Monday, August 11, 2014

Congo Bars yang yummy....

Selalu dengar nama Congo Bars tapi tak pernah rasa lagi apatah nak membuatnya. So one fine day terasa nak try buat.....tengok resepi memang senang sesangat. Resepi kali ni pun ambil dari blog Bisousatoi....thanks Kak Rima for sharing.


Congo bars ni nak kata kek pun bukan nak kata biskut pun bukan......senang cerita tengah tengahlah tapi sungguh memang sedap. The brown sugar tu yang tak berapa manis memberi satu rasa yang sangat sedap bila dimakan.



Bahan digunakan memang tak banyak = tepung gandum + butter + telor + brown sugar + choc chips


Minum petang with air laici and a piece of congo bars.

Yang belakang tu daun selasih ya....cantik pulak dibuat props...he....he...


Pandangan dekat......choc chips mesti sisalut kering dengan tepung gandum sedikit supaya dia tak tenggelam bila di masukkan dalam adunan tepung. So we can see them sebiji sebiji cam kat atas.


Sepotong besar Congo Bars.Memang yummy....


CONGO BARS
Source : Bisousatoi

Bahan
2 3/4 tepung gandum
2 1/2 sudu baking powder
1/2 sudu garam
2/3 cawan butter - saya guna 150 g butter Anchor
1 Ib brown sugar  - saya guna 320g
3 biji telor
1 sudu teh vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips - saya guna 250g chocolate chips
1 cawan pecans yang diracik - saya tak letak

Cara
- Ayak tepung gandum, garam dan baking powder dan letak ke tepi.
- Butter dan gula dipukul dalam mixer sebati.
- Masukkan telor sebiji demi sebiji.
- Masukkan esen vanilla.
- Letakkan campuran tepung tadi , kacau rata sebati.
- Akhir sekali masukkan chocolate chips dan gaul rata.
- Bakar dalam loyang 10 inci yang telah diletak baking paper yang disapu butter.Lebihkan sedikit kertas di tepi supaya senang diangkat keluar dari loyang.
- Bakar selam 25 minit pada suhu 150 darjah oven butterfly saya. Ikut oven masing masing ya.


Thursday, August 7, 2014

Oh my dear.......Prosperity

Roses prosperity ni juga antara roses terawal yang saya beli dan belai. Tapi sejak akhir akhir ni prosperity saya ni merajuk. Sudah setahun ianya tidak berbunga. Tetiba nampak sekuntum mekar. Sukanya hati tak terkata. Apalah yang dirajukkan oleh si prosperity ni. Macam macam dah saya bagi makan pun tak nak berbunga juga.


Prosperity ni dari jenis bunga bergugus. Boleh klik SINI untuk lihat ianya berbunga pada tahun 2013.



Dah 2 kali prunning ( cantas dahan ) saya buat .....so tumbuh banyak tunas dan daun baru tapi masih tak nak berbunga juga. Betul betul merajuk dia ni lah.....


At last keluarlah sekuntum kecil comel ni. Jadilah buat pencuci mata....



Ros Prosperity jenis bergugus , tiada bau so it can last longer. Warna memang putih creamy. Can click HERE to see it blooms early Jan'2013. So sweet that time. I wish it will bloom again like that.

Tuesday, August 5, 2014

Ros Jepun cantik menawan......

Selain dari roses saya ni peminat tegar ros jepun. He...he....Setelah join Kelab Peminat Ros Jepun di FB, minat saya tu makin menjadi jadi. Rupanya ada banyak spesis yang saya tak de lagi. Memang cantik cantik and rambang mata dibuatnya. Should tambahkan lagi collection...he..he..


Yang ni jenis selapis ....ton warna memang cantik.......orangy ke merah merahan.....



Keratan untuk yang ni saya beli dari Wong Lee di FB. Beliau tinggal di Port Dickson. Ada banyak spesis pada Wong Lee ni. Memang cantik. Boleh klik SINI untuk lihat lain spesis.


Jenis yang ni tak merimbun sangat. So saya kena tanam semula untuk biakkan dia.


If dah snap photo ros Jepun ni memang tak boleh nak berhenti. At the end saya yang pening nak pilih yang mana satu nak letak.


Ros Jepun ni akan kembang pukul 9 pagi ke atas.....dalam pukul 3 dah mula nak kuncup....but I love it. Saturday and Sunday je boleh tengok dia sebab hari lain bekerja.



Tengoklah tak merimbun sangat......Kena tanam semula. Satu perkara yang paling malas saya nak buat adalah tanam semula. Hayat ros Jepun ni selalu dalam 3 ke 4 bulan je.....lepas tu kena replant. Tips nak gemukkan ros Jepun ialah masa baru tanam , jirus/siram dengan air ikan seminggu sekali atau 2 kali selama 2 minggu gerenti ros jepun ni akan gebu.

Monday, August 4, 2014

Bread Butter Pudding...yummy...

Bread butter Puding sememangnya my favourite......bila dimakan dengan kastard tu hmm...hm..memang best tak terkata. Nak buat pun senang je tak susah. Rupanay entri ni dah duk dalam draft setahun lamanya...he...he....baru sekarang nak menjengah....he...he.....


This time round letak buah peach dalam tin dan strawbery as hiasan.



Bila dah masak pudding ni mengembang sikit......I think because of the egg rasanya.


Bila dituangkan kastard ......memanglah sedap tak tekata. Ditambah dengan rasa masam masam strawbery dan buah peach.


Oh my dah drooling ni nampak lelehan kastard tu....


BREAD BUTTER PUDDING
Sumber: Annaqawina, Chef Asma, Ita Rohaya Homemade Bakery

Bahan A
10 keping roti  - saya guna roti perancis yang panjang keras tu
100gbutter - terlalu banyak. guna agak agak je
100g kismis - lebih pun tak pe
buah peach dalam tin - saya letak
serbuk kulit kayu mans sedikit

Bahan B
Filling Kastard
500ml fresh milk
100g gula kastor
5biji telor gred A
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara
Sapu loyang dengan butter dan letakkan roti Perancis tadi.
Boleh sapu dengan butter juga.
Taburkan kismis dan serbuk kulit kayu manis.
Lepas tu boleh tuangkan filling Bahan B.
Letak butter pada lapisan atas dan biarkan adunan sebentar sehingga lembut.
Bakar pada suhu 150 darjah, ikut oven masing masing.

Cara buat filling
Campurkan semua bahan
Tuang ke atas roti dan biarkan ia lembut.

Vanila sos
Bahan C
500ml fresh milk
100g gula kastor
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan D
20g tepung kastard
125ml air masak

Cara
Panaskan bahan C sehingga mendidih.
Bancuhkan bahan D dan campurkan ke dalam bahan A.
Masak sehingga pekat. Jika terlalu pekat boleh tambahkan air atau fresh milk sedikit.

Hidangkan pudding dan curah dengan vanilla sos. Kalau makan begitu saje kurang sedap so vanilla sos is  a must.












Sunday, August 3, 2014

Steamed Yam kek lagi....

Saya memang sangat menggemari steamed yam kek ni. Kalau saya ke restoran Sedap Corner saya mesti beli kuih ni. Tak susah pun nak buat yam kek ni. Kebetulan ada beli keladi kat pasar tani so dapatlah seloyang kuih ni.

Kalau kita buat sendiri , bahagian atas tu kita boleh letak lebih sikit baru sedap makan. Atas tu ialah udang kering , daun sup dan cili merah. Yam kek ni sedap dimakan bersama dengan sos Thai.


 
Buat dalam loyang kecil je kali ni....

Dah terbau aroma gorengan bawang dan udang kering....



Kali ni saya letak lebih sedikit keladi. Keladi tu saya rebus kan sedikit supaya cepat masak bila dikukus.


KUIH KELADI / YAM CAKE
Source : resepicitarasawan.blogspot.com
Main    : Diana@Melly Sky blue's kitchen, Sue@Nanie Syurie.blogspot.com

Bahan A
170g tepung beras
40g tepung ubi
500 ml air
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu kecil serbuk 5 spices - tak letak
1/2 sud kecil serbuk stik ayam atau cukup rasa Maggi

Bahan B
300g keladi - dipotong dadu kecil
50g udang kering, rendam dan toskan - saya letak lebih dari ni
4 sudu besar minyak masak

Bahan hiasan
Bawang goreng - saya buat sendiri lebih sedap aromanya
1 biji cili merah cincang / hiris
Daun sup

Cara
- Satukan bahan A, gaul rata dan ketepikan.
- Goreng keladi sehingga sedikit keperangan. Angkat dan toskan.
-Menggunakan minyak yang sama , goreng udang kering yang ditumbuk sedikit sehingga perang. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan sedikit sahaja.
-Masukkan bahan A (bancuhan tepung) dan masak hingga naik wap. Tutup api dan masukkan keladi dan udang kering, gaul rata dan tuangkan dalam loyang 8". Loyang mesti dilenserkan dengan sedikit minyak.
-Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit.
-Biarkan sejuk dan taburkan dengan bahan hiasan.
-Hidangkan bersama sos cili Thai.



Thursday, July 31, 2014

Udang Besar steam je......

Hari ni dah 5 hari raya, 01/8/14 friday......sekejap je kan......dah balik buat kerja kat office ni al maklumlah closing day........mood Hari Raya samar samar ........

Jom layan udang besar steam ni.....

Lama dah teringin nak makan udang yang besar besar ni tapi tak kesampaian sebab tak jumpa. Tetiba dapat udang besar ......hubby order dengan kawan .....sukanya hati tak terkata. Saya ni memang hantu udang ....anak anak dan suami kurang sedikit.


Apalagi steam je udang ni memang manis...


Banyak juga udang ni dalam sekilo....



Sebesar tapak tangan udang ni .....memang puas makan. Isi padat.


Siap untuk dikukus.......letak halia, bawang putih, garam dan crush lada hitam.



Rasa uadng steam ni manis manis gitu.....tapi bila besar ni makan banyak ada rasa muak sikitlah kan..


Sedap tak terkata...puas makan .....besar dan padat isinya...


STEAM UDANG BESAR
Source : Sweetiesaqi

Bahan
Udang besar
halia
bawang putih
crush lada hitam
garam secukup rasa

Cara
Satukan semua bahan dan gaul rata. Panaskan kukusan dan steam udang sekejap saja supaya tak overcook.


Thursday, July 24, 2014

My Sweet Pink China doll roses.........

Today 25/7/2014, dah 27 Ramadan. Lagi 3 hari semua umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri....jalanraya sekarang sesak sebab ramai yang dah mula pulang ke kampung.  Berhati hati di jalanraya semoga perjalanan pulang ke kampung diberkati......Amin.

Ni antara roses terawal yang saya beli. Terpikat dengan warna pink yang terang serta bergugus bila berbunga. Susah juga saya nak membela roses ni. Semuanya serba tak kena dan susah nak membesar. Berkat kesabaran dan setelah memberi banyak vitamin barulah dia nak membesar dan berbunga. Memang besar cabaran saya dalam membela CD ni. Boleh klik SINI untuk lihat ianya kembang pada bulan Jun'13 selepas tidak mahu membesar.


Warna ros kali ni agak terang so compact NIKON saya agak meragam sikit. Difficult to get the right shot.


Yang best bila banyak buds or we call it kekacang yang keluar.....masa ni saya sangat teruja dan tak terkata gembiranya.

Oh my WW ros pun berkembang serentak....very nice bloom dia tu...


Hmm.....cik thrips ni tak kira comel gini pun dia nak cium tau....tu yang ada eyeliner warna coklat tu dialah....


Sweet Pink CD ni tak de bau ya.....so the roses can last for 2 weeks....tu yang seronok.

Belum lebat lagi daunnya...


Si WW menempel sikit kat belakang tu.....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...