Sunday, February 23, 2014

Terung Hijau at last

Lama betul saya mencari terung hijau ni tapi tak jumpa jumpa jugak. Yang ni saya jumpa di Air Hitam, Johor. Ada satu nyonya tu jual. Banyak sayur fresh yang dijual. 3 packet RM5.00 fuh murah....


Terung hijau ni nampak lembut dan cantik warnanya.



Terung hijau yang siap digoreng sebelum dimasak.

Masak terung bercili memang my favourite. Now terung yang warna purple tu memang mahal harganya so kena tanam terunglah lepas ni.  Sebelum ni saya pernah tanam terung warna purple...boleh klik SINI.



Letakkan udang kering kat atas tu. Memang sedap....

TERUNG HIJAU BERCILI

Bahan
4 biji terung hijau
4 biji cili hidup merah
3 biji cipi padi
3ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

Cara
-Terung hijau digoreng dulu.
-Tumbuk atau kisar cili hidup, cili padi, bawang kecil, bawang putih dan udang kering.
-Pansakan minyak, tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
-Masukkan sedikit air. Kacau rata dan boleh masukkan terung tadi.
-Goreng kaup balik rata terung supaya disalut dengan sambal sepenuhnya.
-Sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

  1. salam singgah
    sedappnya..my faveret jugaaa...tengah cari benih terung, ssh dpt yang hijau tp yg purple banyakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah....memang sangat susah nak dapat terung hijau ni....lama betul cari....ada satu kali tu saya jumpa kat Kota Baru sangaat cantik terung hijau dia tapi saya tak ingat nak beli masa tu...saya pernah tanam terung yg purrple ...puas juga makan...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...