Thursday, February 27, 2014

My dearie Cut Ju roses

Dah lama cut ju roses ni dengan saya....dalam 2 tahun kot...tapi sekarang roses ni hidup segan mati tak mau .....tak tau kenapa.......sedih jugak....rasanya saya kena tukar medium tanah kot....tapi saya rasa mungkin banyak thrips yang menyerang.


Walau dalam keadaan kurang sihat, Cut Ju ni tak pernah menghampakan saya. Berbunga lepas satu ....satu ....tu yang buat saya sangat sayangkannya. Kali ni berbunga dengan warna terang sedikit.....cukup zat tahi kambing kot.



Sangat sangat awesome.......so lovely......yang ni bloom pada Sep'13.

Ni pula yang mekar pada bulan Nov'13......nampakkan perbezaan warnanya....yamg ni agak kurang pekat sedikit tapi walau apa pun ia tetap menawan di hati saya....


 
Yang ni pelik sikit kan sebab di luar creamy dan kat dalam very dark yellow.....memang superb lovely...

 
 Ish ...ish yang ni .........tak berapa menjadi too creamy warnanya..


Very light version juga....



Yang best mekar dua sekali......bau harum sedikit..... 

Wednesday, February 26, 2014

Shocking Blue roses dah ke heaven......sedih

Roses shocking blue ni memang sangat wangi. Ni kali kedua saya membelinya. Kali pertama saya beli yang own root dari Chai Sik Fah, Lot  57, Sungai Buloh. Boleh klik SINI untuk lihat my shocking blue yang juga telah ke syurga. Kedua kali saya beli dari Mami Yawinscha di FB. Yang ni jenis grafted. Kenapalah roses ni tak serasi dengan saya. Roses ni tak boleh disiram banyak air. Akibatnya akan senang diserang kanker. Senang cerita 2 pokok shocking blue ni mati sebab kanker.....sadis tul lah.


Shocking blue ni memang menggoda kalbu.....bau memang tersangat harum. Ni cantik sebab baru dapat and terus mekar. Kali ni dapat rasanya jenis grafted.

Walau dari sisi memang tetap menawan.


Sampai je dah banyak buds memang suka sesangat tapi tak mekar serentak.


Warnanya pun menarik.Nak kata purple bukan ...pink sikit kot senang combination lah.


Bila mekar agak bersepah sikit.


Daun pun segar lagi masa ni.


Suka sangat sebab daun segar dan sihat tapi sedih dia pergi jua disebabkan kanker. Mungkin tanahnya yang sangat basah menyebabkan senang diserang kanker. Kanker merupakan musuh nombor satu roses selain thrips dan red mites.

My lovely shocking blue yang dah selamat ke heaven......sedihnya tak terkata......rasa rasanya nak beli lagi tak roses ni...hmm.....hmmm.....may be yes.......opps....

Tuesday, February 25, 2014

19th Kite Festival or Pesta Layang Layang , Pasir Gudang

Setiap tahun MPPG, Pasir Gudang mengadakan pesta layang layang atau kite festival di Bukit Layang Layang. Pada tahun ini sudah 19 kali pesta ini diadakan. Saya jarang ke pesta ni kerana panas dan jalan sangat jem walau jarak dari rumah ke bukit ni hanya 10 minit saja. Selalunya tengok dari cermin kereta saja waktu balik kerja. Pada tahun ni, saya berpeluang ke pesta ni sebab anak anak sibuk nak pergi. So layan je lah the kids ni. Pergi dari pukul 2 sehingga 5 petang. Fuh nak patah kaki ni......bukit ni besar jugak pusingannya. Setiap hari memang ramai orang berjogging kat sini.


World Kite Festival.......Kali ni diadaklan dari 19-23/2/14, selalunya diadakan pada setiap bulan Februari .......Penyertaan dari berbagai country...Tahun ni cuaca sangat baik......berangin dan panas............2 tahun lepas asyik hujan saja.....


Gerai layang layang memang banyak....pilih yang mana suka je....


Tahun ni ada layang layang kuda .....5 ekor berderet deret.....stable jugak kuda ni......Layang layang ni dibuat sempena Tahun Baru Cina ni yang bertemakan kuda.

Layang layang ikan ni tersembam lak ke bumi.....

Mr tiger pun ada......


Layang layang ikan pun ada .

Bersantai pulak para peserta di tengah padang yang panas tapi angin yang bertiup kencang menyebabkan tak terasa sangat bahang kepanasan tu.

Berbagai jenis layang layang. yang tengah tu di zoom ya sebab tu nampak cam dekat je kan...


Alah....comel tul layang layang ni....

Yang ni taman angin yang dibuat oleh peserta dari China. Sangat cantik sebab multi color.


Opps selingan jap......bunga dan saya tak dapat dipisahkan. Bungan kertas yang sentiasa berbunga di Bukit Layang -Layang ni.

Berbagai jenis layang layang yang dijual. Very colourfull.


Seperti biasa kalau ada pesta mestilah ramai yang menjual. Macam hari raya pulak.....ada ketupat tu dengan rendangnya sekali...he...he...sekarang mana mana pergi ada orang menjual biskut sepaket RM2.00, biskut yang dalam tin besar tu...


Steady tul mat salleh ni main layang layang mr donald duck in the plane ....walau angin kencang betul. 



Kan dah jatuh layang layang dia........gigih membetulkan....

Monday, February 24, 2014

Asam Pedas Kak Su, Duyong, Melaka


 Kali ni try masak asam pedas Kak Su di Duyong Melaka. Tak susah nak cari, kalau masuk dari simpang belah kiri di Hospital Pantai Melaka sampai ke hujung lepas JPJ Melaka, traffic light belah kanan terus je bypass banyak jugak traffic light sampai nampak pokok kiri kanan jalan ada tanda putih , kedai di sebelah kiri saja. Cam senang je bunyinya kan.....he...he...cuba cari ya....


Ni landmark yang anda akan nampak.

Asam pedas ikan tenggiri rasanya.....nampak cair tapi rasa boleh tahan sedap....

Saya suka sambal belacan ni .....sedap , makan pulak dengan timun dan telor asin.......meleleh air liur dah ni.

Anatara lauknya dan price kat sini pun tak mahal sangat. Ada juga lauk lain macam masak lemak dan banyak lagi.

Kedai ni 2 tingkat tapi tingkat bawah je yang beroperasi. Sebelah kedai ni belah kiri ada nurseri pokok bunga.

Sunday, February 23, 2014

Terung Hijau at last

Lama betul saya mencari terung hijau ni tapi tak jumpa jumpa jugak. Yang ni saya jumpa di Air Hitam, Johor. Ada satu nyonya tu jual. Banyak sayur fresh yang dijual. 3 packet RM5.00 fuh murah....


Terung hijau ni nampak lembut dan cantik warnanya.



Terung hijau yang siap digoreng sebelum dimasak.

Masak terung bercili memang my favourite. Now terung yang warna purple tu memang mahal harganya so kena tanam terunglah lepas ni.  Sebelum ni saya pernah tanam terung warna purple...boleh klik SINI.



Letakkan udang kering kat atas tu. Memang sedap....

TERUNG HIJAU BERCILI

Bahan
4 biji terung hijau
4 biji cili hidup merah
3 biji cipi padi
3ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Cara
-Terung hijau digoreng dulu.
-Tumbuk atau kisar cili hidup, cili padi, bawang kecil, bawang putih dan udang kering.
-Pansakan minyak, tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
-Masukkan sedikit air. Kacau rata dan boleh masukkan terung tadi.
-Goreng kaup balik rata terung supaya disalut dengan sambal sepenuhnya.
-Sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, February 18, 2014

My lovely Cik Kris Marlop......

Cik Kris Marlop ni pun one of my favourite jugak, rajin berbunga.  Dah lama saya tanam dan tak pernah menghampakan saya.


Berdua itu lebih baik. Bila mekar mekar begini seronok saya .


 
Tq cik thrips tak kacau ya. Bila namlpak buds or kudup terus spray H20 waterbase Fumakila ya. Jangan guna jemama lain. Yang lain walau waterbase tak sesuai. Nanti kudup jadi hitam dan kiok.


They are so lovely and very sweet.

Bila kembang terlebih sudah. Cik kris ni ada banyak layer yang keras sedikit tapi bau harum jugak.

Dari sisi......kalau bunga cantik dan menjadi petalsnya boleh sampai 41 layer tapi saya tak pernah kiralah. Boleh klik SINI untuk lihat kejadian ros ni yang sangat cantik dari pokok yang sama pada bulan Mei,2013.


Hati jadi berbunga bunga bila banyak yang mekar serentak. Apabila pokok ros kita subur dengan daun yang menghijau , bunga yang keluar akan mekar cantik provided cik thrips tak usik ya.

Cuba tengok layer petals ni memang sangat cantik.


Bila semua bloom habis....beginilah jadinya...


So lovely until I cannot stop myself from snapping. End up have lots of photo and make me headache which one to choose. Semuanya cantik cantik belaka to me.



Cuba lihat suburkan pokok ros ni, daunnya segar menghijau..........so the flower will bloom nicer...
Cik Kris Marlop ni jenis meninggi pokoknya. I love all my roses.....

Monday, February 17, 2014

Asam Pedas Tanjung Emas, Muar

Kali ni balik Melaka ikut jalan lama melalui Muar. Saja nak singgah makan asam pedas kat Muar ni. Kami ke food court Tanjung Emas , Muar.

Saya ni memang pantang tengok telor ikan. Tetiba nampak seperiuk asam pedas telor kan apa lagi bak sepinggan bang.

Asam pedas ikan sembilang my favourite.

Hu ...hu......mee bandung ini tersangat sangat lah manisnya bagi saya but  my daughter suka kannya.....ya lah they are still young so they love sweet things.

As usual my plate......asam pedas makan dengan ikan kering + timun memang awesome sesangat....



Saya makan asam pedas di gerai ni.....not bad....sedap gak terasa asamynya...

Lepas makan singgah sembahyang di masjid ni.....dari jauh memang cantik......all blue in colour.

Bandar Muar .....seberang tambak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...