Thursday, November 29, 2012

My Little Petunia

Terjumpa petunia kecil ni di nurseri kat Melaka. Sepasu RM10.00. First time jumpa ni. Biasanya size petunia yang standard je. Ada lagi satu idaman petunia yang berlapis , saya masih belum jumpa lagi kat mana - mana nurseri yang saya pergi.

Bentuk macam teropong dan di dalamnya ada warna kuning. Sizenya kecil macam size syiling 20sen.


Petunia ni memerlukan banyak air. So mesti nak siram pagi dan petang. Daun kecil comel je.


Mengeluarkan bunga dengan sangat banyak. Cantik digantung.


Lovely Petunia collage. Petunia ni tahan 2 - 3 bulan saja dengan saya. Lepas tu boleh cari yang baru sebagai gantian.

Tuesday, November 27, 2012

Memphis Magic or Black Roses

Masa beli roses ni mula-mula tak tahu namanya. So saya panggil velvet roses, rupanya nama betul adalah Memphis Magic atau Black Roses. Sedap nama tu. Senang dijaga dan kerap berbunga. Bagi makan cukup-cukup berbungalah dia.




Mempunyai kelopak yang keras.


Nice.




Warna magenta pekat.

Masa baru beli sebelum repot.


Seronok melihat roses ni meriah berbunga. Maka berbunga-bungalah hati ni.


Ros Memphis Magic ni memang tahan lama tapi bau tak dalah ya. Kelopak pun keras.

Monday, November 26, 2012

Chocolate Bottom Banana Squares Cake

Ada banyak pisang kat rumah, tak tahu nak buat apa. Selalunya beli pisang untuk ambil kulit dan diletakkan di pasu bunga ros. So decide nak buat kek pisang. Dapat resepi ni dari blog Cik CT Delima. Macam senang je nak buat so apalagi cubalah.


2 layer colur = plain + koko.


Atas nampak macam burnt sikit. Letak lebih sikit chocolate cip tu sedap.


Mesti nak letak esen pisang baru aromanya harum semerbak.


Minum petang bersama sepotong kek pisang. Yummy !


Lovely collage.


CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES CAKE
Source : Cik CT, asal Tammy resepi

Bahan
113g butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji telor gred A - dipukul ringan
1 camca teh esen pisang
1 1/2 cawan pisang masak dilecek halus - saya guna pisang berangan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan coklat cip
50g coklat masakan ( saya guna Cadbury)

Cara
-Pukul mentega + gula hingga berkrim. Letak telor, esen pisang (mesti letak baru wangi), pisang lecek dan pukul sebati.
-Dalam mangkuk lain, masukkan tepun gandum + baking soda + baking powder + garam = ayakkan semuanya dan masukkan ke dalam adunan pisang tadi. Gaul rata.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata. 1 adunan di tambah serbuk koko dan digaul rata. Tuang adunan koko ke dalam loyang 9 x 13 inci. Ratakan. Parutkan coklat masakan ( saya gunakan coklat Cadbury )
-Tuang baki adunan plain di atas adunan koko tadi dan perlahan-lahan ratakan adunan. Taburkan dengan coklat cip di atasnya.
-Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit atau sehingga kek masak (bergantung pada oven masing-masing).




 

Asam Pedas Ikan & Telor Tenggiri

Dah lama tak masak asam pedas ni, maklumlah saya seorang je yang nak makan. Masa ke kedai runcit kat depan rumah tu ternampaklah ikan tenggiri yang masih fresh lagi ni , yang bestnya ada telor ikan.


Besarkan telor ikan tu.


Mengancam.
 

Ikan ni dipotong besar so sepotong ni harganya RM11.00. Untuk saya boleh dibuat 2 kali masak.


Tak boleh tahan tengok telor ikan ni. Besar.


Memang best.




ASAM PEDAS IKAN & TELOR TENGGIRI

1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1 batang serai
1/2 inci lengkuas
 cili kering yang telah dikisar 2 senduk kecil
semangkuk kecil air asam jawa
daun limau perut
terong / bendeh
ikan dan telor tenggiri

CARA
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk/kisar(bawang besar + bawang putih + kunyit+belacan).
- Tumis hingga garing dan masukkan serai yang telah diketuk + lengkuas.
- Masukkan cili dan kacau hingga garing / naik minyak.
- Masukkan air asam jawa + sedikit air, mendidih masukkan terong. Biar terong separuh masak baru masukkan  ikan dan telor tenggiri. Letak sedikit garam + daun limau purut.
- Kalau nak letak bendeh , mesti dimasukkan terakhir sekali. Masuk dan terus tutup apinya.



Sunday, November 25, 2012

Pinky roses......

Roses ni saya masih tak tahu namanya lagi so saya panggil pinky roses. Roses ni  rajin berbunga tu yang seronok.


Saya suka tengok roses ni masa dia mula nak berkembang.


Kudup yang sedang nak berkembang.


Love to see this one.


Bila dah berkembang kurang menarik sikit. Kelopaknya keras dan tidak ada aroma.




Tanam dalam pasu medium sahaja.


Lovely pinky collage.


Lovely collage.

Saturday, November 24, 2012

Makanan Roses.......supplement

Roses saya menjadi-jadi berbunga dan bertunas dengan banyak sebab diberi makan supplement. Macam manusia juga memerlukan additional supplement. Apa ya? Mestilah bajakan. Sebelum ni beli roses cuma tahu tanam dan bagilah baja yang biasa-biasa je, macam baja chemical yang warna merah , hijau dan lain-lain lagi. Bila dah join ros club kat FB, barulah tahu macam mana cara yang betul nak bela roses ni. Ros ni satu pokok yang sangat sensitif yang kita kena belai sentiasa. Bila kita selalu belai hasil yang keluar memang amat memuaskan hati.


Yang paling penting mesti ada Ros Care dan Ros Food. Kedua-duanya adalah organic base so tak perlu takut ada chemical di dalamnya. Boleh dapatkan di www.bungaros.com by Honeybee World Trade. Nama ownernya Rohani Bee. Bila spray Ros Care, pokok akan mengeluarkan tunas dengan banyaknya dan sekaligus merawat pokok kalau ada penyakit.


Baja udang + baja ikan + racun 3 serangkai yang boleh dibeli dari Mami Yawinscha di FB.
Roses memang sangat suka dengan baja udang ni. Memang marvellous baja udang ni. Masa nak letak baja boleh campurkan baja udang & baja ikan ni. Kalau ke nurseri boleh dapatkan baja ikan yang dalam bentuk cecair pun boleh juga. Kalau nak lagi baik air ikan yang diambil selepas kita siang & cuci ikan. Lebih mujarab tapi baunya kena tahanlah ya. Racun 3 serangkai ni sudah siap dibancuh tinggal spray je tapi saya belum pernah cuba. Ini untuk pokok yang sudah rosak dengan kritikal bolehlah sembur.


Baja soya ni pun bagus. Lain -lain baja yang boleh digunakan tahi kambing (tabing) + tahi ayam (tayam) yang ni jangan letak banyak sangat + tahi lembu (tabu).


Foliar ni yang siap dibancuh , satu botol RM15.00. Senang terus spray je. Boleh juga beli yang macam kristal sebelum dibancuh. Kena rajin bancuhlah. Ini untuk menggalakkan pengeluaran bunga. Boleh sembur sekali seminggu atau sekali dalam dua minggu.


Makanan roses.
 
 
Antara roses yang ada di taman setelah diberi supplement di atas.
 
 

Friday, November 23, 2012

2 Cheese Cake For Normahida

Terima Kasih to Normahida my officemate sebab order 2 cheese cake ni.
1st cake - Yang ni untuk makan - makan kat rumah katanya.





The 2nd cake - Yang ni untuk dibawa balik kampung.

 


Thursday, November 22, 2012

Crepe durian lagi........


Sekarang ni musim orang buat crepe je. Ni pun balance daripada order Kak Norma Jusoh, adalah beberapa keping buat makan-makan.


Disusun bertingkat.


Suka tengok cam bantal.


Terlebih letak fresh cream tapi tak pa sebab fresh cream ni memang sedap. Tapi sebenarnya bila makan crepe ni, rasa durian tu menutupi kesemua fresh cream dan crepe tu. Memanglah durian kan, baunya je tak boleh tahan.



Bila disusun banyak ni nampak menarik.


1, 2 , 3 terus ngap.......dah hilang.  Nak resepi boleh klik kat sini ya http://sweetiesaqi.blogspot.com/2012/11/crepe-durian-pun-sedapyummy.html

Tuesday, November 20, 2012

Terong dan cipi padi mak saya....

Seronok tengok suburnya pokok terung dan cili mak saya kat kampung. Ada 5 pokok terong panjang semuanya. Segar bugar pokok terong ni. Puaslah makan dan bagi kat jiran-jiran.





Sihat terong ni.


Banyak betul buahnya.


Hasil tuaian. Muaikan , banyak tu. Buat terong bercili sedap ni.


Ni pulak pokok cili padi mak saya. Pokok sebatang tapi banyak betul cilinya.


Hijau dan merah cili padi. Pedas. Kerat dahan nanti akan tumbuh lagi dahan baru.


Pokok cili yang sebatang je ni tapi puas makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...