Monday, March 31, 2014

Shopping di Singapore....

Jalan jalan kat Singapore ni pada bulan Dec'13. Nama je duk Johor dekat kan nak ke Singapore tapi bila memikirkan currency exchange dan traffic jam di kastam terus terbantut. Boleh dikira lah berapa kali je masuk Singapore ni. Kali ni jalan jalan sebab bawak my mom so memang kena pergi lah kan. My sister pun baru 1st time ke sini so kira rombongan Cik Kiah jugaklah.


First stop we all ke Arab Street, hai berapa kali pusing baru jumpa parking ....tu pun jauh jugak nak jalan. Kesian betul my mom kena jalan jauh but her spririt very strong. Kat Arab Street ni banyak kedai kain rupanya. Masuklah kedai Queen's Fabrics dan terpegun melihat kain kain lace yang sangat cantik.Sudah tentu Bandung lebih murah kalau sesiapa nak membeli kain lace. Di kedai ni harganya kalau diconvert lebih kurang kat Malaysia je cuma certain design belum ada. Kain yang dalam photo atas tu namanya Prada Lace.....memang cantik. Harga pun boleh tahan.


Yang ni kain cotton sulam timbul...memang cantik. Rambang mata tengok corak dan warna yang berbagai jenis.


Prada lace yang warna oren tu katanya dari Indon dan yang coklat bawah tu dari Korea kalau tak silap. Kualiti dan harga berbeza. Yang coklat tu memang cantik. Ragu ragu jugak nak buat baju dari prada lace ni sebab kita ni jenis berisi sikit.....so lupakanlah hajat tu. Kalau orang yang kurus tak de masalah pakai apa pun cantik. Bila Prada lace ni dah jadi baju not bad jugak .....cantik but not for me lah.



Ni depan kedai. Sales girl kat sini peramah tapi tak ingat nama kakak tu. Taukeh kedai ni ada 7 kedai kain kat Arab Street ni dan dia juga ada kedai money changer. So kalau tak cukup nak bayar dengan SGD dollar kedai ni boleh terima RM. Masa tu depa bagi exchange rate SGD1 = RM2.50.



Lepas dah shopping....tapi tak masuk semua kedai sebab dah dapat apa yang dicari. Next is lunch kat Restoran Zam Zam. Ramai orang makan kat sini. Full house. Restoran ni siap menyediakan drive thru lagi. To me nasi beriani dia biasa biasa je.


Ni yang menjadi kesukaan ramai but not me. The mertabak tu kering sangat.



Masjid Sultan di Singapura yang dibina pada tahun 1826. Merupakan sebuah masjid tertua dan terbesar yang mana boleh memuatkan 5000 orang.


Jalan jalan kat The Merlion, Singapore. Masa ni hujan mula turun rintik rintik tapi ramai pelancong kat sini.


Jalan jalan sekitar Singapore. Area  The Merlion dan Marina Bay shopping kompleks.


Sunday, March 30, 2014

Avocado dari Bandung...jauh tu...

Alamak entry ni dah terperap punyalah lama tak perasan. Saya ni memang penggemar buah Avocado....pergi ke mana pasti cari Avocado.

Kali ni beli avocado ni masa ke Bandung pada bulan Dec'13 yang lalu. Beli kat tepi jalan semasa balik dari  Tangkuban Prahu. Murah harga kat situ. Sekilo dalam RM7.50 saja. Ada lah dalam 5 biji. Yang kelakar tu saya beli sekilo dan bawa balik ke Johor. Beg dah lah tak muat tapi saya muat muatkan jugak.....takkan nak tinggal pulak kan...


 
Favourite saya.....lenyek lenyek kan je avocado tu dan letak susu pekat sikit baru sedap. Buah avocado ni rasa dia tawar tapi lemak lemak sikit.



Hmm..... i can eat this.......sedapnya...



Lagi satu saya suka buat jus yang dicampurkan dengan sedikit fresh milk. Hmm...memang sedap tul... Lupa plak nak letak coklat hersheys....



Ni rupanya Avocado dari Bandung. Lebih kurang sama dengan avocado yang saya beli di  Cameron Highlands.Boleh klik kat SINI.  Kulit licin sedikit. Kalau yang kat supermarket kita sebiji je dah RM5.00, Lepas tu kulitnya menggerutu sedikit.

Tuesday, March 25, 2014

Cik CM atau Sakura....

Yang ni jenis roses juga cuma dia tak berlapis sangat. Namanya CM atau Sakura. Saya suka sangat dengan Cik CM ni sebab dia rajin berbunga.


Berbunga mesti jenis bergugus. 



Tapi jenis ni tak de bau.



Bulu hidung yang warna kuning tu tak boleh tahan tengok.


Seronok kalau tengok daun hijau segar....


Time ni memang cantik bila semua bloom.


 
Alamak dah macam hutan pulak depan rumah saya ni.....banyak daun menghijau......segar mata memandang....Si CM ni terselit di tengah tengah ni.....


Monday, March 24, 2014

Ikan Kerapu Steam yang simple.....

Ikan kerapu  ni lama dah beli tapi tak tau bila lah nak masak......duk terperap dalam fridge je......so decide nak masak stim je lah .....senangkan. Ikan kerapu ni isi dia keras sikit dari siakap. Saya lebih sukakan siakap.

Letak cendawan hitam yang dipanggil fungus tu......rupanya the kids and hubby pun sukakan fungus ni...


Terlebih letak fungus tu tapi tak pe sebab ramai penggemar...


Lauk tambah ........Ikan masin terubuk + telor masin ikan terubuk....wa lah penambah selera....


Ditambah pulak dengan sambal belacan tempoyak bersama sama ikan bilis goreng dan ulam ulaman = daun pucuk gajus + daun tenggek burung. Bertambah tambahlah nasi tambah. Kalau makan ulam ulaman ni boleh awet muda katanya. He...he..he..


IKAN KERAPU STEAM
Source :Sweetiesaqi

Ikan kerapu / siakap
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang serai
1/2 amgkuk air
sedikit cendawan hitam/ fungus
1 sudu besar lemon
garam dan gula secukup rasa
daun bawang untuk hiasan

Cara
-Stim ikan kerapu tadi dalam kukusan.
-Masukkan air, bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Masak ala ala rebus gitu.
-Mendidih masukkan fungus , lemon, garam dan gula secukup rasa.
-Keluarkan ikan dari kukusan dan curahkan kuah tadi ke atas ikan. Bolehlah hias dengan daun bawang

Sunday, March 23, 2014

Simplysiti.....

Semasa window shopping kat Jusco Bukit Indah , Johor ternampak kaunter Simplysiti. Kebetulan ada cream yang dah habis so saya pun membelek belek di situ. Biasanya produk Simplysiti boeh didapati di Watson saja tapi kali ni dah ada di Jusco. 


Dapat free gift kalau beli lebih dar RM100.00. Tudung shawl warna purple dan beg pink yang comel.


 
Produk yang digunaka serum dan night cream saja ya.


Cantik packaging.



Belek punya belek....wah tak sangka kat tudung tu ada signature Siti Nurhaliza rupanya. Tudung ni jenis shawl.....senang juga nak pakai. Tengok kat youtube cara Siti Nurhaliza pakai tudung.....menarik jugak...La ni Siti bergabung bersama Ariani mengeluarkan tudung shawl tapi harganya yang ampun teramat mahal ....sehelai RM260.00 pengsan jap........tak beli lah den......too expensive lah....

Thursday, March 20, 2014

My WE roses.....sweet sesangat...

Ros WE .....memang tersangat liar kalau diterjemahkan tapi sebenar benarnya nama je dahsyat tapi roses ni sopan je. Masih lagi spesis Pak Dol. Antara yang lama bertahan dengan saya.



 
Bila baru nak bloom..........di tengah agak pekat sedikit warnanya.


 

Bila WE roses ni mula bloom saya akan snap photonya untuk mengikuti perkembangan si roses ni.


 
Pastel colour , memang sangat sweet dia ni. Bau pun harum sedikit.


 
So lovely tak dapat nak digambarkan.



Tertunduk malu pulak.


Wah...so amazing bila tengok sekali keluar bloom 3 kuntum. Sangat suka hati.



Sampai menyapu lantai .Berat sangat sampai tak boleh nak tegak. Dalam pemerhatian saya kalau kita nak dapatkan bunga yang cantik , daunnya mestilah segar dan sihat. Bak kata pepatah seorang rosarian , you must get a healthy leaves than only you can get a beautifull and lovely roses. That is so true sebab saya pernah experience , once my daun sangat segar dan banyak roses yang keluar.



 
They are so lovely.

Wednesday, March 19, 2014

Red Velvet Brownies

Tak sangka pulak red velvet kek ni boleh dibuat ala ala Brownies gitu. Ni semua hasil belekan di blog AzieKitchen yang telah membuatkan saya ingin mencuba. Thanks to Kak Zie for sharing the resepi. Bahannya sama macam buat red velvet kek cuma dibakar dalam loyang  10x10 inci. Lagi senang buat begini tapi rasa moist kek tu lain sikitlah kan.


Kali ni guna corn oil, so moist sikitlah.



Berjaya jugak buat design ni. Cuma picitan warna merah tu agak kasar sikit.

Makan satu habis nak satu lagi....

Will bake this again.....sebab senang sekali bakar cream cheese tu. Kalau buat sebiji kek leceh nak tunggu kek sejuk baru boleh sapu topping cream cheese kat atas tu.


Still moist ......berlubang lah pulak....he...he...


RED VELVET BROWNIES
Source:AzieKitchen

Bahan
2  1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam - tak letak
2 sudu besar serbuk koko
1 1/3 vegetable oil atau 113 butter dicairkan
1 cawan buttermilk - suhu bilik ( boleh buat sendiri = 1 sdb jus lemon + 1 cwn susu segar)
1 sudu besar red food colouring
1 sudu kecil vanilla extact
2 biji telor gred A - Suhu bilik ( boleh guna size B)
1 1/4 cawan gula kaster
1 sudu kecil distilled vinegar/ cuka masakan
1 sudu kecil baking soda

Cara
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan tepung gandum, serbuk koko dan garam sebelum diayak. Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanilla.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan 1/2 dari tepung diikuti dengan buttermilk dan akhir sekali kesemua baki tepung.
Dalam satu  mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inci yang telah diletakkan baking paper. Ketepikan lebih kurang 1-2 sudu besar adunan kek untuk dibuat corak atas lapisan cheese nanti.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50 minit sehingga 1 jam atau sehingga kek masak. Saya bakar pada kadar 20 minit saja pada suhu 150C. Bergantung pada suhu oven masing masing ya.
Sementara kek dibakar , boleh sediakan adunan cheese.
Setelah kek masak, boleh ditekan tekankan sedikit kek jika ianya agak meninggi. Kemudian tuangkan adunan cheese dengan tak perlu disejukkan. Ratakan lapisan cheese.
Isikan adunan kek yang diasingkan tadi ke dalam piping bag dan paipkan secara melintang sehingga habis. Kemudian lorekkan secara ulang alik menggunakan lidi bersih atau corak mengikuti kreativiti masing masing.
Sambung bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Biarkan betul betul sejuk dan masukkan dalam peti sejuk. Akhir sekali dipotong dengan pisau yang dicelup air panas dan lap sebelum digunakan.

Lapisan Cheese
Bahan
350g cream cheese
1 cawan gula aising
1 biji telor gred A( gred B pun boleh)
1 sudu besar jus lemon

Cara

Dengan menggunakan electric mixer, putar cream cheese hingga berkrim. Masukkan gula icing dan pukul sebati. Kemudian masukkan telor dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan jus lemon dan putar lagi. Tuangkan atas brownies yang telah masak tadi dan ratakan.



 

Tuesday, March 18, 2014

Nasi Arab Mandy.....wah betul ke......

Nasi Arab Mandy.......musykil tak saya yang masak.....cam tak percaya kan. Saya pun tak percaya. Selalunya duk makan nasi arab kat restoran je. Rata jugalah saya try merasa nasi arab ni ...yang paling best restoran Damsyik kat Seremban. Hasil godekan dari blog AzieKitchen, terjumpalah resepi nasi arab mandy ni.....banyak kali juga Kak Azie ni masak nasi arab. Saya pun telek punya telek setiap satu entri lalu hati pun terpautlah untuk mencuba. Thanks to Kak Azie for sharing the resepi and tips.


Nasi Arab Mandy saya ni terlebih kuning pulak ......sekali pandang macam pulut kuning kan......adoi hai.....tapi tak pe yang paling penting rasa dan baunya. Hubby balik for lunch sambil bukak gate terhidu bau yang sangat sedap katanya .....apalah yang dimasak agaknya......he.....he.....he....



Tak susah sebenarnya nak buat. First mesti nak rebus ayam bersama dengan rempah ratus. Air rebusan tu nanti yang dibuat masak nasi.


Nak cantik nasinya , belilah beras FAIZA Konhinoor.....berasnya panjang panjamg......syarat untuk kekal beras tu cantik panjang jangan kacau selalu nasi tu.....kalau tidak patahlah nasi tu.


Ni secret resepi yang membuatkan nasi arab tu berbau sedap sampai ke luar gate. Arang ni kena bakar kemudian masukkan dalam aluminium foil dan disiram minyak masak......serta merta asap akan keluar....cepat cepat masukkan aluminium foil tu ke dalam periuk nasi seperti di bawah. To me this is amust item to put in. Kalau tak..... tak delah bau yang sedap tu.


Apabila nasi dah masak sedikit boleh masukkan ayam yang direbus tadi disusun sekeliling dan letakkan aluminium foil yang ada arang di tengah tengah seperti dalm photo di atas dan tutupkan periuk nasi. Lepas seketika cuba bukak tutup periuk....wa lah baunya sangat sedap......tak percaya....cuba buat...he.....he....



Yang ni sosnya.....resepi buatan sendiri sebab goggle tak jumpa resepi.....ingat rasa masa makan kat restoran arab dan aplikasi kan .....ha.....ha....outcome not bad jugaklah....


Ni first trial so nasi tu memang patah sebab saya dok kaup balik nasi tu.........its too yellow.......sepatutnya coklat sikit warna dia.....but the taste is OK.


NASI ARAB MANDY
Source : AzieKitchen

Bahan A
4 cawan beras basmathi
1/2 cawan minyak zaitun
2 labu bawang besar- didadu
5 ulas bawang putih - mayang
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelag
5 tangkai bunga cengkih
1 helai daun bay
3 helai daun pandan - tak letak
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara

Bahan B
1 elor ayam dipotong 8
1/2 cm halia
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 helai daun salam
1 sudu makan minyak masak
1 liter air (agak agak ayam tengggelam)
garam dan gula secukup rasa

CARA

Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan.
Lumurkan ayam dengan minyak. Air rebusan digunakan untuk memasak nasi.
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau wangi.
Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker.
Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang di tengah tengah nasi. Letakkan aluminium foil di tengah nasi. Masukkan miyak danarang yang telah menjadi bara ke dalam
aluminium foil tadi. Tutup periouk nasi dnegan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengn periuk nasi supaya aroma asap terperangkap dalam periuk.
Masak nasi sehingga 5 - 10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.


SOS

Bahan
2 biji tomato 
4 biji cili padi
sedikit daun pudina
1 sudu besar perahan lemon /limau
sedikit garam dan gula
Masukkan kesemuanya dalam blender dan blend hancur. Siap untuk dihidangkan.





Monday, March 17, 2014

Mee Rebus Hj Wahid......

Asal hari minggu je kalau tak tau mana nak makan sure pi pekena mee rebus di kedai Haji Wahid di Taman Rinting, Johor. Banyak mee rebus yang saya dah cuba .....so far ni yang the best lah. Kat kedai ni memang ada dijual bermacam-macam hidangan. Mee Rebus Hj Wahid ni macm branding jugak.....kat mana mana area shopping kompleks, kebayan tempat makan awam atau pasar ramadan memang ada yang menjualnya.Tak susah nak cari.


Kriuk....kriuk yang atas tu sedap.....crispy...kuah boleh tahan pekat...


 
Bila dah digaul baru nampak meenya.........cili hijau tu makan dengan mee rebus ni memang sedap...


 
Another signature dish kat sini......wah.....menu pilihan ramailah.....nasi ayam......boleh tahan sedap...


 
Kalau makan mee rebus mesti nak minum air limau panas bagi menghilangkan tahap kemualan....


 
Nilah kedainya.......tak lama lagi TESCO akan siap dibina bersebelahan........fuh....makin ramailah pengunjung kedai ni nanti.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...