Tuesday, July 30, 2013

My Valentine.....

Ros Valentine saya kali ni berbunga dengan sangat meriah. Pokok ni dah lama saya beli tapi tak berjaga sangat. Lepas saya bagi makan vitamin cukup-cukup......baja baja organik + rc +rf terus dia membesar bagai johan.


Warna ros ni cantik tapi sayang........camera saya susah nak snap roses yang berwarna merah.....


Hai kenapalah camera saya ni allergic dengan warna merah.....nilah hasilnya tak berapa cantik.


Tak sharp juga photo ni....

Kalau snap jauh sikit barulah cantik sikit but still saya tak puas hati dengan outcome photo ni. Valentine roses ni kena letak kat tempat panas .......memang dia suka.....


Photo di ambil pada hari dan waktu yang berbeza tu yang lain sikit warnanya. Ada pulak ros putih yang interframe kat tengah tu pulak. Kali ni baru nampak cantik sikit photo roses ni.

Monday, July 29, 2013

Purple flower...

Bunga ni sebenarnya saya tak tahu namanya. So saya just panggil bunga purple saja.


Warna purple ni memang cantik.


Pokok ni senang je nak tanam dia, dengan hanya menggunakan keratan batang saja. Cucuk kat dalam pasu dah boleh hidup.


Kalau sekali pandang daunnya macam daun selasih.


Bunga ni tak de bau ya. Cantik je warna dia.






Pokok ni boleh tinggi......yang ni saya tanam dalam pasu , ada yang saya tanam di atas tanah.


Sunday, July 28, 2013

Pucuk Roses yang layu...

Panic sekejap bila melihat pucuk-pucuk roses saya layu tak bermaya. Rupa rupanya tak cukup air. Kalau cuaca panas sangat memang kena siram 2 kali sehari.


Sedih juga tengok daun ni tak segar. Cepat cepat saya siram pokok ni. Lepas tu barulah segar semula.


Macam nak patah dah pucuk ni. Kelayuan rupanya sebab lupa nak siram pada waktu pagi. Balik kerja waktu petang terus siram. Barulah segar semula.


Bila layu nak tengok pun tak selera kan......

Wednesday, July 24, 2013

Damask kesayangan


Dah lama tak masukkan entri my roseskan.......pening banyak sangat entri Bali tu......Jom tengok my lovely Damask ni. Sesungguhnya damask ni memang kesayanganku. Pokok ni dah lebih 5 tahun dengan saya tapi masih bertahan lagi. Batangnya besar dan tegap.


Very sweet pink...

Baunya sangat wangi......bayangkan kalau mekar serentak.....




Damask ni tak tahan.....3 hari je dah berderai .......tu yang tak best about Damask.


Kudup yang diserang Cik thrips sikit.





Tak berapa banyak layer sangat.


Sekali keluar kudup sampai 10...tapi sayang, saya lupa spray H20.....so jadinya dicium Cik Thrips......Bila kudup kembang semuanya tak cantik....


Lovely Damask collage.





Tuesday, July 23, 2013

Lukisan oil painting di BALI

Fuh ni lah entri terakhir untuk Bali.....banyak tu.....mesti semua pening kan...asyik Bali je..

Kalau ke Bali, souvenior yang orang selalu beli ialah oil painting/ lukisan cat minyak. Memang banyak terjual dan harga berbeza ikut hasil seni rekaan. Walau apa pun, harganya masih lebih murah dari Malaysia. Tak perlu masuk dalam Pasar Sukawati untuk membeli lukisan boleh cari di lorong bersebelahan pasar.
Harga lukisan di sini lebih murah sikit dari di Ubud.


Bagi saya lukisan ni sangat cantik......lain orang lain citarasa.....Kombinasi warna yang sangat cantik tapi sayang ada muka orang pulak.


Ni lukisan dalam Pasar Sukawati, agak kelam sikit.....Sebenarnya dalam pasar tu gelap dan sangat panas menyebabkan kita tidak dapat menghayati sangat hasil seni tu....asyik cepat nak keluar je dari situ.

Banyak lukisan yang bermotifkan manuasi.


Ukiran kayu pun banyak kat sini.


Ni antara lukisan yang terdapat kat lorong sebelah pasar Sukawati. Memang rambang mata melihatnya. Saya sukakan lukisan yang bermotifkan bunga.


Terjumpa sebuah kedai yang pelukisnya ada di situ tapi saya tak ingat namanya. Ni lah pelukis tu. Harga lukisan ni RP200,000.00 =RM62.00. Lukisan kat kedai ni memang cantik-cantik tapi kebanyakannya bermotifkan orang dan binatang. Jangan takut susah untuk membawa pulang lukisan, pak cik ni akan meletakkan bubble plastk di atas lukisan dan digulung dengan kertas minyak lalu diikat tali.....so lukisan siap digulung boleh disandang di bahu......ini bagi kedai yang professional sikit.....kalau yang biasa mereka akan gulung dengan kertas putih begitu saja.

Nama kedai ni.


Saya memang sukakan lukisan ikan koi tapi saya tak beli pun. Nampak sangat real.  Boleh tawar menawar beli lukisan ni.

Monday, July 22, 2013

Hard Rock Bali

First nite masa sampai Bali dah jalan jalan cari makan terjumpa lah si Hard Rock ni. Ada Hard Rock Hotel dan Hard Rock Cafe.

Ramai yang nak ambik photo depan mercu tanda Hard Rock Hotel ni. Cantik purple in colour.

Jumpa ni dulu, Hard Rock Hotel Shop tapi bukan dalam hotel dia tau. Kat hotel ada satu lagi butik. Kedai ni setingkat dan besar juga. Selesa kat sini.


Ni dalam Hard Rock Hotel Shop.....T-shirt yang tersusun sangat cantik. Price standardlah kan memang mahal. T-shirt start from RM100.00 dan ke atas.


Jalan ke atas sikit jumpalah dengan Hard Rock Cafe - kat sini pun ada dijual t-shirt tapi tempat ni gelap sikit dalamnya.

Comel bear ni.



Jalan ke atas jumpalah Hard Rock Hotel Bali ni yang semalam harganya memang sangat mahal. Bergambar je lah ya. Dalam hotel ni ada butik Hard Rock juga, so semuanya ada 3 kedai Hard Rock. Swimming pool kat sini besar tapi sayang hanya untuk penginap hotel saja. Nak masuk area swimming pool ni kena tunjuk room key......he.....he....so we all tengok dari luar je...Hotel ni betul betul berdepan dengan Pantai Kuta...seberang jalan je...


Siang dan malam. Malam sampai tak sempat dah begambar kat situ. Muka penat sebab baru sampai.



Pizza Hut ni letaknya betul betul sebelah Hard Rock Hotel......apa lagi makan pizza lagi lah....Menu ni semua memang tak de kat Malaysia ya.......kalau jalan ke atas sikit jumpa Kuta Beach Walk shopping complex yang very the highclass one. Semua kedai branded kat sini.

Sunday, July 21, 2013

Makan-makan at Bale Udang/ Mang Engking, BALI

Second day kat Bali on 25/5/13 sabtu, malam tu dinner makan kat this restoran Bale Udang/ Mang Engking. Apa yang best kat sini ya? Dekorasi dan makanannyalah......Nak masuk ni kena menunngu 20 minit baru dapat meja....orang punyalah ramai...




Ni entrance nak masuk ke dalam restoran. Tiang di buat dari buluh memang cantik.


Nice decoration.


Tempat basuh tangan yang unik....rasanya air tu dari tasiklah....sejuk dan deras airnya....ada kolam ikan juga....


Tempat ni memang best....makan dalam pondok atas tasik. Ramai orang beratur nak makan dalam ni lah.


Suasana tepi tasik.


Very nice.


Ni deco kat darat.....

Barang hiasan...

Orang punyalah ramai kat restoran ni......di hati kecil saya dapat rasakan  macam lambat je service...dek kerana nak cepat order menu set je lah senang....tak payah fikir panjang ..........tup...tup....20 minit dah sampai.......boleh tahanlah cepat juga servicenya.......Menu........harga set ni RP375,000 = RM117.00++ ya. Mahal juga. Lauk simple je. Nasib baik sedap.


Antara lauknya........ikan talapia + keredok ....sedapnya....+ anak lobster kecik.....ni pun best....


Lagi.....taugeh goreng + talapia  + udang + yang wajib tauhu & tempe.......


2 jenis sambal + kerabu mangga yang sangat sedap...


First time saya makan dessert ni.......pisang goreng  disiram kaya di atasnya dan diletakkn kelapa parut.......fuh.....sedapnya....banyak betul saya makan....Restoran ni memang highly recommended.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...