Sunday, May 18, 2014

Mikrob Kultur Mak Jah....

Sekarang ni kat group roses forever di FB, memang tengah kencang mengenai penggunaan mikrob dan kultur. Ada beberapa orang yang menjual di FB. Saya telah membeli mikrob dan kultur ni dari Mak Jah ( Roscobbage Mak Jah ).  Sesapa nak order boleh add dan PM Roscobbage Mak Jah di FB ya. Di bawah ni ada penerangan mengenai mikrob dan kultur yang saya ambil dari Mak Jah. Mintak izin share ya Mak Jah.


 Kedua dua jenis bahan organik ini boleh diguna sama ada dicampur ke dalam media tanaman atau diletakkan di permukaan tanah. Tidak perlu risau akan masalah daun pokok akan lecur kerana kedua dua bahan bukanlah bahan kimia tetapi hanah yang berasaskan organik. Sangat sesuai untuk sayur. Mikrob dan kultur ni hanya perlu digunakan sebulan sekali sahaja dengan kadar secubit sepasu. Selepas sebulan, boleh diletak lagi bagi mendapatkan kesan maksimum supaya kesuburan tanah sentiasa terpelihara. Untuk mendapatkan kesan yang lebih menakjubkan, boleh lah ditambahkan mana mana jenis baja kimia atau organik seperti baja kacang dan baja humus. Elakkan penggunaan tahi ayam yang berlebihan kerana akan menghadapi banyak masalah seperti koya putih, kutu daun, tompok hitam dan sebagainya tapi saya tetap letak tahi ayam sedikit.



Mikrob pula merupakan elemen sampingan yang amat diperlukan oleh tumbuh tumbuhan agar masalah kekuningan daun atau daun menjadi kerinting dapat diatasi. Selain itu, mikrob juga membantu mengatasi masalah tumbuhan terbantut.


Kultur merupakan mikrooranisma yang diperlukan oleh segala jenis tumbuhan agar tumbuh dengan subur dan bebas daripada serangan penyakit yang sukar diubati dengan semburna racun perosak. Kultur yang diletakkan pada kadar secubit itu memang mampu membiak dan merebak ke dalam tanah dengan menarik segala nutrien yang ada dalam tanah ke akar pokok. Mikroorganisma yang melekat di akar pokok bunga akan sentisa membekal nutrien kepada pokok bunga agar sentiasa kelihatan malar hijau serta berbunga lebat.
Apakah kesan selepas menggunakan mikrob dan kultur ?
- Akar pokok tumbuh dengan sihat , daun menjadi lebih hijau.

Mengapa kultur lebih mahal dari mikrob?
-Kultur mengambil masa kajian bertahun lamanya serta penghasilannya memakan masa yang agak panjang serta proses yang amat rumit. Ditambah dengan kos import dan penghantaran yang melampau tinggi.

Adakah mikrob dan kultur selamat untuk kita semua ?
-100% selamat tanpa sebarang kesan negatif kepada kesihatan kita. So jangan takut ya.
Setelah diletak mikrob dan kultur, maka keluarlah tunas tunas yang sangat segar. Seronok betul tengok tunas tunas ni keluar. Memang sungguh berkesan mikrob dan kultur ni.

4 comments:

  1. Salam Kak Anne,

    Alaaa kita nak jugak! Nak jengah lah FB tu jap lagi hehe. Nak try jugak ler hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, try jangan tak try. Roses mak jah tu pun cantik cantik dan banyak bunga. Ada banyak mikrob dan kultur yang dijual kat nursery or Acehardware.Sama je functionnya.

      Delete
  2. Slm blh sy dptkn cntc num mak jah?fb nya dh x aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, saya tak de nombor mak jah. FB dia masih aktif....search for Roscobbage Mak Jah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...