Tuesday, May 20, 2014

Saudi Beef Kabsa......nasi arab lagi...

Suatu ketika saya memang suka sangat nak masak nasi Arab. Ni semua gara gara melihat blog kak AzieKitchen. Thank you so much for sharing the resepi siap dengan steps lagi. Kak Azie ni rajin betul masak nasi Arab.  Dengar namaya pun macam susah nak buat tapi senang je. So saya pun try  this simple resepi.


Nilah hasilnya....not bad for first trial..


Bahan bahan yang diperlukan - tomato + bawang besar + bawang putih + halia + kulit kayu manis + cengkih + pelaga


Tumis semuanya...



Boleh masukkan rempah yang diblend kering - ketumbar + jintan putih + serbuk lada hitam


Lepas tu msukkan beras dan gaul rata...Boleh masukkan air secukupnya dan masak beras tu.



Sepatutnya daging dimasukkan awal tapi saya terlupa. Air dah kering baru saya masukkan daging. Sebelum tu daging mesti direbus dulu kalau tidak lambat nak empuk. Benda yang paling penting mesti ada ialah arang yang di panaskan setelah ada bara sikit masukkan dalam aluminium foil dan dituangkan minyak. Masa ni asap akan keluar .....cepat cepat tutup dan letak ditengah tengah nasi tadi lalu tutup tudung periuk. Biar kan seketika. Aroma asap yang keluar tu akan mewangikan nasi terebut dan seisi rumah. Bau tu yang sedap.  Boleh klik SINI untuk lihat cara pembakaran arang.



Sungguh menyelerakan kalau makan panas panas....


 
Bersama kentang yang dimasak simple je.....nanti saya share resepi next entry ya. 


Saya menggunakan beras FAIZA Konhinoor.....berasnya panjang panjang......syarat untuk kekal beras tu cantik panjang jangan kacau selalu nasi tu.....kalau tidak patahlah nasi tu.


SAUDI BEEF KABSA
Source : Azie Kitchen

Bahan
1 kg daging - potong kecil , best part batang pinang
5 cawan beras basmathi - basuh dan rendam 15 minit
3 sudu besar olive oil
2 biji tomato - didadu
2 biji bawang besar - didadu
1 sudu kecil halia - ditumbuk
5 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk black paper/lada hitam
8 kuntum bunga cengkih
8 buah pelaga
2 batang kayu manis
2 black limes - tak letak
4 ounce tomato sos
1 chicken bouillion cube - saya guna kiub knorr saja
saffron - tak letak
1 sudu kecil garam
2 bay leaves - tak letak
pine nuts & raising - optional - tak letak

Cara
Rebus daging dengan air dan chicken cube sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Kemudian tutup periuk dan perlahankan api sehingga daging betul empuk.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, tomato dan halia sehingga kekuningan.
Masukkan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga dan ditumis sehingga wangi.
Masukkan tomato sos, bay leave, serbuk jintan putih , serbuk ketumbar , serbuk black pepper / lada hitam dan garam. Kacau rata.
Masukkan beras yang ditos dan kacau supaya bergaul rata dengan rempah.
Masukkan daging dan kacau lagi. Masukkan air rebusan daging 1/2 inci atas atau secukupnya dan pastikan beras berada di bawah daging.
Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak sehingga air kering. Buat lubang di tengah tengah nasi. Letakkan aluminium foil dan tuang sedikit minyak. Masukkan arang yang telah dibakar sehingga menjadibara ke dalam foil berisi minyak tadi supaya aroma asap akan meresap ke dalam nasi. Biar nasi masak dan jangan buka tudung periuk sebelum waktunya.








 






2 comments:

  1. Tq kongsi resepi disini ya, memang nampak sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...