Thursday, August 28, 2014

Damask mekar 20 buds.....sukanya...

Seronok tak terkata, Damask kesayangan saya mekar 20 kudup. Damask ni dah bersama saya lebih 10 tahun dulu. The first roses yang saya beli. Hampir mati sebab tak berjaga. Sejak 2 tahun kebelakangan ni saya rajin membaja dia ni dengan tahi kambing, tahi ayam, baja udang, spray dengan Ros care.....dan hasilnya sungguh memberansangkan.....he...he.... Alhamdullillah syukur sesangat....


Isn't so lovely.......mekar ...antara 3 yang mekar cantik di antara 20 buds tu....the color is so nice...


Nilah my precious .....ada 20 kuntum/buds ni. Tapi ada juga yang dicium cik thrips....nasib baik sikit je....


Damask ni tak mekar serentak.....mekar 3 je dulu...ada yang bagi petua katanya kalau nak kembang serentak potong buds yang tengah sekali tapi tak sanggup saya nak memotongnya.....


Buds kecil kecil ni bila baru nak kembang memang sangat cantik...



Bila hampir semua yang mekar.....banyak tu....


Tapi sayang sikit mekar tak berapa nak cantik sangat......ada yang ok ada yang tak tapi saya tak kisah....I love them all....


Ada juga yang kembang perfect cantik dari segi warna dan layer.....cam yang 3 kuntum waran pink terang tu...


Damask ni baunya harum mewangi......sejenis ros kampung .....kalau dibelai dengan baik hasilnya memang sangat memuaskan....



Saya memang pening kepala nak memilih photo sebab saya snap terlalu banyak.....almost all angle is so perfect......nanti saya share photo yang lain pula ya in next entry......simply adore this lovely Damask......walau ianya hanya sejenis ros kampung but they are very sweet...

Wednesday, August 27, 2014

Pancake yang simple...

Hari hari nak buat breakfast dah tak tau nak masak apa. Cuba buat pancake ni....sedap gak....biasa kita buat lempeng kosong cicah sambal tumis. Pancake ni sebenarnya lempeng lah jugak kalau bahasa kita tapi lempeng yang manis dan lembut. 

Pancake ni manis sikitlah.....lembut dan sedap...

Saya letak buah blueberries kat dalam pan cake ni........sebenarnya terpulang kreativiti kita nak letak apa pun. Ada yang suka letak chocolate chips.

Rupanya tak smooth lah but rasa ada...he...he....sedap dimakan bersama secawan teh or coffee....


 
Pancake ni makan gitu je atau dengan madu memang sedap.....sukakan kelembutannya...


 
Close up sikit....boleh makan dengan strawberry dan blueberries....nyum...nyum..


SIMPLE PANCAKE
Source : Rahel blogspot.com
Sumber: Miss_ShaSha,MyR

Bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telor
1 cawan susu segar
3 sudu besar gula kastor
1 sudu makan minyak

Cara-cara:
1.Satukan tepung gandum dan baking powder.
2.Asingkan kuning dan putih telur.Pukul putih telur sehingga kembang dan putih.
   Dalam bekas lain,campur kuning telur,gula dan susu segar.Kacau sebati.
3.Masukkan minyak dan susu tadi dalam no.1.Kacau hingga sebati,kemudian masukkan
   putih telur dan kacau secara kaup balik.
4.Sedia untuk dimasak atas api sederhana.

 
 








Tuesday, August 26, 2014

Onion ring lagi.......

Kali ni saya buat onion ring with different resepi. Tidak meggunakan buttermilk. Saya guna self raising flour.
Onion ring ni memang sangat senang nak dibuat. Bahan pun tak banyak.


Nilah hasil onion ring ......menggunakan resepi dayangjack, dapurkusayang.....thanks for sharing.



Hero utama mestilah Pak Bawang ni.....guna yang bawang Bombai/ Holland atau bawang warna kuning ni.


Hiris jangan halus sangat ya...


Bahan yang digunakan = tepung naik sendiri + crush lada hitam + secukup rasa + garam.......semuanya digaul sebati dan dicampur air..



By using self raising flour/ tepung naik sendiri ni hasilnya nampak sedikit berminyak...




Comparison atau perbandingan........saya suka onion ring yang dibuat dengan menggunakan buttermilk seperti photo di sebelah kanan sebab ianya tidak berminyak. Dari photo ni boleh nampak dengan jelas teksturnya....Untuk resepi onion ring menggunakan buttermilk , boleh klik SINI.


ONION RING 
Source : dayangjack, dapurkusayang

Bahan
1 cawan Tepung naik sendiri / Self raising flour
2 biji bawang besar Bombay ( warna kuning )/ bawang holland
sedikit garam
sedikit cukup rasa - saya letak
sedikit lada hitam crush - saya guna yang ready made
sedikit lada sulah - saya tak letak
3/4 cawan air dari peti sejuk - saya guna air biasa je dan tak masukkan adunan dalam peti ais.

Cara
Hiris bawang besar. Leraikan bulat bulat.
Tepung + garam + cukup rasa MAGGI + lada hitam crush = dicampurkan kesemuanya dan ditambah air.
Jangan terlalu cair. Simpan adunan ni dalam peti ais selama 15 - 20 minit.
Panaskan minyak untuk menggoreng dalam kuali.
Ambil satu hirisan dan celup dalam adunan tepung dan terus goreng. Ulang proses sehingga semua bawang habis.
Bila agak kekuningan boleh terus angkat dan hidangkan panas panas. Sedap dimakan bersama sos cili Thai.


Monday, August 25, 2014

Selapis je AD roses ni ....alahai....

Sesungguhnya roses AD ni anak Pak Dol memang my favourite. Rajin juga berbunga dia ni. Kali ni tak tau kenapa bila kembang jadi selapis je. Heran gak. Tak cukup makan kot...


Cam tak percaya kan mekar selapis je ni.....heran tul lah...


This one my AD yang so perfect.....sepatutnya kembang begini bukan seperti di atas....I really love this roses......so beautifull...



Selapis pun selapis lah.....apa nak kata.....Boleh klik SINI untuk lihat kembang AD roses.



 
Simply adore AD ni masa ni......banyak petals and bunganya tahan lama jugak. Bau mild je....AD ni dapat cukup makan.....cukup baja lah tu sebabnya kembang cantik je...



Lihatlah.....bagai langit dan bumi kan .....ni dari pokok yang sama tau.......yang kiri tu tak dapat cukup baja kot.....yang kanan tu cukup baja....but my AD always bloom like the right hand side....

Tuesday, August 19, 2014

Snow Cheese Cake......for babysitter

Snow cheese cake ni dibuat atas permintaan my babysitter for her hubby birthday. Kek ni very soft dan tak manis sangat.


Kebetulan adunan yang dibuat tu ada lebihan so dapatlah a small cake size 6 ".


The inside of the cake....


Parutan cheddar cheese .....ni yang orang panggil cheese leleh....tal boleh tahan tengok ni.


This cake memang soft.....ada 2 jenis kek .....ada yang buat guna campuran cheese dan ada yang guna kek sponge dan dilelehkan cheese dengan banyak. Yang ada campuran cheese tu kek dia lebih soft dan sedap dimakan. Untuk resepi boleh lihat di blog saya sebelum ni , just klik SINI.

A piece of cake from top.....parutan cheese tu masin masin sikit je tapi sedap..



This one yang deliver to babysitter for her hubby birthday. Just a simple one.

Monday, August 18, 2014

Scale pada batang pokok ros....

Apa itu scale? Sebenarnya saya pun baru tahu yang scale ni adalah sejenis serangga yang sangat halus yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar. Scale senang hinggap pada batang roses yang lembap dan di tempat terlindung. Sebab tu roses mesti diletakkan pada cahaya matahari selama 4 ke 6 jam setiap hari.


Ni scale yang telah merosakkan pokok ros saya......yang teruk saya dah potong buang. Batang yang lain saya cuba selamatkan dengan meggunakan ros care. Ambil ros care yang pekat dan dengan menggunakan berus gigi gosok pada batang yang ada scale tu. Kalau rajin boleh kikis scale tu.


Nilah bahan utamanya.....ros care +  berus gigi....boleh klik SINI, untuk lihat ros care yang boleh di beli dari Rohai Bee di FB.

Hasil gosokan pada batang yang terkena scale.....batang kelihatan hijau......yang coklat  coklat tu dah terkopek....tertanggal......Selepas ni akan tumbuh tunas baru.....tu yang seronok.


 
Yang ni pulak....lepas saya potong dan berus dengan ros care tetiba keluar satu batang hijau yang sangat sihat. Saya cuba je.......tetiba menjadi......

Sunday, August 17, 2014

Daging Salai Masak Kicap

Selalunya daging salai famous dengan masakan masak lemak cili padi. Kali ni ubah selera sikit saya masak kicap. Apa lah rasanya ya. Frankly speaking , kalau dimasak lemak lagi sedaplah daging salai ni.


Ada kentang goreng + tomato + bawang goreng...


As usual stok daging salai dapat dari Seremban. Bau daging salai ni memang sedap. The aroma tu yang tak boleh tahan.

Since daging salai ni dah separuh masak senanglah kita tak payah goreng lama lama sangat. 


Kayu manis adalah satu kemestian kalau saya buat masak kicap. Bila kita tumis , aromanya sangat wangi dan rasa kuahnya pun sedap.



Ditambah sedkit crush lada hitam.

Kalau yang suka berkuah bolehlah letak lebih sedikit air.


DAGING SALAI MASAK KICAP
Source : Sweetiesaqi

Bahan
semangkuk kecil daging salai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil merah
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 keping kulit kayu manis
1 sudu besar rempah 3 sekawan - jintan manis + jintan putih + ketumbar = digoreng tanpa minyak & blend  
                                                    kering
sedikit crush lada hitam
2 biji kentang yang telah dipotong dan digoreng
1 biji bawang besar dihiris
garam & gula secukup rasa
sedikit daun basil untuk hiasan

Cara

- Tumis bawang putih dan bawang besar yang telah ditumbuk /blend besama dengan kulit kayu manis.
- Masukkan rempah 3 sekawan dan sedikit crush lada hitam.
- Masukkan daging dan kacau rata, letakkan sedikit air dan masak daging sehingga lembut lagi.
- Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat. Kacau sebati. Letakkan garam + gula secukup rasa.
- Masukkan kentang goreng + bawang besar hiris. Kaup balik sebentar dah siap.
- Hiaskan dengan daun basil atau daun bawang /saderi.

Monday, August 11, 2014

Congo Bars yang yummy....

Selalu dengar nama Congo Bars tapi tak pernah rasa lagi apatah nak membuatnya. So one fine day terasa nak try buat.....tengok resepi memang senang sesangat. Resepi kali ni pun ambil dari blog Bisousatoi....thanks Kak Rima for sharing.


Congo bars ni nak kata kek pun bukan nak kata biskut pun bukan......senang cerita tengah tengahlah tapi sungguh memang sedap. The brown sugar tu yang tak berapa manis memberi satu rasa yang sangat sedap bila dimakan.



Bahan digunakan memang tak banyak = tepung gandum + butter + telor + brown sugar + choc chips


Minum petang with air laici and a piece of congo bars.

Yang belakang tu daun selasih ya....cantik pulak dibuat props...he....he...


Pandangan dekat......choc chips mesti sisalut kering dengan tepung gandum sedikit supaya dia tak tenggelam bila di masukkan dalam adunan tepung. So we can see them sebiji sebiji cam kat atas.


Sepotong besar Congo Bars.Memang yummy....


CONGO BARS
Source : Bisousatoi

Bahan
2 3/4 tepung gandum
2 1/2 sudu baking powder
1/2 sudu garam
2/3 cawan butter - saya guna 150 g butter Anchor
1 Ib brown sugar  - saya guna 320g
3 biji telor
1 sudu teh vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips - saya guna 250g chocolate chips
1 cawan pecans yang diracik - saya tak letak

Cara
- Ayak tepung gandum, garam dan baking powder dan letak ke tepi.
- Butter dan gula dipukul dalam mixer sebati.
- Masukkan telor sebiji demi sebiji.
- Masukkan esen vanilla.
- Letakkan campuran tepung tadi , kacau rata sebati.
- Akhir sekali masukkan chocolate chips dan gaul rata.
- Bakar dalam loyang 10 inci yang telah diletak baking paper yang disapu butter.Lebihkan sedikit kertas di tepi supaya senang diangkat keluar dari loyang.
- Bakar selam 25 minit pada suhu 150 darjah oven butterfly saya. Ikut oven masing masing ya.


Thursday, August 7, 2014

Oh my dear.......Prosperity

Roses prosperity ni juga antara roses terawal yang saya beli dan belai. Tapi sejak akhir akhir ni prosperity saya ni merajuk. Sudah setahun ianya tidak berbunga. Tetiba nampak sekuntum mekar. Sukanya hati tak terkata. Apalah yang dirajukkan oleh si prosperity ni. Macam macam dah saya bagi makan pun tak nak berbunga juga.


Prosperity ni dari jenis bunga bergugus. Boleh klik SINI untuk lihat ianya berbunga pada tahun 2013.



Dah 2 kali prunning ( cantas dahan ) saya buat .....so tumbuh banyak tunas dan daun baru tapi masih tak nak berbunga juga. Betul betul merajuk dia ni lah.....


At last keluarlah sekuntum kecil comel ni. Jadilah buat pencuci mata....



Ros Prosperity jenis bergugus , tiada bau so it can last longer. Warna memang putih creamy. Can click HERE to see it blooms early Jan'2013. So sweet that time. I wish it will bloom again like that.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...