Tuesday, May 13, 2014

Ondeh Ondeh Labu.....selembut lembutnya...

Ondeh ondeh labu ni memang favourite my daughter. Kalau saya malas nak buat , dia akan buat sendiri. Kali ni cuba buat ondeh ondeh labu, sebelum ni buat yang biasa je. Lepas terbaca resepi ni di blog AzieKitchen terus nak cuba kebetulan ada labu seketul . Thanks for sharing Kak Azie.


Kali ni kejadiannya sangat perfect ...he...he....warna pun cantik.



Ni step cam mana nak buat ondeh ondeh ni. Tak susah sebenarnya. Yang penting adunan jangan terlalu lembik nanti susah nak bentukkan bebola. Bila nak tahu ondeh ondeh ni dah masak ke belum senang je.....bila timbul je bebola kat permukaan air tu maknanya dah masak lah...boleh terus diangkat dan terus golekkan atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.


Dibaluti parutan kelapa tanpa kulitnya ya. Kalau ke kedai mintak aje kelapa putih ya.



Memang sangat sedap ondeh ondeh labu ni. Kelembutannya tak terkata....buat je hilang ....buat je hilang kena ngap...


Bila dipotong dua...nilah hasil di dalamnya. Awesome sesangat. Lepas ni nak try guna keledek pulak.


ONDEH ONDEH LABU
Source : Azie Kitchen

Bahan
2 cawan labu - dikukus/ rebus dan dilenyek
2 cawan tepung pulut
1 ketul gula Melaka - didadu
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja dan digaul dengan secubit garam
pewarna kuning - saya tak letak
1/2 cawan ari atau secukupnya - untuk diuli dengan tepung
2 helai daun pandan  - simpul

Cara
Lenyek labu yang dikukus sehingga lumat dan digaul sebati dengan tepung pulut. Masukkan air sedikit demi sedikit. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata menjadi doh. Jangan terlalu lembik nanti susah nak dibentuk.
Jerang air dalam periuk bersama daun pandan sehingga betul betul mendidih.
Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka di tengah tengahnya dan tutup dengan kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis. Masukkan bebola tadi terus ke dalam air mendidih. Angkat apabila bebola itu timbul di permukaan.
Akhir golekkan bebola atas parutan kelapa tadi dan bolehlah dihidangkan panas panas.



4 comments:

  1. Macam2 terasa kesedapannya. Harus cuba ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Normala....very the soft one...buat je ngap ...ngap...cuba try...

      Delete
  2. apakan daya mengharapkan labu, putik labu dah kena sengat serangga ,habis layuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai siannya.....tak pe senang je beli kat pasar lepas tu try....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...