Sunday, August 26, 2012

Peach & Yellow Roses...berbunga

Diam tak diam dah 9 hari Syawal berlalu. " Selamat Hari Raya" He....he..... Memang pantas masa berlalu. Seminggu cuti rasa memang tak cukup. Raya tahun ni giliran hubby di Seremban, raya ke 3 berjalan ke Cameron Highlands singgah KL pada hari Khamis dan Jumaat baru sampai  Melaka, my mom house. Ahad dah balik Pasir Gudang, memang very limited time sempat singgah rumah sedara terdekat je. Ramai kawan-kawan yang dah pulang ke KL so tak dapat beraya with them.

Entri untuk ros ni dah lama dalam draft tak keluar keluar lagi, baru  sempat nak post. Pokok ros ni sebenarnya dah nak mati, daun semua togel. Lepas sembur dengan ros care tiba-tiba berbunga cantik pula. 2 pokok ros ditanam dalam satu pasu plastik kecil . Tak sangka pulak berbunga. Satu warna peach dan satu lagi warna kuning.

Cantik ros ni. Nasib tak buang.


Ros kuning ni pula dah terkena thrips. Yang warna coklat kat tepi roses tu lah dipanggil thrips.



Kudup kuning teruk kena serang thrips tapi masih boleh berkembang lagi. Peach roses tu is opening.



Memang cantik.


Very the lovely. Selepas disiram air.



Hah! Nilah pokok yang macam nak mati tu tapi mengeluarkan bunga yang sangat cantik. Melihatkan pada batang rantingnya masih boleh hidup lagi.



Lovely collage. Proses pengembangan kuntuman ros kuning  dan peach.

2 comments:

  1. macam mana pnyiraman dbuat bila balik kg lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rubiah, kalau balik kampung lama , saya mintak tolong jiran atau harapkan hujan saja. Ada teknik untuk siram pokok bila kita tiada di rumah, boleh ke blog tanah rendah sekebun mawar(belah kanan bahagian bawah blog saya ada...just klik kat situ).

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...