Monday, November 19, 2012

Rainbow kek 3 layer je.....

Kek ni buat masa Raya Haji hari tu. Siapkan kek dan topping masuk piping beg dan decorate kat Melaka. Guna resepi rainbow kek tapi taklah colourfull cam rainbow tukar sikit warnanya. Buat 3 layer blue colour. Saja nak cepat.



I really love the blue colour combination.


Simple deco. This time a square cake.


3 blue layer rainbow cake.





Texture kek ni bila dibuat 3 layer rasanaya tidak sama dengan 8 layer. 3 layer kek jadi lebih moist. 8 layer kek kering sedikit sebab nipis.


Still love the blue colours.


Just pipe kan on top of the cake before menyapu rata swiss meringue butter cream.


Lovely collage.


RAINBOW CAKE
Source: Masam manis - Whisk Kid

226g butter (room temperature)
2 1/3 cawan gula (426 g)(saya letak 2 cawan sahaja)
5 biji putih telor, suhu bilik
2 sudu kecil vanilla
3 cawan tepung gandum (426g)
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan susu (355ml) - suamkan selama 30 saat di microwave untuk samakan pada suhu bilik
(saya suamkan sekejap atas dapur, agak-agak jangan terlalu panas)
Pewarna gel brand Wilton
Jangan gunakan pewarna cecair yang biasa kerana warnanya tidak terang

Cara
1-Pukul butter + gula sehingga kembang.
2-Masukkan putih telor sedikit demi sedikit. (Senang satukan ke 5 biji putih telor ke dalam mangkuk). Putar sampai semua bersatu. Masukkan vanilla.
3-Masukkan tepung (diayak bersama baking powder) berselang seli dengan susu. Kaup balikkan adunan.
4-Bahagi sama rata adunan dan masukkan ke dalam 3 bekas.
5-Letakkan pewarna gel ke dalam setiap satu mangkuk. Jangan takut untuk meletakkan pewarna. Warna adunan sebelum dibakar akan sama warna apabila selesai dimasak.
6-Alaskan dengan baking sheet dan tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar 8". Bakar selama 15 minit setiap satu.
7-Setelah masak keluar dan sejukkan. Masa ni perlu berhati-hati kerana kek sangat lembut dan senang pecah. 

Swiss Meringue Buttercream
Source: Hana - Wendy

120g telor putih ( 4 biji telor saiz bear )
200g gula castor
340g butter pada suhu bilik

1-Panaskan air dalam periuk. Satukan putih telor dan gula ke dalam mangkuk tahan panas. Letak di atas periuk yang berisi air tadi. Kawal kepanasan air agar tidak terlalu panas sekitar 65c sahaja. Kacau dengan whisker sehingga gula larut lebih kurang 3 minit. Adunan akan kelihatan seperti krim.
2-Alihkan dari periuk panas tadi. Letakkan mangkuk panas tadi ke dalam mangkuk lain yang berisi air paip dan 3-5 ketul ais, jangan terlalu sejuk. ( Tapi saya tak ikut step ni, shortcut, terus pukul saja atas meja ). Pukul adunan lebih kurang 5 minit sehingga meringue kental dan berkilat.
3-Masukkan butter sesudu demi sesudu dan terus memutar hingga kental lebih kurang 6-10minit.






Sunday, November 18, 2012

Ros Orenjus berjambak

Roses ni dipanggil Ros Orenjus berjambak sebab bergugus banyak. Sekarang saya nantikan roses ni berbunga kali kedua.


Bunga ni kecil tak besar dan tak da bau.


Masa beli ada banyak buds.


Baru nak mekar. Masa ni nampak cantik.


Hah ! Sebab tulah dinamakan ros orenjus berjambak. Memang berjambak sekali keluar bunganya.


Bila dah kembang, lapis rosnya padat dan kelopak keras.


Nilah pokoknya. Daun hijau subur. Yang kat bawah tu bunga dah pudar sikit warnanya.


Yang ni taken via LUMIX.

Friday, November 16, 2012

Yong Tau Foo di Pulau Gadong, Melaka

Dah lama tak makan yong tau foo ni, balik Melaka masa Hari Raya Haji sempat juga merasa. Hajat di hati nak makan kat kedai tak kesampaian so tapau jelah bawa balik. Potong steam betul lah. Makan kat kedai lagi sedap sebab makan panas-panas.
 
 
Meriah tak. Semua ni RM26.00.
 

Yang ni saya punyalah. Yong tau foo jenis berkuah sup tapi sos tak mengancam lah.
 

Pilih je, macam-macam ada.
 

Sayur fresh-fresh.
 

Suasana dalam kedai.
 

Kedai ni 2 tingkat.  Alamat di atas Taman Bertam Perdana tapi saya biasa panggil kawasan ni Pulau Gadong.

Sunday, November 11, 2012

Ros Damask...wangi sangat

Ros ni dipanggil Damask atau ros kampung. Ianya sangat wangi tapi biasalah kalau bunga tu baunya wangi sesangat jangka hayatnya tak lama.  3 hari je dah berderai ke bumi. Ros ni antara yang mula - mula saya tanam. Sekarang ni dah bertahun tapi masih segar lagi pokoknya.

These roses were called "Damask" or the village roses. It smells is very very nice but it does not last long. After 3 days the petals will drop off. This is one of the erliest roses that i planted. About a few years with me and still healthy.

Suka tengok ni.
Love to see this . So lovely.


Di kampung, pokok ros mak saya keluar 28 kudup, wah ! Sangat banyak tapi tak semua mekar serentak. Sekali mekar 8 kuntum sekali. Maksimum ros saya akan berbunga hanya 3 kuntum dan kalau nasib baik 5 kuntum.
Back in my hometown, my mom roses have 28 buds, its a lot but it doesn't bloom all at once. One time it will open about 8 roses. Its still alot. Mine maximum bloom is 3 roses at one time. If i am lucky it will bloom around 5.


Suka sangat warna pink ni.
Love the colours so much.


Rasa nak tambah lagi roses jenis ni. Tanam banyak-banyak bila lalu di tepi memang sangat-sangat wangi.
Plan to increase these types of roses. Planted a lot and it will give a very very nice smell.



Nampak tak cik lebah tu , bukan main seronok lagi menghisap madu.
See the bees sucking honey from the roses.



3 kuntum mekar sekali.
3 buds opens together.

Pokok ros ni saya tanam dalam pasu sederhana besar dan sepokok lagi menumpang dalam pasu besar si melur.
This roses i planted in as medium size pot. I have another one which is in a big pot together with jasmine.

Saturday, November 10, 2012

Crepe durian untuk Kak Norma Jusoh...

 
Tetiba dapat order yang tak disangkakan dari Kak Norma. Actually tak larat nak buat crepe ni mengenangkan prosesnya, tapi sebab tak sampai hati and kebetulan stok durian and fresh cream tu ada lagi, buatlah juga untuk Kak Norma.
 
 
Cam bantalkan.....yang buat crepe ni besar ialah filling fresh cream.......
 

12 pieces semuanya.
 

Here you go, a packet for you Kak Norma........

Thursday, November 8, 2012

Blended Pineapple Cup Cake

Intai- intai resepi ni kat blog azlita masam manis, hem....nampak senang je nak buat lagipun ada 1 tin pineapple yang belum dibuka. Tak tahu nak buat apa. Baik saya buat this blended pineapple cup cake.

Topping is fresh cream. Memang sedap dan tak manis.








Cup cake ni memang senang nak dibuat. Masuk semua sekali dalam blender kecuali tepung.





Jom minum petang bersama blended pineapple cup cake sambil menghirup secangkir teh panas.


Texture cup cake ni macam muffin sikit tapi sedap.


 

BLENDED PINEAPPLE CUP CAKE
Source : Azlita masam manis
               original from blended orange kek by Kak Fida

Bahan
6 keping nenas gelang dalam tin
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum - diayak
1 sb baking powder - diayak
1 sudu teh pes nenas

Cara
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali tepung dan baking powder. Kisar hingga halus
Tuangkan bahan yang di kisar tadi ke dalam bekas tepung dan baking powder yang telah di ayak. Campurkan sedikit-sedikit sambil dikacau sebati
Tuangkan ke dalam mangkuk kertas yang telah di susun dalam loyang muffin
bakar pada suhu 170 C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek masak


Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Saya gunakan topping di bawah je.
Topping
200ml fresh cream dipukul hingga kental. Bolehlah dipaipkan pada cup cake selepas kek sejuk.

Wednesday, November 7, 2012

Simple Green beans with tauhu jepun

Ada banyak tauhu jepun dan green beans kat peti ais tapi tak tau nak masak apa, so masaklah ala-ala sayur campur ni. A simple dish je.

Green beans tu memang crunchy. Cari yang gemuk, jangan beli yang satu jenis lagi tu, nipis kurang sedap.


Bila dah dicampur-campur memang sedap.


GREEN BEANS WITH TAHU JEPUN

Bahan
1 packet tauhu jepun - dihiris dan salutkan tepung jagung dan digoreng.
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
udang
green beans
3 keping cendawan shitake
tepung jagung
1 sudu kecil sos tiram
air
garam

Cara
-Tumis bawang merah & putih yang telah ditumbuk. Letak sos tiram.
-Masukkan cendawan shitake & udang. Kacau rata.
-Masukkan air sedikit. Letak garam secukup rasa. Bila mendidih masukkan green beans , kaup balik dan masukkan tahu jepun yang telah digoreng tadi.
-Akhir sekali masukkan sedikit tepung jagung yang dicampur dengan sedikit air tapi jangan terlalu pekat. Didihkan sekejap dan boleh diangkat.Jangan terlalu lama jika tidak green beans tu tak crunchy.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...