Sunday, July 20, 2014

Masak Lemak Telor Itik dengan belimbing buloh

Masak lemak memang kegemaran saya. Dalam usia begini lemak lemak ni harus dikurangkan tapi tak boleh nak dikurangkan. Kalau makan nasi kalau tak meladong kuah memang tak sah.


Kali ni masak lemak telor itik. Telor itik ni saya beli kat pasar besar Melaka.



Kejadian telor itik kali ni sangat menjadi he...he....Selepas telor dipecahkan ke dalam kuah , api mesti dikecilkan supaya telor itik tu tak bersepah.



Telor kuning tu memang sedap.....letak belimbing buluh dan hirisan daun limau purut.

MASAK LEMAK TELOR ITIK
Source : Sweetiesaqi

Bahan
15 biji cili padi kampung yang ditumbuk - nak pedas boleh tambah
2 biji bawang merah kecil - kalau tak letak pun tak pa
2 biji telor itik
5 - 10 biji belimbing buluh
1 batang serai
santan pekat
air secukupnya
1 inci kunyit hidup 
1 keping asam keping
Daun limau purut
Garam secukupnya

Cara

1-Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama bawang + serai yang ditiik + asam keping + santan pekat + air. Lihat kepekatannya.
2-Didihkan santan dengan cara "timbuk" atau mesti dikacau selalu supaya tidak pecah santan. Kalau tidak kuahnya memang tidak cantik.
3-Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan telor sebiji dulu tunggu hingga keras sedikit baru masukkan telor yang lain.
4-Letak belimbing buluh yang telah dibelah 2.
5-Masukkan garam secukupnya + daun limau purut.
6-Siap untuk dihidang dan boleh letak hirisan daun limau purut.






2 comments:

  1. Wahhh...sedap ni telor itik..buat sambal tumis pun sedapp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke Kak Normala, saya tak pernah buat sambal.....boleh cuba ni...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...