Wednesday, October 31, 2012

Chocolate Cake with peanut butter cream

Chocolate kek ni dibuat for my daughter class party. Dah hujung - hujung tahun ni, banyaklah class party, mana kat sekolah agama, sekolah kebangsaan , tution lagi. Macam-macamlah. Anak-anak zaman sekarang ni tahu order je dengan mama dia. Kalau zaman kita dulu mana nak dapat semua ni. Beruntung budak-budak sekarang kan.


Toppingnya ialah butter + peanut butter. Aroma peanut butter tu sangat harum.
Ada banyak coklat M&Ms buatlah hiasan, meriah sikit.


Kids suka terutama the M&Ms lah apa lagi.


Ngap...sebelah dah habis. Moist juga walaupun guna air panas.


Adunan kek ni banyak so dapat buat 12 cupcakes yang samll size.


The topping looks yummy....memanglah yummy. Tak tahan baunya.



Yum ...yum...


CHOCOLATE CAKE WITH PEANUT BUTTER CREAM

Bahan
1 cawan koko
1 cawan air panas
1 cawan butter
2 1/2 cawan gula
4 biji telor
2 sudu kecil esen vanilla
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil bicarbonat soda
1 cup sour cream ( saya guna i cawan youghart kecil yang harga RM1.60)
1 sudu kecil nescaffe dilarutkan dengan 2 sudu besar air panas - saya tambah

Cara

- Larutkan koko dalam air panas.
-Pukul butter dan gula sampai kembang dan ringan, masukkan vanilla esen dan telor satu persatu.
-Masukkan tepung ( yang diayak bersama baking powder + bicarbonat soda) diselang selikan dengan sour cream. Akhir sekali masukkan larutan koko tadi. Kaup balik sehingga sebati dan rata.
-Bakar pada suhu 170 darjah selama 1 jam. Ikut oven masing - masing ya.


Topping
Source : Barefoot Contessa

Bahan
1 cawan ising sugar
1 cawan peanut butter
5 sudu besar butter
3/4 sudu kecil vanilla
1/3 cup heavy cream - saya tak letak

Cara

-Masukkan ising sugar, peanut butter, butter, vanilla ke dalam mangkuk dan pukul pada medium speed sampai rata. Kemudian pada kelajuan laju pukul lagi sampai sebati. Lepas tu boleh sapu atas kek. Make sure kek dah sejuk baru sapu ya.


Tuesday, October 30, 2012

Tauhu Sumedang.........sedap

Tahu sumedang ni memang one of my favourite. Biasanya beli je yang siap digoreng kat pasar tani. RM2.00 untuk 5 keping tahu + sambal kicap. Kalau nak goreng sendiri pun boleh. Selalunya malas nak goreng sendiri sebab memerlukan banyak minyak dan proses menggorengnya sangat lama. Tapi sekali sekala goreng juga.

Ada 24 keping tahu dalam ni dengan harga RM7.00 satu tupperware.


Ni rupa bentuknya sebelum digoreng. Tahu direndam denga bawang putih + garam dan lain-lain bahan. Tahu ni kaya dengan protin sebab dibuat dari kacang soya.


Pandangan dari dekat. Saiz tak besar, comel je.


Bila dah digoreng , jadilah cam ni. Mesti goreng sampai kulit luar coklat sikit.Kalau boleh gelap sikit dari yang ni baru crunchy tapi sebab tak sabar nak makan angkat je dari kuali.


Mesti dimakan bersama sambal kicap yang dibuat sendiri atau sos ready madelah. Sos tu mesti sedap kalua tak sedap memang tak da feel makan. Makan panas-panas , pedas-pedas......memang sedap. Kalau beli ready made selalunya cepat sejuk.

Monday, October 29, 2012

Ketam oh ketam.....

Hu! Hu! Ternampak cik ketam ni kat pasar tani , apa lagi belilah. Masak chili crab sedap juga ni. Sekarang harga sekilo dah naik , dulu boleh dapat dengan harga RM28 sekilo , hari ni harga RM40 sekilo. Mak ai mahalnya kan. Patutlah kat Senibong, my favourite restoran harga ketam siap masak sekilo RM90.00.


Masak chili crab ni favourite my daughter. Kat penyepit tu banyak isi tau.


Nillah rupanya cik ketam ni. Beli 2 ekor RM30.00. Nampak sepit dia tu, besar. Kat situ ada banyak isi. Sebelum masak ketuk dengan anak lesung batu bagi dia crack/pecah sikit nanti senang nak kopek. Kalau tengok rupanya memang menngerikan tapi rasa isinya memang sangat sedap.


Sangat puas hati ketam ni banyak isi. Isinya manis sikit dari ketam bunga.


Ynag ni si ketam bunga. Sekilo RM23.00. Beli seekor  RM6.30 untuk masak sup ketam buat si kecil yang tak makan pedas. Biasanya ketam bunga warna biru kan tapi yang ni warna oren. 


Sedap sup ketam ni tapi isi ketam ni tawar sikit.


Yum! Yumm!. Tak boleh tahan tengok ketam. Kalau nak makan ketam masak sendiri puas makan. Kalau kat restoran harganya kaw ! kaw ! melambung mahal.

CHILI CRAB WITH EGG

2 ekor ketam
2 sudu besar cili kering yang telah diblender
2 ulas bwang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar sos cili
1sudu besar sos tiram
1 batang serai diketuk
1 biji telor - dipukul sedikit
garam dan gula secukupnya

Cara
- Tumis bawang putih dan merah yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan masukkan cili. Goreng hingga garing. Masukkan serai .
-Masukkan sos tiram + tomato sos + sos cili. Letakkan sedikit air saja. Masukkan garam + gula secukup rasa.
-Masukkan ketam dan kaup balik. Bila mendidih sikit masukkan telor. Biar telor masak baru dibalik-balikkan ketam.



SUP KETAM

1 ekor ketam
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
semangkuk air
garam secukupnya

Cara
-Tumis bawang merah + bawang putih yang telah ditumbuk/blender.
-Masukkan air, mendidih masukkan ketam + garam secukupnya.


Wednesday, October 24, 2012

Ros Magenta Kampung.....wangi

Hari Jumaat ni 26/10/12 , semua umat Islam akan menyambut  Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. So di kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Yang balik kampung tu berhati - hati di jalanraya. Kali ni saya balik kampung baik bas je.
Habis cerita nak balik kampung cuti-cuti ni. Kita layan ros magenta kampung saya ni yang baunya memang harum dan banyak lapis. Saya ada 3 pasu pokok bunga ros ni. Tak perasan dah ada sepasu boleh beli lagi 2 pokok. Bunga yang wangi biasanya tak tahan lama.


  Photo ni diambil dengan menggunakan camera LUMIX.









Cantik. Menanam roses adalah terapi minda saya. Sangat seronok bila melihat banyak putik yang mekar. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan.


Yang ni diambil dengan camera NIKON  compact. Warna terang benderang. 


Berbezakan, Photo dari LUMIX sebelah kiri dan dari NIKON sebelah kanan. Hasil dari LUMIX , kita boleh lihat dengan jelas texture kelopaknya satu prsatu tetapi dari segi warna agak malap. NIKON menghasilkan gambar dengan warna yang sangat terang tetapi texture kelopak tak berapa jelas.


Kiri LUMIX dan kanan NIKON.



Tanam dalam pasu sederhana besar.



Ni bukan gambar yang diedit ya. Tak sempat nak edit mengedit. Yang terang hasil dari NIKON dan gelap sikit tu dari LUMIX.

Nutty Caramel Cake for Nurul

Thanks to Nurul sebab order kek nutty caramel ni.

Toffee caramel tu memang sedap. Combination of butter + brown sugar + susu.


Topping swiss meringue butter cream yang tak muak.

Monday, October 22, 2012

Lavender........sweet purple.....

Lavender purple ni dah lama saya beli tapi baru sekarang nak masukkan entri. Suka tengok warna purple pada bunganya . Pokok ni kalau ditanam berderet banyak memang cantik. Lavender ni katanya baik untuk terapi minda tetapi saya memang tidak menyukai barangan yang dibuat daripada lavender,  tak tahu kenapa hidung ni memang tak boleh terima bau lavender. Bunga lavender ni sebenar-benarnya memang tidak ada bau.

This lavender tree i bought it quite some time but only now have the chance to put the entry. Love to see the purple colour. We have to plant a few trees of this lavender than it will give a nice impact. Lavender is well known for its aroma but i dont like the smell of the products porduce from lavender. My nose just cant take it , the smell. Actually this lavender flower doesnt have any smell at all.


Sepasu RM8.00 je.
One pot is only RM8.00.


Dari pandangan dekat.
Nearer look.


Cantik.
Beautifull.


Buds lavender yang belum berkembang lagi.
Lavender buds that si going to bloom.


Dari dekat nampak macam bunga orkid kan.
Looks like orchids.



Tanam kat tanah je.
Planted in the soil.

Selautan lavender. Tempat ni ialah di UK Agro Farm Resort, Kluang, Johor. Di sini terdapat banyak ternakan kambing. Boleh lihat di http://sweetiesaqi.blogspot.com/2012/08/uk-agro-resort-farm-kluang.html
See a lot of Lavender being planted here. This is at UK UK Agro Farm Resort, Kluang, Johor. Here you can find a lot of goats.

Brownies Blueberries Cream Cheese for Noreen

Thanks to Cikgu Noreen for ordering this brownies blueberries cream cheese.
 
 
She wanted to try blueberries, so i put half chocolate with Hersheys syrup and half with blueberries. She likes the brownies with chocolate Hersheys syrup.
 
 

Brownies top with cream cheese.

Sunday, October 21, 2012

Sampai juga ke ICT, Shah Alam

Pada 22/9/2012, lepas attend wedding kat Damansara, masa tu  dah pukul 10.30 malam sempat lagi ke ICT, Shah Alam. The last activity for the day. Jauh juga tu nak ke sana. My daughters semuanya dah tertidur kepenatan. Bila sampai terus bangun. Balik dari ICT sampai rumah jam 12 malam. Fuh ! Penatnya, esok jam 9.30 pagi dah nak balik Pasir Gudang. Pemandangan memanglah sangat cantik bila melihat lampu berbagai warna. Idea yang bagus untuk tarik pelancong.


Kat sini ada snow house tapi tak masuklah sebab pakaian tak sesuai. Nama pun baru balik dari wedding.


Nice view.

Flamingo bird ni cantik.


Pandangan sekitarnya. Orang memanglah ramai. Di sini terdapat banyak kiosk yang menjual permainan berasaskan lampu. Lip...Lap...Lip...Lap.....Hai kena ketuk juga dengan si kecik tu.


Ada eye on Malaysia juga kat sini tapi tak naik. Too high. Seriau, lagi pun naik waktu malam tak nampak apa pun.


Cantik.


Kat Flamingo yang banyak tu is actually parking lot. Parking fee RM10.00 merangkap entrance fee lah.


Dah gelapkan so tak nampaklah muka.

Saturday, October 20, 2012

Nasi Ayam segera.......satu.....

Bila sampai weekend, selalu fikir nak masak apa. Apa yang senang dimasak dan digemari oleh anak-anak. So decide nak mask nasi ayam. Routine hujung minggu mesti ke pasar tani so beli ayam kat situ. Sekilo ayam harganya RM7.30. Biasanya kat pasar tani harga memang mahal sikit.


Nasi ayam yang simple sampai lupa nak buat sup ayam. Ayam madu bersama hati dan pedal , sedap.

 
A simple dish.


Nilah rahsia cepat segara masak nasi ayam. Paste chicken rice dan Hainanese Chicken Rice Chili dari COSWAY. My daughter tak berapa suka sos cili ni sebab pedas and rasa halia kuat sangat. Dia suka sos yang saya buat sendiri tapi tahap kemalasan hari tu sangat tinggi so semuanya instant je lah.
 
 
 
NASI AYAM SEGERA

2 cawan beras
2 sudu besar paste chicken rice - nak lebih pun boleh
garam secukup rasa

-Beras dibersihkan dan letak air.
-Masukkan 2 sudu besar paste chicken rice dan garam.
-Masak dalam periuk elektrik cepat dimasak.

Ayam madu
1/2 ekor ayam
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa
 
-Halia dan bawang putih ditumbuk halus.
-Satukan sos tiram, madu, kicap manis , garam , bawang putih dan halia tumbuk tadi.
-Lumurkan pada ayam. Seeloknya disimpan dalam peti ais semalaman. Kalau tak sejam pun boleh juga.
-Goreng dengan minyak panas.
 
Sos nasi ayam
3 biji cili hidup
1/4 inci halia
1 biji bawang putih
1 biji limau sambal / 3 sudu besar apple cider
gula dan garam secukuo rasa
 
-Blenderkan cili hidup + halia + bawang putih bersama sedikit air.
-Terus masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
-Letakkan air perahan limau sambal / apple cider. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
-Kalau nak senang boleh guna product COSWAY di atas tapi rasa terpulang pada masing -masing ya.
 
 
 
 







Wednesday, October 17, 2012

Roses Qaseh Abadi or Broadway

Wow! Seronok tak terkata, bila melihat ros Qaseh Abadi (QA) atau Broadway saya ni berbunga. Dalam banyak-banyak photo yang saya snap, di bawah ni adalah yang paling saya suka. Ros ni dari mula berputik hingga kembang warnanya akan bertukar.

Wow! I am so excited to see this lovely roses called Qaseh Abadi or Broadway.  I have shoot so many photos and below are some of it which i love to see. This roses from the beginning from its buds till it blooms it keep changing colours.


Qaseh Abadi ni wangi tapi bunga tak berapa tahan lama.
This ros have a noce smell but the flower does not last long.


Dari buds bila berkembang. Kan lain warnanya.
From the buds it blooms, see the colour is different.


Suka tengok yang ni.
Love to see this one. Creamy peachy in the middle and pinkish outer.


Kali ni mekar dalam 3 kuntum. Bunga boleh tahan besar.
This time it blooms have 3 flowers. The flowes is quite big. 




Dari arah berlainan.
From a different angle.


Lihat proses pertukaran warna tapi ni bukan keseluruhan prosesnya.
See the change of colours but this is not the whole process.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...