Sunday, January 11, 2015

Sambal Hitam Pahang......dapnya....

 Sambal hitam ni famous di Pahang. Masa tu nampak ramai yang posting kat FB so tertanya tanya jugalah sedap ke sambal ni. Kebetulan pulak dapat banyak belimbing buluh so apa lagi try lah buat sambal ni.
 
 
Nilah hasilnya....makan dengan nasi panas memang sedap.....
 
 

Bahan yang diperlukan ....simple dan tak banyak..
 
 

Watak utama yang mesti ada....kalau tak de ni lupakan ajelah ya...

 
 
Belimbing kecil ni dimasak tanpa air sehingga kering. Masa ni memang mengguji kesabaran sebab memang sangat lama nak keringkan belimbing ni. Seeloknya guna periuk yang lama yang tidak mahu digunakan sebabnya periuk tu nanti akan jadi berkerak kehitaman. Nasib saya boleh cuci periuk saya...puas juga menyental. Belimbing buluh ni mempunyai tahap asid yang sangat tinggi yang menyebabkan periuk mejadi kusam seperti warna hitam.
 

Nilah hasilnya setelah belimbing di masak tanpa air. Sikit tu je dapat....he...he...
 



Lepas tu tumbuk semua bahan di atas ......ikan bilis + bawang merah + bawang putih + cilipadi....
Tumis bahan tumbuk ni dan masukkan belimbing yang telah dikeringkan air tadi.
 


Sambal hitam ni memang sedap dimakan dengan nasi panas.
 
 

Kalau tak habis...masuk tupperware kecil dan simpan dalam fridge. Boleh tahan lama juga. Kalau saya malas masak saya akan makan sambal hitam ni je dengan nasi panas memang sedap tak terkata...
 
 
SAMBAL HITAM PAHANG
Source : MaDiHaa 
  
 Bahan
1/2 cawan belimbing buluh direbus tanpa air
1/2 cawan cili padi ikut kepedasan masing masing
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
6 ulas bawang merah ( 3 ulas ditumbuk , 3 ulas dihiris nipis )
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa - saya guna sos tiram
garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Cara
Tumbuk bawang + ikan bilis + cili padi sehingga hancur. Tak perlu terlalu lumat.
Tumbuk asing belimbing buluh yang telah direbus tanpa air tadi separa lumat.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang telah dihirs tadi dan boleh masukkan kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi.
Goreng sehingga garing dan tambahkan sos tiram , garam dan gula secukup rasa.
Kaup balik rata sehingga betul betul garing tapi saya buat tak berapa garing sangat sebab malas nak tunggu. Tu yang agak basah sikit sambalnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

2 comments:

  1. Rasa terliur pula. Makan pula dengan ikan kering atau pekasam...mesti sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he....lagi lah sedap kak Normala...ditambah pembuka selera...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...