Hari hari buat breakfast sampai dah tak tahu nak masak apa. Tetiba dapat idea nak buat puff sardin yang simple je ni. Kalau pakai puff pastry ni tak lah berminyak sangat so kalau nak makan tu tak lah rasa bersalah. Pastry ni dibakar dalam oven tu yang tak berminyak. Menu untuk diet pun ok gak ni.
Not bad puff sardin ni tapi kena makan panas panaslah ya baru sedap. Dah sejuk memang tak sedap.
Hasil intinya bila dipotong dua. Kalau buat sendiri boleh letak lebih sikit inti sardin tu.
Buat yang ni dulu, inti sardin yang simple je. Letak bawang besar , cili merah dan gaul je semuanya dan dihancurkan sardin tu.
Hidup jadi lebih senang dengan Puff Pastry jenama Kawan ni.
Letakkan pastry dan masukkan inti sardin , lepas tu ditutup. Sapukan kuning telor.
Dah siap boleh lah bake dalam oven selama 1/2 jam api atas bawah pada suhu 150 darjah.
Selain dari sardin, boleh juga guna hot dog. Balut je dan terus bakar. Senang je. Kita boleh pelbagaikan inti kat dalam tu ikut kesukaan citarasa masing masing.
PUFF SARDIN
Source : Sweetiesaqi
Source : Sweetiesaqi
Bahan
1 tin sardin
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
sedikit garam
1 pek puff pastry jenama Kawan
1 biji kuning telor - boleh letak sedikit pewarna kuning
Cara
Sardin, sedikit garam, bawang besar dan cili merah dimasak sekali dalam kuali dan dihancur hancurkan sardin tadi. Letak inti yang dah siap pada sekeping puff pastry dan tutup lapik dua . Ditepi tekankan dengan garfu untuk melekatkannya. Sapu kuning telor di atas puff tadi dan boleh dibakar pada suhu 150 darjah selama 30 minit ( ikut oven masing masing ya )
Terima kasih tolong promote jenama Kawan tu. At least boleh tahu. Nak kena cari kat supermarket ni..harap2 ada kat sini.
ReplyDeleteSama sama Kak. Biasanya boleh beli kat Giant atau Tesco. Price pun reasonable.
Delete