Monday, February 10, 2014

Asam Pedas Hjh Rahmah, Melaka

Bila saya balik ke kampung saya jarang memasak, mak pun dah tak larat memasak so kami selalu keluar makan. Kali ni try makan di kedai asam pedas Hjh Rahmah  Hj Ibrahim di Bukit Katil (kalau tak salah saya). Tahu pasal kedai ni pun melalui JJCM TV3. Boleh masuk simpang kiri di traffic light Hospital Pantai. Selepas JPJ, masuk ke traffic light sebelah kanan dan terus aje, kedai ni sebelah kiri jalan.


Masa kami sampai , memang ramai orang kat kedai ni. Nasib ada meja kosong. Lauk banyak yang belum direfill lagi. Yang ni nampak sedap cencaru goreng sambal. Rembat je dulu apa yang ada.


 
 Kuah kari ni pulak tak de ikan. Ambil kuah je saja nak rasa kari kat sini....boleh lah.


 Kangkung goreng belacan....sedap gak...sebab nampak pekat.


Asam pedas ikan parang......nampak cair tapi rasa ok gak.


Masa kami nak balik , baru direfill asam pedas ikan pari ni.


Wah ....ni memang nampak menairk ya....Asam pedas kepala ikan jenahak......nasib saya tanya berapa harganya......kwang...kwang.....RM35.00 ya kepala je........

Udang goreng ni pun nampak menarik.....besar tapi lupa pulak nak tanya harganya.....sebab tergaman dengar harga kepala ikan jenahak tu...


 
Ni photo depan kedai.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...