Apa itu scale? Sebenarnya saya pun baru tahu yang scale ni adalah sejenis serangga yang sangat halus yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar. Scale senang hinggap pada batang roses yang lembap dan di tempat terlindung. Sebab tu roses mesti diletakkan pada cahaya matahari selama 4 ke 6 jam setiap hari.
Ni scale yang telah merosakkan pokok ros saya......yang teruk saya dah potong buang. Batang yang lain saya cuba selamatkan dengan meggunakan ros care. Ambil ros care yang pekat dan dengan menggunakan berus gigi gosok pada batang yang ada scale tu. Kalau rajin boleh kikis scale tu.
Nilah bahan utamanya.....ros care + berus gigi....boleh klik SINI, untuk lihat ros care yang boleh di beli dari Rohai Bee di FB.
Hasil gosokan pada batang yang terkena scale.....batang kelihatan hijau......yang coklat coklat tu dah terkopek....tertanggal......Selepas ni akan tumbuh tunas baru.....tu yang seronok.
Yang ni pulak....lepas saya potong dan berus dengan ros care tetiba keluar satu batang hijau yang sangat sihat. Saya cuba je.......tetiba menjadi......

































