Monday, July 21, 2014

Red Velvet Choc Chip Cookies .......sedap...

Hari ni 22/7/14, dah 24 Ramadan kita berpuasa....pejam celik sekejap je kita dah nak raya kan. Lagi 6 hari je. Masa ni sangat sesuai untui membuat biskut raya......sebab mood raya dah ada kan.....masa ni banyak lagu raya dah dimainkan.....kita sibuk nak mengemas rumah so bila bakar biskut raya tu the aroma ....hmm....wangi satu rumah.....bau butter.....Tahun ni buat tak banyak biskut ...5 jenis je..he...he...merempit buat hari Sabtu dan Ahad....


Red Velvet Choc Chip cookies ni first time saya buat....resepi dari Azlita masam manis. Resepi ni adalah dari Koleksi 20 resepi pilihan sempena kempen seceria air tangan ibu. Di you tube Azlita dengan Planta ada membuat rakaman video cara membuat beberapa jenis biskut. Anda boleh lihat di situ. Congrats tu Azlita one step further up.


Masa mula mula nak buat biskut ni ada sikit cuak,.....sedap ke.....mengenangkan warnanya yang merah tu...merah sangatlah mak ngah.....saya kurangkan sedikit koko sebab tu tak berapa coklat sangat biskut ni......


Biskut ni senang nak buat.....jenis drop cookies......cekup sikit dan letak je atas loyang....very easy.


Lepas dah siap......I think I like this cookies.....memang sedap.....abaikan warnanya ya....soft  and crunchy...hah...cam mana tu ya.....kenalah rasa sendiri baru tau...tang mana yang soft tu...


Almond cincang mestilah dibakar terlebih dahulu barulah crunchy rasa almond tu.


Adunan di bawah ni sedikit saja so kita kena gandakan kepada dua resepi......rasanya tak cukup lah....next year kena gandakan 4 resepi ni....


RED VELVET CHOC CIPS COOKIES
Source : Azlita Masam Manis
Oleh : Planta
Rujukan : Koleksi 20 Resepi Planta
Bahan 
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips
Cara
Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh). Ikut kepanasan oven masing masing ya.
Bakar selama 20 minit.
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.................

Sunday, July 20, 2014

Masak Lemak Telor Itik dengan belimbing buloh

Masak lemak memang kegemaran saya. Dalam usia begini lemak lemak ni harus dikurangkan tapi tak boleh nak dikurangkan. Kalau makan nasi kalau tak meladong kuah memang tak sah.


Kali ni masak lemak telor itik. Telor itik ni saya beli kat pasar besar Melaka.



Kejadian telor itik kali ni sangat menjadi he...he....Selepas telor dipecahkan ke dalam kuah , api mesti dikecilkan supaya telor itik tu tak bersepah.



Telor kuning tu memang sedap.....letak belimbing buluh dan hirisan daun limau purut.

MASAK LEMAK TELOR ITIK
Source : Sweetiesaqi

Bahan
15 biji cili padi kampung yang ditumbuk - nak pedas boleh tambah
2 biji bawang merah kecil - kalau tak letak pun tak pa
2 biji telor itik
5 - 10 biji belimbing buluh
1 batang serai
santan pekat
air secukupnya
1 inci kunyit hidup 
1 keping asam keping
Daun limau purut
Garam secukupnya

Cara

1-Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama bawang + serai yang ditiik + asam keping + santan pekat + air. Lihat kepekatannya.
2-Didihkan santan dengan cara "timbuk" atau mesti dikacau selalu supaya tidak pecah santan. Kalau tidak kuahnya memang tidak cantik.
3-Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan telor sebiji dulu tunggu hingga keras sedikit baru masukkan telor yang lain.
4-Letak belimbing buluh yang telah dibelah 2.
5-Masukkan garam secukupnya + daun limau purut.
6-Siap untuk dihidang dan boleh letak hirisan daun limau purut.






Wednesday, July 16, 2014

Restoran Al Hanin, Lrkin Idaman, Johor....

Biasalah ni entri lama dalam draft, restoran nasi arab yang dikunjungi pada bulan Mar'14. Kali ni cuba nasi Arab di Restoran Al-Hanin, Larkin Idaman, Johor. Berdekatan,  Stadium Larkin yang sebelahnya biasa diadakan pasar tani setipa hari sabtu.


Nasi Arab di sini simple saja. Saya prefer Nasi Arab di Restoran Al-Jabali , boleh klik SINI.


 
Sos dan salsa timun.

Teh Arab as usual......senang satu teapot. Banyak daun pudina dalam ni. Minum panas sedap.


Gaul jangan tak gaul. Makan dalam dulang beramai ramai.

Suasana dalam kedai. Yang nak bersila boleh duduk di sini.

Bahagian lain.

Restoran AL-Hanin, Larkin Idaman.

Tuesday, July 15, 2014

Neapolitan Marble kek.....

Lama tak keluarkan entri kek.....sibuk sikit bulan puasa ni. Tak punya banyak waktu untuk update blog di bulan puasa. Bab yang paling pening ialah nak memilih photo....pening dibuatnya coz I have thousand of photos. Kali ni saya buat Neapolitan Marble kek dari blog Bisousatoi. Thanks for sharing Kak Rima. Melihatkan tekstur kek Kak Rima membuatkan saya teruja nak mencuba. Jadilah jugak walau tak secantik Kak Rima punya.He...he...


Oh...love this kek.....this time round I use SCS butter.....memang sedap rasa kek ni...

Dari pandangan atas....tak smooth sangat but OK lah kan...


 
Dari pandangan tepi......pun tak rata sangat....


 
Tu dia...3 tone colour...he...he...boleh lah...


Rasa kek ni memang sedap very buttery coz of SCS butter......suddenly felt in love with SCS but the price is so expensive lah....



Proses pembuatan...this time round saya guna vanilla stick yang dibeli di Bali bagi menggantikan vanilla essence.


Very soft teksture....


NEAPOLITAN MARBLE KEK
Source : Bisousatoi
Main    : Lynara Cakes & Red online
Resepi fr: Boutique Baking by Peggy Porschem (Quadrille)

Bahan
250g butter
250g kastor sugar
sedikit garam
1 stick vanilla pod atau 1 sudu esen vanilla
5 biji telor size medium
250 g tepung naik sendiri
25g serbuk koko
25ml susu segar
pewarna kuning
ising sugar - untuk dusting
tepung gandum - untuk dusting

Sugar syrup - saya tak buat ni
150ml air
150g kastor sugar

30cm (12inch) kugellhupf / bundt cake tin - saya guna cake tin seperti dalam photo di atas

Cara
1-Panaskan oven ikut suhu oven masing masing. (175 darjah). Griskan loyang dengan butter dan taburkan sedikit tepung gandum.
2-Masukkan butter , kastor sugar, garam  dan vanilla seeds ke dalam mixing bowl pukul hingga kembang dan pucat.
3-Dalam mangkuk lain pukul telor perlahan dan masukkan ke dalam adunan tadi sambil di kacau dengan whisk laju. Kalau adunan tadi mula terasing masukkan sedikit tepung gandum dan pukul adunan supaya bersatu semula.
4-Masukkan tepung dan kaup balik sehingga semua sebati.
5-Asingkan adunan kepada 3 mangkuk. Letak pewarna pink pada satu mangkuk, koko + susu ke dalam mangkuk kedua dan biarkan plain pada mangkuk ke 3.
6-Tuangkan adunan warna pink ke dalam loyang diikuti dengan warna coklat dan plain.
7-Untuk jadikan bentuk marble beralun , gunakan garfu atau stick dan diswirlkan ke dalam adunan tepung.
8-Masak kek selama satu jam bergantung kepada oven anda.
9-Untuk memastikan kek telah masak, boleh cucuk dengan lidi. Jika ditarik lidi tu tak melekat maknanya dan masaklah kek tu.
10-Sementara menunggu kek masak bolehlah dibuat air sirap tapi saya tak buat yang ni. Masukkan air dan gula ke dalam kuali dan masak hingga mendidih. Masak hingga gula kristal hilang dan sejukkan.
11-Selepas kek masak dan dibiar sejuk selama 10 minit, boleh sapukan air sirap tadi ke atas permukaan kek dengan menggunakan brush. Sapu semasa kek masih suam supaya kek boleh menyerap sirap tadi dengan cepat.
12- Selepas tu boleh keluarkan kek dari loyang dan sejukkan sepenuhnya. Siap untuk dipotong.















Monday, July 14, 2014

Rendang hati yang simple je....

One of my favourite....rendang hati. Mula suka makan apabila mak mertua membuat rendang daging bercampur dengan hati. Memang sangat sedap.....end up saya duk mencari hati tu je. Biasa saya shopping barang basah kat pasar tani..... Hati lembu ni fresh lagi sebab lembu baru disembelih. Kalau tengok hati mentah ni cam tak lalu nak makan tapi bila dah masak hmmm....sedap.


Buat rendang yang simple je....guna cili padi. Sedap dimakan dengan pulut kuning atau nasi panas panas.
Boleh klik SINI untuk lihat cara membuat pulut kuning.



Nampak serai dan legkuas yang telah diblend tu...

Semangkuk ni ratah memang sedap.


RENDANG HATI simple
Source : Sweetiesasi

Bahan
1 mangkuk hati - dibersihkan dan dipotong dadu
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
segenggam cili padi
semangkuk santan
sedikit air
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
Gula dan garam secukupnya
Hirisan daun limau purut dan daun kunyit

Cara
Halia + lengkuas + serai + bawang besar + bawang putih + cilipadi , kesemuanya diblend halus.
Masukkan ke dalam kuali. Didihkan dan masukkan hati. Kaup balik dan boleh masukkan air. Masak sehingga hati sedikit empuk. Bila agak kering boleh masukkan santan dan asam keping. Masak sehingga hati betul betul lembut. Boleh letakkan garam, gula dan kerisik. Masak sehingga santan kering sedikit. Last sekali boleh letakkan hirisan daun limau purut dan kunyit.

Sunday, July 13, 2014

Pulut kuning....kegemaran anak anak

Pulut kuning memang makanan kegemaran satu keluarga kecuali saya....he...he....boleh makan sikit je sebab pulut ni berangin....saya sedikit allergic. Yang pelik tu anak anak saya hanya akan makan pulut kuning saja....pulut warna putih mereka kurang nak makan....


 
Simple je pulut kuning ni......pulut kuning ni sedap dimakan dengan rendang. Kebetulan saya buat rendang hati..hm...sedap..


Proses pembautan pulut kuning. Rendam semalaman pulut yang telah dicuci bersama dengan sedikit kunyit serbuk. Masakkan pulut bersama sedikit santan dan garam ke dalam rice cooker sehingga kering. Keluarkan dan masukkan dalam loyang. Saya suka buat begini sebab pulut lebih cepat lembut. Kalau saya terus kukus akan memakan masa yang sangat lama.



Setelah dimasuk dalam loyang bolehlah dikukus pula sehingga masak.



Nampak macam nasi pulak kan.


Setelah masak boleh lah di gaulkan dengan sedikit gula untuk memberi impact kilat.


Sedap dimakan bersama timun dan telor dadar .


Lengkap bila dimakan dengan rendang hati atau apa apa rendang pun.


PULUT KUNING
Source : Sweetiesaqi

Bahan
500g beras pulut
1 keping asam keping
1 sudu besar kunyit serbuk
1 cawan santan pekat - boleh tambah
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam


Cara
Basuh beras pulut dan toskan airnya. Masukkan serbuk kunyit. Kacau supaya warna rata. Lepas tu barulah dimasukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1-2 jam.
Toskan air rendaman pulut dan masukkan ke dalam rice cooker bersama sedikit santan dan garam.
Biar masak seketika. Panaskan kukusan.
Masukkan pulut yang telah dikeluarkan dari rice cooker ke dalam loyang. Ratakan dan letak loyang dalam kukusan. Kukus sehingga masak. Boleh letakkan sedikit santan masa ni untuk bagi dia lembut lagi.
Kukus lagi sehingga masak. Setelah masak boleh keluarkan dan letak dalam mangkuk. Boleh letak gula dan gaulkan supaya pulut kelihatan bersinar.










Thursday, July 10, 2014

Oh my Sweet sweet QS.....

QOS ni merupakan one of my favourite roses. Antara pokok rose terawal yang saya ada. Dari kecil sehingga sekarang pokok ni dah setingi saya. Rasanya ada dalam 2 tahun kot dengan saya.


Melihatkan roses ni hati saya boleh jadi cair teramat sangat...



Sweet peach creamy color....the smells very mild.....as usual does not last long...2 or 3 days than it will be gone.

Bila banyak kudup yang keluar memang sangat seronok. The best part all bloom nicely..


Baru nak kembang cik adik ni...


 
Just love the middle color...

 
When it opens .....aduh mr thrips dah syium dia lah....tu yang ada eyeliner warna coklat kat tepi tu lah tandanya dah kena cium...

 
Walau kena cium ianya tetap menawan di hati ku.....


 
Masa ni daun pun tak banyak asyik kena BS (blackspot) je so saya pun spray dengan darconil....memang berkesan tul.....sekarang saya taka perlu susah hati. Lepas tu saya letak RES+high phosphate + bone meal (selang seli seminggu dengan RES dan high phosphate) + mikrob (seminggu sekali) dan sekarang saya amat berbangga sebab dah banyak daun daun sihat yang telah keluar berserta banyak tunas tunas baru.



Lovely QS collage.....just love them. Can klik HERE and  HERE to see other blooms of my QOS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...