Thursday, November 28, 2013

Roses Putera ku....

Roses Putera......sila translate...he...he.....memang charming......salah satu roses kegemaran ku.....Rajin berbunga...dan bau tersangatlah harumnya.....


The curls memang cantik....



Banyak layer jugak dan kelopaknya agak tebal sedikit....


Selalunya camera saya sangat allegik dengan warna merah tapi kali ni dapat snap roses warna maroon ni ......berjaya jugak...


Baru perasan kat tengah tu bulu hidungnya warna kuning...



Memang cantik....tak terkata...


Apa yang saya suka tentang rose putera ni ialah berbau harum sesangat, rajin berbunga dan boleh berbunga dengan banyak....

Wednesday, November 27, 2013

Soo Vinci...di astro gempak angsana

Jalan jalan ke Angsana pagi ahad pepagi buta.....teitba tengok jem nya ...banyak kereta....apa yang ada kat Angsana ni......oh.....ada Astro gempak kat sini. Datang awal so parking masih ada lagilah. Lepas dah round Angsana pergilah mengintai apa yang ada kat padang tu...


Ada booth masterchef. Wah ada Soo Vincci lah kat situ......

Susah jugak nak ambil photo dia ni sebab dia tak pandang depan. Kena cari angle lain. Dia asyik pandang muka chef yang sorang lagi tu.

Memang very sweet dia ni....putih janganlah cakap....Bahasa Malayisa dia sangat fasih.....very good...


 
Si comel Raykal ni pun ada. Keletahnya bercakap bukan main lagi.Ingat strawberry dan kariap.......he...he...



Apa yang ada kat sini. Tak de apa sangat sebenarnya. Entertainment je.....kalau tak de artis sebagai daya tarikan memanglah tak ramai yang datang.

Tuesday, November 26, 2013

Bunga Lili belang merah putih....

Bunga Lili saya tanam dah lama, awal tahun lepas lagi 2012......wah lama betul kan baru ni keluarkan dia ni.....Beli kat pasar tani je macam biasa lah.........


Bunga lili yang berbelang belang merah putih....



Kudup dia panjang panjang sikit....


 
Bunga lili ni kalau diletakkan dalam pasu dalam rumah kita memang wangi baunya tapi harum roses lebih lagi...

Bunga lili ni banyak kudup kat hujung jadinya beratlah batang tu nak menampung....lupa pulak nak letakkan batang kayu untuk support.......saya tanam atas tanah je....

Bila mekar semua tu yang habis senget sebab berat.....masa ni shoot dah senja tu yang gelap je.....

Monday, November 25, 2013

Buah delima atau Pomegranate...

Passion fruit atau buah delima ni pemberian dari Faiz my officemate. Masa bercerita pasal buah ni tak sangka pulak dia ada tanam sepokok delima ni....tu yang dapat rasa sebiji....Thanks ya Faiz.

Ni rupanya buah delima yang dah masak ranum...Sememangnya buah delima ni banyak khasiatnya.....Di antaranya menurunkan kadar kolesterol  mengandungi antioksidan, melindungi jantung, mencegah dan mengubati kanser, mencegah dan melambatkan alzheimier dan bagus untuk mencantikkan kulit....



Bila dipotong 2, ni lah rupa isi dalamnya.....buahnya kecik kecik je....

Comel comel je buah dia.....Rasa masam masam manis gitu....Leceh sikit nak makan sebab dalamnya ada biji kecil...


Dari dekat....tak puas sebenarnya makan buah ni sebab kecik sangat.....sekarang di pasaran ada banyak terjual jus delima ni ....salah satu yang famous ialah dari jenama gulsan dari Turki.....saya rasa isi dan bijinya diproses sekali tu yang rasa pahit sikit .....



Souvenior from my lady boss dari US, dark chocolate Pomegranate.........buah delima yang kecik kecik tu disalut dengan coklat......

Sunday, November 24, 2013

Farewell Lunch untuk abang Ariffin dan Nai Roslee....

Ada farewell lunch untuk abang Ariffin dan abang Nai Roslee di Chinese Restoran T.S Hotel, Nusa Damai, Pasir Gudang.....yang bikin gempak lagi tu setiap orang yang dijemput siap diberi invitation card lagi.....wah 1st time dapat kad cam ni......biasanya tak de lah kad kad ni semua main cakap mulut je......so surpirse...Abang Ariffin retire atau pencen dan Nai Rosslee resign .......Mereka berdua kira otai lama kat kilang kami.


The card....



Chinese sea food....memang terkenal dengan hidangan yang banyak......one after another....the food kat sini biasa biasa aje....

The sharkfin soup + steam fish + my plate semestinya...

Ni lah hero 2 orang kat kilang kami tu bersama Tang Rin Fong....sebelah kiri tu NaiRoslee dan kanan abang Arifin ( now still sambung contract bekerja lagi)

Participant of the day.....cam biasa...

Wednesday, November 20, 2013

My China Doll Pink Roses.....lama ku nanti

Terpandang roses ni kat geng roses kat FB....Fuh...memang cantik tak terkata........So apa lagi mula proses menggorder lah kan......Hu...hu....beli anak China Doll Pink roses (CD) ni dari Mami Yawinsha seperti biasa. Masa pokok datang tak berapa besar sangat so terpaksa belai lebih sikit. Tapi sungguh susah nak membesarkan CD pink ni. Lama jugaklah nak menunggu pokok roses ni membesar.


Ni masa bulan Jun'13, kecik lagi pokok ni. Sampai satu takat rasa give up jugak dengan CD pink ni tapi tup...tup...berbunga pulak......walau tak semeriah mana cukup membahagiakan hati ini....amboi.....

Kecik kan pokok ni......nasib baik nak berbunga...CD pink roses ni berbunga bergugus tapi tak de bau lah ya.


Dari sisi, pokok kecik tapi nasib baik subur.....


Dari pandangan dekat...sekuntum...


Masa bulan Sep'13 dah subur sikit......menampakkan perkembangan yang cukup baik setelah saya pindahkan ia dari bawah porch ke bahagian luar supaya kena sinaran matahari lebih sikit. Roses memang nak sinaran matahari 4 ke 6 jam. Baja pun memang letak dengan banyak dan berjenis jenis selang seminggu....letak baja udang + tahi kambing + air ikan + ros food + ros care.......banyakkan.....sayang punya pasal banyak saya bagi dia supplement....


Inilah hasilnya........kekudup kacang yang keluar dengan banyaknya.....seronok tak terkata....



Mekar lah semua kudup kudup kekacang tu tadi. Yang buat saya sangat sukakan roses ni ialah ia dari jenis yang bergugus, bunga tahan lama dan paling penting warnanya.....bright pink.......walau tak wangi no problem.......tahan seminggu jugaklah bunganya......


 I love this........memang sangat cantik....terubat rasa penat lelah menunggu CD pink roses ni membesar.....so happy....


So lovely......China Doll Pink Roses................

Tuesday, November 19, 2013

Banana cake......sedap

Jalan jalan kat goggle ni terjumpa dengan blog Kak Rima , Bisousatoi. I think selepas Azlita Masam manis saya menjadi peminat blog Kak Rima. Walaupun her blog is in English , tapi  seronok membacanya. Banyak coretan dan resepi yang dikongsikan terutama buttercake coz shes a buttercake lover......As for me butter cake ok ok je....can eat but not too much......But bila tengok blog Bisousatoi sangat menggoda untuk saya mencuba resepi beliau.......so my first resepi by using Kak Rima resepi is this The Most Fabulous Banana  Cake.....Tq for sharing the resepi.....


Saya memang peminat kek pisang tak tau kenapa......I think I love the cake texture.....This cake a bit moist.....sedap...

Makan tak sedar dah habis sepotong....


The banana  cake.....crack sikit but its ok....


With walnut inside ....tapi saya letak tak banyak walnut tu......walau diikut step by step resepi Kak Rima ni masih tetap tak sama outcomenya......but I am ok with it.......the taste still sedap.....I love banana cake..


The Most Fabulous Banana Cake
Source : Rima from Bisousatoi
Main    : Mix & Bake by Belinda Jeffery

Bahan
225g tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam - saya tak letak
1/2 sudu teh kecil bikarbonat soda
1 cawan pisang yang dilenyek
340 g gula kastor - saya guna 300g je
2 biji telor
125g unsalted butter - saya guna normal buttercup je
100 ml buttermilk
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1/4 cawan walnut

Cara
- Panaskan oven pada 180 darjah, ikut oven masing masing ya. Saya punya cuma 150 darjah. Sediakan loaf pan yang panjang tu dan lengserkan dengan butter.
-  Masukkan tepung + baking powder + garam + bikarbonat soda = satukan. Kalau sesiapa ada food processor boleh gunakan, saya tak de so manual je lah.
- Masukkan pisang +  telor + gula dan kacau rata. Masukkan butter dan kacau hingga pekat dan berkrim.
-Masukkan buttermilk + esen vanilla = kacau rata.
-Masukkan tepung dan kaup balik. Jangan kuat sangat kalau tidak adunan akan menjadi keras.
-Masukkan walnut tadi dan kaup balik.
-Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.
-Bakar selama 30 - 35 minit ikut oven masing masing ya atau sehingga masak.
-Jangan bukak oven ketika kek sedang dibakar jika tidak kek akan tenggelam di tengah.






Monday, November 18, 2013

Baja for roses lagi....Osmocote......

Kalau bab baja untuk roses memang saya tak nak ketinggalan......kalau dengar je geng roses kat FB bercerita pasal baja ni baja tu saya mesti nak cuba.....ni lah penyakit merbahaya pada saya ni. Latest dapat tahu pasal baja osmocote namanya.

Baja Osmocote ni ialah dari jenis slow release. Lepas letak boleh tahan selama 3 bulan sebab tu dipanggil slow release so tak susahlah kita nak membaja setiap minggu.  Bila kita letak baja ni, baja lain seperti baja udang dan lain-lain kawasan sewaktunya masih boleh diletakkan dan ianya tak akan memudaratkan pokok ros kita. Harga sekilo boleh tahan mahal jugak. Demi ros no problem.....



Bekalan macam biasa saya dapatkan dari Mami Yawincha di FB. Sambil sambil order baja tu rembatlah jugak 3 pokok ros. Selamat sampai ke destinasi melalui courier service Skynet....


Baja udang tetap menjadi pilihan utama, sekilo dalam RM10.00 tak mahal dan Osmocote sekilo dalam RM35.00.

Sunday, November 17, 2013

Laksa Asam Kedah.....yang simple

Teringin betul nak makan laksa asam Kedah ni, kalau beli kat pasar malam RM1.00 pun dapat tapi kuahnya cair pulak. Kalau buat sendiri gerenti pekat......Hu ...hu .....apa lagi  start the process lah....


Kali ni kuah terlebih pekatlah pulak.....suka buat ni sebab senang je.....smua main rebus je......no minyak ...minyak...ok. Kalau makan banyak pun tak rasa bersalah....


Ikan kembong yang telah direbus.....proses ni yang leceh sikit tapi sebab nak makan punya pasal kenalah buat jugak kan.

Nyum....nyum......jemput makan.....ops lupa letak timun......ada je yang tercicir....tapi tak kisahlah ....boleh aje...


LAKSA ASAM

Bahan
3 ekor ikan kembong
2sudu besar bawang merah yang sudah diblend
4cm belacan
1 senduk cili yang telah dikisar
10 asam keping
garam
air secukupnya
bunga kantan
8 tangkai daun kesum (banyak pun boleh)
cili hidup merah, cili padi
telor rebus
limau sambal
daun salad
timun
1/2 packet laksa kering direndam

Cara
1-Ikan Kembong direbus dan diblend isinya.
2-Isi ikan yang telah diblend + 1 senduk cili yang telah dikisar bersama belacan + bawang + asam keping =masukkan ke dalam periuk.  Tuangkan air tapi jangan banyak sangat.
3-Rebus hingga kuah mendidih. Masukkan bunga kantan + daun kesum. Letakkan sedikit garam.
4-Rebus laksa yang telah direndam. Setelah masak boleh dihidangkan besama cili, daun salad ,timun, dan telor.


Thursday, November 14, 2013

Ros Cut Ju.......

Bulan Nnvember'13 ni hari hari hujan........memanglah rahmat, sejuk je rasanya.....tapi ia sungguh tidak sihat untuk roses saya. Banyaklah blackspot yang menyerang. Daun menjadi kuning.....
Bila melihat roses roses kembang di taman walau dalam keadaan hujan terubat sikit rasa risau di hati. Sesungguhnya roses Cut Ju ni  memang one of my favourite. Rajin berbunga tu yang best. Bila melihat roses ni kembang mekar ada satu perasaan gembira yang tak terkata........


Love this photo. Baru nak kembang.


Bila dah kembang......warna agak cair sikit tapi tak kisahlah.....yang penting perfect bloom.


 
From the side.....memang banyak layer....Thanks to mr thrips for not attacking.

Sweet pastel colour.....bau pun wangi jugak.


Tanam dalam pasu je........rajin berbunga dengan banyak...tu yang best.


Lovely Cut Ju roses collage.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...