Thursday, July 31, 2014

Udang Besar steam je......

Hari ni dah 5 hari raya, 01/8/14 friday......sekejap je kan......dah balik buat kerja kat office ni al maklumlah closing day........mood Hari Raya samar samar ........

Jom layan udang besar steam ni.....

Lama dah teringin nak makan udang yang besar besar ni tapi tak kesampaian sebab tak jumpa. Tetiba dapat udang besar ......hubby order dengan kawan .....sukanya hati tak terkata. Saya ni memang hantu udang ....anak anak dan suami kurang sedikit.


Apalagi steam je udang ni memang manis...


Banyak juga udang ni dalam sekilo....



Sebesar tapak tangan udang ni .....memang puas makan. Isi padat.


Siap untuk dikukus.......letak halia, bawang putih, garam dan crush lada hitam.



Rasa uadng steam ni manis manis gitu.....tapi bila besar ni makan banyak ada rasa muak sikitlah kan..


Sedap tak terkata...puas makan .....besar dan padat isinya...


STEAM UDANG BESAR
Source : Sweetiesaqi

Bahan
Udang besar
halia
bawang putih
crush lada hitam
garam secukup rasa

Cara
Satukan semua bahan dan gaul rata. Panaskan kukusan dan steam udang sekejap saja supaya tak overcook.


Thursday, July 24, 2014

My Sweet Pink China doll roses.........

Today 25/7/2014, dah 27 Ramadan. Lagi 3 hari semua umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri....jalanraya sekarang sesak sebab ramai yang dah mula pulang ke kampung.  Berhati hati di jalanraya semoga perjalanan pulang ke kampung diberkati......Amin.

Ni antara roses terawal yang saya beli. Terpikat dengan warna pink yang terang serta bergugus bila berbunga. Susah juga saya nak membela roses ni. Semuanya serba tak kena dan susah nak membesar. Berkat kesabaran dan setelah memberi banyak vitamin barulah dia nak membesar dan berbunga. Memang besar cabaran saya dalam membela CD ni. Boleh klik SINI untuk lihat ianya kembang pada bulan Jun'13 selepas tidak mahu membesar.


Warna ros kali ni agak terang so compact NIKON saya agak meragam sikit. Difficult to get the right shot.


Yang best bila banyak buds or we call it kekacang yang keluar.....masa ni saya sangat teruja dan tak terkata gembiranya.

Oh my WW ros pun berkembang serentak....very nice bloom dia tu...


Hmm.....cik thrips ni tak kira comel gini pun dia nak cium tau....tu yang ada eyeliner warna coklat tu dialah....


Sweet Pink CD ni tak de bau ya.....so the roses can last for 2 weeks....tu yang seronok.

Belum lebat lagi daunnya...


Si WW menempel sikit kat belakang tu.....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Wednesday, July 23, 2014

Last Masterpiece of Abah.....

Tahun ni genap 7 tahun pemergian aruah abah. Masa tu tinggal beberapa hari je nak merayakan Hari Raya Aidilfitri ......maka Aidilfitri tahun tu disambut sayu.....biasa kita peluk cium minta ampun dan maaf dari dua orang tapi pagi tu hanya emak saja yang ada......seminggu sebelum raya saya sempat balik ke kampung untuk berbuka puasa bersama Abah. Bila hati terdetik untuk balik kampung maka haruslah kita balik sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi akan datang. Sekurang kurangnya kita tidaklah rasa ralat....Seminggu sebelum tu saya sempat berbuka puasa dengan Abah.....itulah kali terakhir kami makan bersama...


Abah merupakan seorang Cikgu lukisan dan Bahasa Malaysia. Mengajar di sekolah perempuan saja cuma di akhir akhir nak pencen ditukarkan ke sekolah lelaki. Ini adalah lukisan oil painting peninggalan Abah. Teringat kata kata Abah.....abah tak de apa nak bagi anak anak hanya pelajaran saja yang abah mampu bagi yang lain tu pandai pandailah. Banyak lukisan oil painting dan water color yang dihasilkan oleh Abah dijual dan ada juga yang diberi kepada kawan kawan.


Sketch drawing Abah yang saya jumpa dalam almari di kampung. Sketch jam besar yang dibuat pada tahun 2001. Abah gemar berjalan ke bandar dan duduk setempat sambil membuat sketch di buku drawingnya. Selepas dapat 2  ke 3 lakaran , Abah akan pulang ke rumah.


Abah memang sangat gemar melukis.....terutama pemandangan. Potret adalah juga tapi tak banyak...itu pun upon request saja. Pada waktu lapang Abah akan transfer lakaran/sketch dari buku drawing ke kanvas....bermain dengan oil painting atau water color.....



Antara kami 5 beradik tidak ada seorang pun yang mengikuti jejak langkah beliau yang pandai melukis. Saya tak pandai melukis tapi saya boleh bermain dengan warna dan membentuk satu lukisan yang cantik. Zaman tu lama dah saya tinggalkan zaman sekolah kan.....Kini masih ada niat di hati saya untuk bermain dengan water colour tapi belum berkesempatan lagi...... Selalu kalau saya ada peperiksaan Lukisan , Abah lah tempat saya rujuk......tapi abah memang tak pernah ajar  atau bagi tution bagi memastikan kami adik beradik pandai melukis. Semuanya kena datang dari hati.....mesti ada minat.



Sketch/lakaran Melaka river.....



Nama yang kekal  terpahat di kanvas ini......




Another painting yang ada di rumah adik saya. Ada lagi a few tapi di rumah lama. Kalau berkesempatan saya akan cuba cari. Bila Abah dah tak de...barulah sekarang kita nak mencari dan menghargai....dulu tak terfikir nak keep track semua lukisan Abah......zaman dulu masa saya bersekolah tak punya camera untuk rakam memori...bila ada Abah pulak dah tak aktif melukis atas faktor kesihatan.....matanya yang kurang nampak......Al - Fatihah untuk Abah semoga beliau tenang di sana.....Amin.

Tuesday, July 22, 2014

Salty Pretzel Cookies......crunchy..

Hari ni 23/7/14, dah 25 Ramadan......lagi 5 hari kita akan berhari raya. Semua persiapan dan siap ke......bagi saya ala kadar je lah......tak beria sangat nak raya ni. Biasa biasa saja. Yang tak bestnya tahun ni beraya di kampung sekejap saja, 30/7/14 dah kena balik sebab esoknya kerja. Nak buat cam mana awal bulan......nak kena mengadap closing accounts......potong steam tul kan......kalau tak......sure best cuti seminggu.


Salty Pretzel Cookies ni saya dapat resepi dari Kak Rima, Bisousatoi..........terpandangkan photo nan satu tu dan bila baca resepi cam senang je nak buat .....tu yang resepi ni jadi pilihan.....Thanks Kak Rima for sharing the resepi......Tahun ni adalah tahun membuat drop cookies......sebab senang tak yah susah nak terap bagai.....dropkan je kat loyang and terus bakar.....


Mula mula nak buat ni my main problem mana nak cari pretzels ni......... at last jumpa jugak kat Bakewell.  Mahal juga harganya RM15.90 for 255 g. Beli satu je tapi nak buat 2 adunan.....tak pelah buat je...apa rasa pretzels ni ya. Tak de rasa cuma di luar tu masin sikit.....



Ni lah yang dikatakan drop cookies......cekup dan drop je.....so tak de bentuk tertentu ya...


This year saya tukar sikit....kalau sebelum ni guna buttercup....this time round guna SCS butter....mahal sikit but the aroma memang sedap. Satu rumah bau butter....


 
Bila dah masak.....hmm....biskut ni very crunchy and crispy......sedap gitu...lepas tu ada rasa masin pretzels tu....


Ngap ngap dah tinggal setengah pulak biskut ni .....tu dia raya lom lagi.....



A must try cookies.....memang sedap, simple dan senang......will defintely repeat this for next year.


SALTY PRETZEL COOKIES
Source :Bisousatoi
by Carey Jones n Robyn Lenzi

Bahan
125 g tepung gandum
2 sudu besar malted milk powder - boleh guna horlicks
1/2 sudu kecil bikarbonat soda
1/2 sudu kecil garam - saya tak letak
185 g mini pretzels
170 g gula kastor
130 g dark brown sugar - saya guna yang biasa saja
1 biji telor medium saiz
170 g chocolate chips

Cara
- Panaskan oven 180 darjah - saya guna 120 darjah. Ikut oven masing masing ya.
- Satukan tepung, malted milk powder atau horlicks, garam dan bikarbonat soda - gaul rata.
- Mesin kering 85 g pretzels sehingga menjadi serbuk dan tambah ke dalam mangkuk tepung tadi. Kacau rata.
- Racik 100 g pretzels tadi pada kepingan yang kecil kecil.
- Dalam stand mixer, pukul butter , gula kastor dan brown sugar pada kelajuan medium. Masukkan telor dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga semua bersatu. Masukkan tepung tadi dan kaup balik dengan spatula atau senduk kayu. Letakkan chocolate chips dan pretzels yang telah diracik tadi. Kaup balik adunan. Adunan mestilah lembut dan tidak keras. 
-Ambil sedikit dan letakkan dalam loyang. Sedikit saja ya sebab adunan ni akan mengembang. Bakar selama 20 minit sehingga biskut masak.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Monday, July 21, 2014

Red Velvet Choc Chip Cookies .......sedap...

Hari ni 22/7/14, dah 24 Ramadan kita berpuasa....pejam celik sekejap je kita dah nak raya kan. Lagi 6 hari je. Masa ni sangat sesuai untui membuat biskut raya......sebab mood raya dah ada kan.....masa ni banyak lagu raya dah dimainkan.....kita sibuk nak mengemas rumah so bila bakar biskut raya tu the aroma ....hmm....wangi satu rumah.....bau butter.....Tahun ni buat tak banyak biskut ...5 jenis je..he...he...merempit buat hari Sabtu dan Ahad....


Red Velvet Choc Chip cookies ni first time saya buat....resepi dari Azlita masam manis. Resepi ni adalah dari Koleksi 20 resepi pilihan sempena kempen seceria air tangan ibu. Di you tube Azlita dengan Planta ada membuat rakaman video cara membuat beberapa jenis biskut. Anda boleh lihat di situ. Congrats tu Azlita one step further up.


Masa mula mula nak buat biskut ni ada sikit cuak,.....sedap ke.....mengenangkan warnanya yang merah tu...merah sangatlah mak ngah.....saya kurangkan sedikit koko sebab tu tak berapa coklat sangat biskut ni......


Biskut ni senang nak buat.....jenis drop cookies......cekup sikit dan letak je atas loyang....very easy.


Lepas dah siap......I think I like this cookies.....memang sedap.....abaikan warnanya ya....soft  and crunchy...hah...cam mana tu ya.....kenalah rasa sendiri baru tau...tang mana yang soft tu...


Almond cincang mestilah dibakar terlebih dahulu barulah crunchy rasa almond tu.


Adunan di bawah ni sedikit saja so kita kena gandakan kepada dua resepi......rasanya tak cukup lah....next year kena gandakan 4 resepi ni....


RED VELVET CHOC CIPS COOKIES
Source : Azlita Masam Manis
Oleh : Planta
Rujukan : Koleksi 20 Resepi Planta
Bahan 
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips
Cara
Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh). Ikut kepanasan oven masing masing ya.
Bakar selama 20 minit.
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.................

Sunday, July 20, 2014

Masak Lemak Telor Itik dengan belimbing buloh

Masak lemak memang kegemaran saya. Dalam usia begini lemak lemak ni harus dikurangkan tapi tak boleh nak dikurangkan. Kalau makan nasi kalau tak meladong kuah memang tak sah.


Kali ni masak lemak telor itik. Telor itik ni saya beli kat pasar besar Melaka.



Kejadian telor itik kali ni sangat menjadi he...he....Selepas telor dipecahkan ke dalam kuah , api mesti dikecilkan supaya telor itik tu tak bersepah.



Telor kuning tu memang sedap.....letak belimbing buluh dan hirisan daun limau purut.

MASAK LEMAK TELOR ITIK
Source : Sweetiesaqi

Bahan
15 biji cili padi kampung yang ditumbuk - nak pedas boleh tambah
2 biji bawang merah kecil - kalau tak letak pun tak pa
2 biji telor itik
5 - 10 biji belimbing buluh
1 batang serai
santan pekat
air secukupnya
1 inci kunyit hidup 
1 keping asam keping
Daun limau purut
Garam secukupnya

Cara

1-Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama bawang + serai yang ditiik + asam keping + santan pekat + air. Lihat kepekatannya.
2-Didihkan santan dengan cara "timbuk" atau mesti dikacau selalu supaya tidak pecah santan. Kalau tidak kuahnya memang tidak cantik.
3-Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan telor sebiji dulu tunggu hingga keras sedikit baru masukkan telor yang lain.
4-Letak belimbing buluh yang telah dibelah 2.
5-Masukkan garam secukupnya + daun limau purut.
6-Siap untuk dihidang dan boleh letak hirisan daun limau purut.






Wednesday, July 16, 2014

Restoran Al Hanin, Lrkin Idaman, Johor....

Biasalah ni entri lama dalam draft, restoran nasi arab yang dikunjungi pada bulan Mar'14. Kali ni cuba nasi Arab di Restoran Al-Hanin, Larkin Idaman, Johor. Berdekatan,  Stadium Larkin yang sebelahnya biasa diadakan pasar tani setipa hari sabtu.


Nasi Arab di sini simple saja. Saya prefer Nasi Arab di Restoran Al-Jabali , boleh klik SINI.


 
Sos dan salsa timun.

Teh Arab as usual......senang satu teapot. Banyak daun pudina dalam ni. Minum panas sedap.


Gaul jangan tak gaul. Makan dalam dulang beramai ramai.

Suasana dalam kedai. Yang nak bersila boleh duduk di sini.

Bahagian lain.

Restoran AL-Hanin, Larkin Idaman.

Tuesday, July 15, 2014

Neapolitan Marble kek.....

Lama tak keluarkan entri kek.....sibuk sikit bulan puasa ni. Tak punya banyak waktu untuk update blog di bulan puasa. Bab yang paling pening ialah nak memilih photo....pening dibuatnya coz I have thousand of photos. Kali ni saya buat Neapolitan Marble kek dari blog Bisousatoi. Thanks for sharing Kak Rima. Melihatkan tekstur kek Kak Rima membuatkan saya teruja nak mencuba. Jadilah jugak walau tak secantik Kak Rima punya.He...he...


Oh...love this kek.....this time round I use SCS butter.....memang sedap rasa kek ni...

Dari pandangan atas....tak smooth sangat but OK lah kan...


 
Dari pandangan tepi......pun tak rata sangat....


 
Tu dia...3 tone colour...he...he...boleh lah...


Rasa kek ni memang sedap very buttery coz of SCS butter......suddenly felt in love with SCS but the price is so expensive lah....



Proses pembuatan...this time round saya guna vanilla stick yang dibeli di Bali bagi menggantikan vanilla essence.


Very soft teksture....


NEAPOLITAN MARBLE KEK
Source : Bisousatoi
Main    : Lynara Cakes & Red online
Resepi fr: Boutique Baking by Peggy Porschem (Quadrille)

Bahan
250g butter
250g kastor sugar
sedikit garam
1 stick vanilla pod atau 1 sudu esen vanilla
5 biji telor size medium
250 g tepung naik sendiri
25g serbuk koko
25ml susu segar
pewarna kuning
ising sugar - untuk dusting
tepung gandum - untuk dusting

Sugar syrup - saya tak buat ni
150ml air
150g kastor sugar

30cm (12inch) kugellhupf / bundt cake tin - saya guna cake tin seperti dalam photo di atas

Cara
1-Panaskan oven ikut suhu oven masing masing. (175 darjah). Griskan loyang dengan butter dan taburkan sedikit tepung gandum.
2-Masukkan butter , kastor sugar, garam  dan vanilla seeds ke dalam mixing bowl pukul hingga kembang dan pucat.
3-Dalam mangkuk lain pukul telor perlahan dan masukkan ke dalam adunan tadi sambil di kacau dengan whisk laju. Kalau adunan tadi mula terasing masukkan sedikit tepung gandum dan pukul adunan supaya bersatu semula.
4-Masukkan tepung dan kaup balik sehingga semua sebati.
5-Asingkan adunan kepada 3 mangkuk. Letak pewarna pink pada satu mangkuk, koko + susu ke dalam mangkuk kedua dan biarkan plain pada mangkuk ke 3.
6-Tuangkan adunan warna pink ke dalam loyang diikuti dengan warna coklat dan plain.
7-Untuk jadikan bentuk marble beralun , gunakan garfu atau stick dan diswirlkan ke dalam adunan tepung.
8-Masak kek selama satu jam bergantung kepada oven anda.
9-Untuk memastikan kek telah masak, boleh cucuk dengan lidi. Jika ditarik lidi tu tak melekat maknanya dan masaklah kek tu.
10-Sementara menunggu kek masak bolehlah dibuat air sirap tapi saya tak buat yang ni. Masukkan air dan gula ke dalam kuali dan masak hingga mendidih. Masak hingga gula kristal hilang dan sejukkan.
11-Selepas kek masak dan dibiar sejuk selama 10 minit, boleh sapukan air sirap tadi ke atas permukaan kek dengan menggunakan brush. Sapu semasa kek masih suam supaya kek boleh menyerap sirap tadi dengan cepat.
12- Selepas tu boleh keluarkan kek dari loyang dan sejukkan sepenuhnya. Siap untuk dipotong.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...