Monday, June 30, 2014

RES + High Phosphate + Bone meal....good for roses...

Dapat tau pasal Epson salt ni dari group roses kat FB. Ramai yang telah mencuba dan pokok roses mereka mengeluarkan bayak tunas tunas baru dan berbunga cantik. Nama tuan punya ialah Mr Rinson....bila digabungkan tu yang jadi Rinson Epson Salt atau RES. Mr Rinson tinggal di Perak.....merata saya beli baja atau bahan untuk roses ni. Boleh add Rinson Lim kat FB kalau ada sesiapa yang berminat nak order.


Ni ialah epson salt, ianya bukan baja tapi sebagai booster atau pemangkin bagi menpercepatkan penyerapan vitamin NPK pada baja  yang  kita letak sekali pada pokok roses. Bagus diletakkan bersama dengan baja high phosphate. Seminggu lepas tu boleh letakkan bone meal dan diselang selikan seterusnya.
Cara = RES + High phosphate + baja lain yang kita nak letak. (contoh: tahi ayam+tahi kambing+baja udang)

Ni dari dekat epson salt. Lepas letak RES dengan high phosphate terus siram air. Saya guna tak banyak. Biasa kalau untuk saya 1 kg boleh letak 2 kali sebab saya ada 50 pasu roses...Selepas letak RES saya dapati pokok roses saya sangat cepat membesar dan subur.



Nilah rupa baja high phosphate......biji biji.....diletak bersama RES (rinson epson salt).



Ni Imported Bone meal (Daily cow n cattle) dari Ausrtalia. Diletakkan pada pokok roses selang 2 minggu selepas letak RES dan high phosphate.



Mr Rinson Lim ni pernah appear dalam Majalah Laman.

Sebelum menggunakan RES , high phosphate dan bonemeal......pokok roses saya tidak berdaun sangat. Togel je kan....sedih betul masa ni....Saya akan maintain menggunakan RES , high phosphate dan bonemeal kerana outcomenya sangat memberangsangkan.


Selepas menggunakan RES , high phosphate dan bonemeal barulah pokok roses saya mengeluarkan daun yang banyak . Selain tu mikrob dan kultur juga banyak membantu pertumbuhan tunas. Boleh klik SINI untuk lihat mikrob dan kultur yang djual oleh Ros Cobbage Mak Jah di FB. Bila daun roses kita cantik menghijau barulah pokok ni akan mengeluarkan bunga yang cantik dan segar. Disamping tu jangan lupa spray 3S (penyakit thrips dan red mite) dan darconil ( penyakit black spot) sebagai langkah penjagaan. Prevention is better than curing.....take care of your leaves and your roses can bloom very nice....


Sunday, June 29, 2014

Salmon grill atau panggang....simple one

Ikan salmon ni memang kegemaran satu keluarga tapi memikirkan harganya yang mahal kira beli sebulan sekali je lah. Ikan salmon ni memang banyak khasiatnya. Ikan ni banyak kat oversea sebab tu sampai tempat kita harganya mahal.
Diantara khasiat yang saya dapat dari health.mylaunchpad mengenai ikan salmon ialah seperti di bawah : 
Omega-3 dan DHA yang terkandung dalam ikan salmon ini dapat membantu masalah mata kering yang kronik. Ia juga boleh membantu meningkatkan kadar penglihatan anda di usia lanjut.
Vitamin D yang terdapat dalam ikan salmon ini membantu fungsi otak. Risiko untuk mendapat Alzheimer dan Parkinson di usia mendatang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini. Daya ingatan juga dapat di tingkatkan dan risiko kemurungan boleh di kurangkan. 
Sel kulit boleh di lindungi dan kelembapan boleh di kekalkan dengan adanya Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon. Bukan sahaja melindungi, bahkan ia menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat. Asid lemak yang kaya di dalam ikan salmon dapat mengekalkan kekuatan rambut, folikel dan juga membantu menyihatkan rambut anda agar kelihatan bermaya.

Ikan salmon ni senang je nak masak tak payah susah susah sangat. Letak garam dan crush lada hitam dan sedikit sos tiram dah cukup. Gaul rata sebati seluruh ikan.



Lepas tu just grill atas non stick pan.....tak payah letak minyak ....nanti ikan salmon ni akan mengeluarkan minyak dengan sendiri. Biasanya saya akan gril 2 potong je...cukup untuk sekali makan.

Ikan salmon ni biasanya saya makan dengan nasi tapi kalau nak ratah begitu saja pun boleh. Ikan ni kalau makan banyak mual rasanya so sebab tu kena perah lemon sikit. Ikan salmon ni isi sesaja ....


Just love this photo...ikan salmon grill...

IKAN SALMON GRILL/ PANGGANG
Source : Sweetiesaqi

Bahan
2 potong ikan salmon
1 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sedikit lada hitam crush kasar

Cara
Letak sos tiram + garam + lada hitam dan ratakan keseluruh ikan salmon.
Perap seketika dalam 15 minit. Kalau tak nak perap nak terus masak pun boleh.
Panaskan non stick pan dan letak ikan salmon tadi ke dalamnya. Masak seketika dan boleh balikkan untuk masak bahagian yang satu lagi. Siap boleh lah diangkat.

Thursday, June 26, 2014

My adorable Putera....he...he...

Diam tak diam kita akan menyambut Ramadan pada Ahad ni 29/6/14.......puasa dan terawih pun bermula. Mulalah mengalami kepeningan untuk memikirkan juadah untuk sahur dan berbuka. Apa apa pun diharapkan semoga kita dapat berpuasa dengan sempurna di samping meningkatkan amalan amalan yang baik di bulan puasa ni.
Back to my roses, saya memang tak banyak koleksi roses warna merah .......bukan tak suka......suka sangat tapi camera saya ni memang ada allergic sikit dengan warna merah. Bila ambil photo outcome tak berapa cantik maybe its too bright. My adorable Putera ni.....cuba translate to English tulah panggillannya yang sebenar....


Roses ni memang sangat harum....bau macam herbs pun ada....



Taken around 7.20 am ....masih gelap masa tu.


Si Putera ni kalau waktu tengahari panas sesangat dia akn layu dan lencun . If balik kerja memang tak dapat tengok so pepagi buta sebleum gi kerja kena snap pohot dulu.


Layer tak berapa banyak tapi memang tersangat cantik.....ni flash kuat sangat tu yang nampak macam warna pink tapi sebenarnya warna dark maroon.



Kalau lale sebelah si putera ni bau dia memang menusuk ke hidung.....wangi tul..



Rajin jugak si putera ni berbunga. Tu yang suka sangat kat dia ni.


Lovelay adorable putera roses.......SALAM RAMADAN.....

Tuesday, June 24, 2014

Roti Titab....hmm...sedap

Apa ya roti titab tu? Cam pelik je bunyinya kan. Sebenarnya saya dapat tahu mengenai rotu titap ni semasa menonton Majalah 3 at TV3 mengenai makanan sarapan pagi di Kopitiam Kita, Jalan Pengkalan Chepa , Kelantan. Kedai ni memang menjual banyak jenis sarapan pagi dan orang pun memang ramai kat situ. Ada macam macam kuih dan nasi yang dijual kat sini. Memang menarik tul kedai ni.


Ni bukan Roti titab di Kopitiam Kita , Kelantan.........ni hasil buatan saya....he....he....nak  ke Kelantan kan jauh tu yang buat sendiri. Taklah rasa kempunan nak makan. Tak susah sebenarnya hanya perlukan telor separuh masak, kaya dan roti saja. Simple breakfast.



Mula mula risau juga apalah rasanya kan.....sekali dah masuk mulut tak terkata.....memang sedap....
Toastkan dulu roti tu dan pecahkan telor separuh masak di atas roti tadi. Letak kaya di 4 penjuru roti. Bila makan ambil kaya dan telor serta roti.....makan sekali...hmm....the taste so sedap....for me lah ya....


Apa lagi dimakan dengan secawan kopi.....lagilah terangkat.....cubalah try.....

Monday, June 23, 2014

My Sweet Little Koster.....

My sweet little koster ni comel comel je....Pokok roses ni dah lama saya tanam.....rasanya adalah 2 tahun kot. Saya sukakan bunganya yang comel comel dan bergugus tu.


Saya ada 2 pokok koster.....satu warna cream pinkish ni dan satu lagi warna peach merah. Boleh klik SINI untuk lihat yang warna peach merah. Actually tak tahu nak describe warnanya. 


Kejadian kali ni agak kurang memuaskan sebab dicium cik thrips. Anyway tetap menawan di mata saya.
Boleh klik SINI untuk lihat ia mekar sebelum ni.



Aren't they adorable.......kecil tapi nampak cam besar bila dizoom. This little koster tak de bau ya so it can last longer.


Pokonya kecil sikit dan daun pun dah togel sikit. Now dalam proses pemulihan untuk mengeluarkan bunga.

Sunday, June 22, 2014

Restoran Man Tom Yam, Seremban

Restoran Man Tom Yam ni memang dekat dengan my MIL house di Seremban. Ni kali kedua makan kat sini....first time ada lah 5 tahun lepas kot......lamanya kan......selalu nampak tapi tak lah nak menyinggah selalu....he....he....Kali ni singgah makan malam bawa MIL sekeluarga....


Ikan siakap steam limau ni memang best ....sedap tapi pedas ya ampun....tengok cili padi tu bukan main banyaknya......so sapa tak tahan pedas tolong pesa cili kurang ya...if not berapi telinga tu...

Lagi satu order siakap goreng 3 rasa......ok juga yang ni.

Sotong goreng tepung...

 
Keraby mangga semestinya my favourite....sedap...

 
Members of the day....restoran ni besar dan  memang ramai orang tapi service boleh tahan cepat jugaklah...

Terpesona dengan interior decoration nya....


 
Tempat parking pun senang jugak kat sini....

Alamat :
LOT 563,5643,565,
Jalan Jelebu, Batu 2 1/2,
70400 Ampangan,
Seremban
Tel : 06-7640866



 

Wednesday, June 18, 2014

Kuih Talam Ombre......

Sebenar benarnya saya ni tak berapa pandai dalam pembuatan kuih muih tradisional tapi sebab rasa keinginan yang sangat tinggi untuk mencuba maka terhasillah kuih talam ni. Resepi ni saya dapat dari FB, kelab Jom masak, tgh rajin....ada seorang sis namanya Ida Osman yang letak photo kuih talam ombrenya yang sangat cantik beserta resepi. Terima kasih share resepi so saya kongsikan di sini pula ya.


Ton warna dah ok .....rasa pun ok.....tapi cam lembik sikit ....bila potong tak mulus gitu. Tak pe yang penting sedap. Terasa santan tu yang sedap sesangat.....kalau beli ada tu rasa macam air je...



 
Bab pembahagian warna pastel colour ...purple...still learning how to do the colouring.


For first trial kira ok lah ...menjadi jugak....I like the taste.....rasa santan...


Berderet deret gitu......



With a cup of coffee memang awesome.....jemput makan...


KUIH TALAM OMBRE
Source : Ida Osman ( FB Jom masak , tgh rajin ), resepi ibu Zai
Bahan
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir
1/4 sudu garam
5 cawan santan
pewarna

Cara
Satukan semua bahan kecuali pewarna.
Kacau rata dan tapis.
Bahagikan pada beberapa bahagian dan warnakan dari pudar ke pekat warnanya.
Didihkan air dalam kukusan. Penutup kukusan harus di balut dengan kain supaya air tidak jatuh ke dalam kuih.
Oles loyang dengan sedikit minyak dan panaskan loyang tadi.
Tuangkan warna pekat dan kukus selama 10 minit , ulang dengan warna yang lain selapis demi selapis sehingga habis.
Akhir sekali selepas semua warna telah dilapis, kukus selama 30 minit.
Setelah sejuk bolehlah dipotong dan hidangkan.

Tuesday, June 17, 2014

SOF ku yang sakit once upon a time....

My sweet SOF ni saya beli dah lama dari  Lot 57, Chai Suk Fah. Dari kecil dijaga sampai besar dan sempat berbunga. Boleh klik SINI, untuk lihat bunga ketika mekar suatu ketika dulu. SOF ni jenis memanjat atau climber so saya pun letakkan dia di luar pagar di tempat yang agak kurang sinaran matahari. Kononnya nak bagi dia climb tinggi kat luar tu. Buat seketika SOF ni masih nak berbunga, boleh klik SINI untuk lihat ia berbunga di tempat baru. Selepas tu SOF saya ni merajuk tak nak berbunga bunga. Lama juga macam ni.....daun pun tak banyak. Pelik juga saya.


Saya pun bawak masuk pasu SOF ni ke dalam , korek punya korek tengok dah ada fungus ( yang berwarna putih) kat dalam tanah tu.....adoi...patutlah SOF ni merajuk tak nak berbunga rupanya ada penghuni...


 
Dari dekat rupa fungus ni ...warna putih.


Saya terus cabut pokok SOF ni , buangkan tanah di sekeliling akar.


Cuci bersih akar jangan sampai fungus melekat pada akar tu. Masa ni guna high speed air....


Bila dah dicuci , risau jugak tengok batang tu yang dah hitam....takut kena kanker pulak so saya pun tawakkal je.....


Lepas cuci bersih, akar SOF tu saya redamkan dalam ros care yang dicampurkan dengan air. Rendam semalaman.


 
Esoknya toskan akar dari rendaman ros care dan tanam dalam pasu menggunakan tanah baru. 



Lepas direpot ,seminggu lepas tu saya letakkan baja yang secukupnya (tahi kambing + tahi ayam + baja udang). Batang ros SOF ni pun saya sapukan roscare pekat yang tidak dicampur air dengan menggunakan berus gigi. Saya sangat terkejut selepas 20 hari , batangnya mengeluarkan tunas dan daun baru. Nasib saya tak buang pokok ni. I am so speechless...seronok tak terkata.


Ni di bahagian atas yang telah mengeluarkan tunas dan daun dengan banyak sekali.....Nasib saya tak buang pokok ni .....dalam hati cuba je lah mana tau boleh hidup.....dan syukur ia hidup semula dengan sangat segar. Pengajaran paling utama, roses mesti nak kena panas 4 ke 6 jam sehari.


Pokok ros SOF yang sakit ni pernah mengeluarkan bunga yang sangat cantik dan harum satu ketika dulu....now i am waiting for it to bloom again....dah nampak ada bud baru....can click HERE to see how it blooms before it get sick. 

Monday, June 16, 2014

Cuba cuba tanam anak Orkid .....

Anak orkid ni sebenarnya saya beli pada bulan Januari 2014  dengan harga RM10.00 saja kat pasar tani. Saya tak pernah beli anak orkid,  semua orkid saya beli mesti yang dah siap berbunga......nak senang....cepat sikit tengok bunganya. Saja nak mencuba bela orkid dari anak. Katanya dalam masa 3 bulan pokok akan besar....he....he....besar ke?


Geram tengok anak orkid ni segar betul dan menghijau....



Keluarkan dari pasu kecil untuk dimasukkan ke dalam pasu. Nama orkid ni saya dah lupa masa beli hari tu saya ingat tapi now dah lupa....


Selepas di transfer dalam pasu besar sikit ...nampak kecil pulak anak orkid ni....letak sedikit arang......selepas 3 bulan pokok masih kecil lagi dan now sudah 6 bulan masih sekecil gitu orkid ni...Kenapa ya ? Saya tahu jawapannya sebab saya kurang membaja.......tanam pokok ros dah pass tapi tanam orkid tak pass pass lagi......Kena rajin membajalah lepas ni....kalau tak rugi je.....mesti kena menuntut ilmu cam mana nak kasi orkis saya boom pula macam roses saya...he...he...hee...


Dari dekat sikit....bagi saya nak jaga orkid ni susah sikit tapi saya sangat sukakan bunganya yang tahan lama. Boleh tahan 2 ke 3 bulan bunganya. Hai dah 6 bulan pokok tak besar besar jugak cam mana nak berbunga ni......kena letak lebih baja....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...