratah pun sedap Kak Normala....

      Delete
  3. Mohon guna resepinya yerr.. Trima kasih hehehe

    ReplyDelete
  4. Suami suka makan ayam perap....kalau sejuk pon sakan dia meratah lg..kalau goreng biasa...dah ssejuk nmpak dia kureng ckit....

    Free2...jom singgah

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Fuh! Mmg favorite ni! Esok cuti nk try la :D
    selalu beli je...hihii tq resipi :)

    ReplyDelete
  6. ketumbar, jintan manis n jintan putih tu kalau pakai serbuk boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Roslan....tapi saya suka yang diblend sendiri tak terlalu halus.....kalau tumbuk pun lagi bagus sebab kasar dan bila makan tergigit tu yang best...

      Delete
  7. Mohon halalkan resepi yer kak...tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...