Thursday, March 21, 2013

Sambal tumis sulur keladi bersama santan...

Wah! Bestnya ternampak sulur keladi yang dah siap disiang di pasar tani tempat saya. Apa lgi rembat RM2.00. Banyak juga , untuk saya yang seorang makan ni. Masa menaip ni pun saya dah boleh terliur.  



Ni yang raw sulur keladi. Dah siap siang, senang hidup kan. Dahlah halus memang leceh nak siang. Boleh KLIK kat sini kalau nak tengok yang raw punya. Panjang-panjang .....


Sulur keladi ni mesti direbus dulu sebelum dimasak supaya lembut dan tak gatal bila nak makan. Boleh KLIK untuk resepi ya. Kalau rasa nak berkuah sikit lebihkan lah santan tu.

Wednesday, March 20, 2013

Yellow Layer Portulaca...special edition

This is one of my favourite portulaca grandiflora or we call it Ros Jepun. Can click HERE to see more on portulaca. Its quite difficult to get this yellow colours. So I have planted it in many small pots.

The layered is really awesome. The colours very nice, light yellow.


I forgot where I got this from. Normally I wont buy from nursery.


This cute roses will last for 3 to 4 months only. After that have to replant it. This portulaca is very easy to plant. Just take the cuttings from the old stems and plant it in the soil. You can mix so many colours in one pot.




High up.

If all blooms is very very nice to look at.

Tuesday, March 19, 2013

Makan makan di Ala Kasim, Melaka

Biasa dengar nama Aal Kasim ni tapi tak pernah pergi. Baru dapat peluang masa balik kampung hari tu. Dah lah sampai lambat sebab orang ramai balik celebrate CNY, baik 3 jam jadi 5 jam perjalanan. Fuh punyalah lama sebab traffic jem. Perut pun dah lapar, apa lagi pi makan kat Ala Kasim lah.


Nasi lemak bungkus RM1.00. Nasi lemak kat Melaka ni tak sama cam kat Johor.


 
Antara fresh item nya dan menu berserta harga. Pilih je yang mana berkenan.


Sotong goreng tepung dan udang goreng tepung.


Pepahat masak halia. Tak pedas.


Yang ni ikan siakap bakar je bersama kicap. Kicap dia simple sangatlah. Oder lauk tak banyak = ikan siakap bakar + ikan terubuk bakar + udang & sotong goreng tepung + pepahat halia + lala goreng sambal + nasi lemak + air tembikai 1 jug = RM90.00. OKlah tu kan.


Monday, March 18, 2013

Pink Summer Snow

Akhirnya dapat juga, pink summer snow roses ni setelah lama diintai-intai. Beli dengan Mami Yawinscha lah siapa lagi. Memang berbaloi-baloi sebab pokok dah besar. Seronok.


Petals soft tapi tak berapa wangi. 



Kudup yang baru nak berkembng. 



 Warna pink yang cantik.



 Pokok ni dah besar jadi tak susah nak jaga. Harap -harap bertahan lama. Kena bagi makan cukup cukup baru boleh maintain. Ni kalau berbunga semua memang meriah. Pink summer snow ni ialah pokok grafted.


 
Kalau tak cukup baja warna akan jadi pudar sedikit. The best is letak tahi kambing.

Sunday, March 17, 2013

Pokok Tenggek Burung

Daun tenggek burung ni merupakan ulam yang saya suka. Rasanya sedikit pedar, kelat gitu. Dapat pokok ni dari mak saya di kampung. Asalnya rendah je ....hah...sekarang meninggi....

Bahagian yang dimakan ialah pucuknya yang muda tu.



Kan tinggi pokok ni. Sepatutnya saya potong pendek taklah susah nak petik. Sekarang saya dah potong/prune pokok ni supaya rendah sikit. Lepas tu banyak pucuk muda yang keluar.


Masa pokok ni berbunga dengan lebat adalah sekor 2 rama rama yang hinggap kat sini.


Banyak bungakan sampai cik serangga ni banyak yang hinggap. Tak tau nama apa serangga ni.


Suka tengok rama rama ni bertenggek.


Sedap dia menghisap madunya. Satu ketika memang sangat banyak serangga ni menghisap madu sehinggakan saya terpaksa memotong dahan tenggek burung ni. Takut saya melihatnya terlalu banyak.


Apalah yang dibuat tu, tertonggek dia...

Thursday, March 14, 2013

Ros ku kena "KANKER"


Roses ni lama dah saya beli masa ke Cameron Highlands pada raya tahun lepas. Roses ni ada 2 warna. Memang cantik. Beli kat kedai tepi jalan kat Kea Farm . Boleh klik SINI untuk lihat apa ada di Kea Farm.


Masa terpandang roses ni hati memang tersangatlah berkenan.


Memang sweet sangat.

Harga RM12.00 sepasu je, yang best ada 2 pokok dalam pasu tu. So sepokok lagi saya beri pada my mom.


Nilah roses tadi bila ditanam oleh saya. Bunganya jadi tak berapa cantik tapi berbunga jugalah. Daun pun tak segar. Banyak Black Spot (BS)

Akhirnya diserang kanker dan sekarang dah selamat sampai ke syurga. Asalnya roses ni dalam sesi pemulihan, setelah dispray ros care memang banyak tunas yang tumbuh. Hati saya pun sangat berbunga bunga tak terkata. Tiba-tiba hujan tak da ribut pun tak da , alih alih batang bertukar menjadi coklat dan hitam. Cuba potong batang yang berwarna coklat tu tapi telah merebak ke seluruh pokok. Sedihnya. Mengikut kata sifu Mami Yawinscha, seeloknya jemur pokok ni di tengah panas. Kanker terjadi kerana tanah terlalu lembab tapi tak dapat nak dielakkan sebab masa tu hari hari hujan tapi roses ni saya letak bawah porch pun kena attack juga. Musykil saya dibuatnya. Kanker adalah penyakit yang paling merbahaya bagi saya menyerang pokok roses. Pokok sukar diselamatkan. Kalau  thrips, red mites atau black spot masih ok lagi boleh diselamatkan. So kalau kena kanker kena redha lah , ia akan pergi buat selama lamanya. 



Wednesday, March 13, 2013

Kek Chocolate Kukus Cream Cheese

Alamak kek yang kena kukus.......memang tak pernah buat ni sebab takut gas habis. Nampak resepi ni kat blog hanamemories.blogspot macam sedap je dan yang penting senang nak buat tapi kena kukus. Tak pelah kukus pun kukus lah sebab nak tahu kek ni cam manalah rasanya.


Suspen juga masa buat kek ni takut tak jadi. At last menjadi jugaklah.


Rasa sedap tapi tak berapa rata lepaan cream cheese dan tepung kek coklat tu. Kena belajar lagi.


Kek ni sebab dikukus so teksturnya adalah basah sedikit but I like it. Kalau kek yang dibakar kek akan jadi kering sedikit.


Suka kek ni sebab moist.


RESEPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Source :hanamemories.blogspot.com, yatimemories

Bahan A
250 cream cheese
60g gula halus
1 biji telor
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara
-Pukul cream cheese + gula sehingga sebati.
-Masukkan telor diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan sebentar.

Bahan B (Kek)
2 biji telor
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar/cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan tepung gandum          }
3 sudu besar serbuk koko       } Ayak semuanya
1 sudu kecil baking soda         }
1/2 sudu kecil baking powder }

Cara
-Pukul telor di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Lepas tu masukkan vanilla dan garam.
-Masukkan air panas + susu + minyak.
-Masukkan bahan yang telah diayak sekali tadi dan gaul sebati.
-Biarkan sebentar dan bahagi kepada 2 bahagian.

Cara Memasak
-Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana sahaja.
-Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
-Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15- 20 minit.
-Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese di atasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
-Setelah tu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
-Setelah sejuk baru boleh dipotong.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...