Wednesday, April 30, 2014

Restoran Nasi Arab Al Jabali

Hu...hu....nasi arab lagi. Kalau dah kemaruk nak makan nasi arab tu mesti nak cuba restoran baru kan. Kali ni Restoran Nasi Arab Al Jabali di Jalan Kolam Air , Johor. Tak susah nak cari kedai ni , bersebelahan masjid yang baru dibuat disitu. Masa kami sampai dalam pukul 5 petang hari ahad. Nasib baik ada lagi. Jam 5.30 petang nasi pun dah habis dan mereka tak ulang memasak lagi. So sesapa nak pergi ke restoran ni kena pergi awal lah sebab nasi cepat habis.


First time nampak nasi arab ni warna putih......sekali bila suap wah serius lembut gila nasi arab tu......sedap betul lah....tapi ayam tu ada pelik sikit macam ayam goreng.....tapi tak pelah saya ok je. Highly recommended. Ni nasi arab kedua yang sangat sedap pernah saya makan selepas Restoran Damsyik di Seremban. Boleh klik SINI untuk lihat restoran tersebut.



Kebiasaannya kami akan order teh Arab satu teko , jimat sikit. Ambil yang panas punya. 


Hiasan dalaman kedai. Very the orange gitu.



Di hadapan kedai...nampak meriah dengan warna oren ni. Restoran ni ada juga menyediakan khidmat catering.

RESTORAN NASI ARAB AL JABALI
Alamat : No. 21, Jalan  Kolam Air 1,
Taman Nong Chik Height,
 80100 Johor Bahru

Tuesday, April 29, 2014

Baking Class ......menimba ilmu...

Memang dah lama saya tidak menghadiri baking class ni. Last sekali saya pergi ialah pada tahun 2011, wow lama betul. Boleh klik SINI untuk lihat kelas steam butter cream roses. Sampai la ni saya belum berpeluang mempraktikkan apa yang saya pelajari. Ish..ish ....banyak projek terbengkalailah.....


Participants.......dalam 10 orang. Kelas ni is a demo kelas , di mana kita melihat apa chef buat lepas tu baru kita buat sendiri. Bukanlah kelas hands on. Kalau hands on kita kena buat dari A to Z. Kelas ni dijalankan di Bakewell Pasir Gudang.


Wah......ni lah cara caranya.....Kalau nak deco kek mesti ada turn table sangat important ....sebelum ni saya guna manual je memang susah betul nak deco tapi lepas saya beli turn table yang berpusing laju ni kerja mendeco menjadi sangat mudah.


Kat atas tu dipasang cermin panjang.....senang nak tengok apa chef tu buat.


Inilah hasilnya...3 jenis kek yang dideko. Base kek adalah sponge kek yang telah siap dibuat.
Bawak balik pengsan nak habiskan so jiran tetangga dapatlah seorang sepinggan.



So members of the day on 12/2/14 with the Chef.


Chef ni muda lagi.......tersenyum sokmo. Chef ni dari Kajang came all the way to Pasir Gudang. Seriously I terlupa nama dia ni, sorry Chef.

Monday, April 28, 2014

Parsia Iranian Restoran ......nasi arab

Jalan jalan cari makan lagi. Kali ni try nasi dari negara Iran di Parsia Iranian Restaurant di Skudai , Johor (berdekatan dengan Jusco Skudai). Saya ni satu family memang suka sangat makan nasi arab berbanding dengan nasi beriani. Memang tak pernah makan kat sini sebenarnya sebelum ni. Saja nak mencuba.


Nice papan tanda.


Nilah nasi arabnya.......as for me boleh lah.


Pelik sikit sos dia ni tapi boleh lah makan.


Yang ni lamb shank.....rasa rempahnya agak kuat jugak tapi daging lembut.

Ni pulak salsa rasanya. Salad campur campur yang diperah dengan lemon.



Yang ni Loghmeh kebab .....kebab daging berselang seli dengan ayam......lembut jugak. I like this....sedap...

Hiasan dalaman restoran ni. Ramai orang Arab yang makan di sini. Owner restoran ni ialah Mr Amin berasal dari Iran. Di Johor ni ada 2 sahaja restoran Iran. Satu lagi restoran terletak berhadapan dengan restoran Parsi ni.


Ni di luar Restoran. Kat sebelah restoran ni ada kedai menjual barang barang makanan dari Arab.
Parsia Iranian Restoran
Address : 63-01, Jalan Pendidikan4,
Taman Universiti, Johor

Sunday, April 27, 2014

My Lovely Purple Pink Roses Collections....

Di taman saya , baru perasan kebanyakan roses adalah yang berwarna pink dan purple. Hmm....mesti nak cari warna lain lah lepas ni. Walau apa pun roses memang banyak yang berwarna pink dan purple.

I just realise that I have so many pink and pruple roses in my garden. But it doesn't matter, i love it. Next time should get more colours.


AF ni memang menawan. Baunya tersangat harum.
This AF is very beautifull and it has a very nice smells.


Ni SB yang juga menawan tapi kalah di tangan saya. Dah 2 kali tanam pokok ni masih tak berjaya. Kedua duanya dah ke syurga. Boleh klik SINI untuk lihat semasa hayatnya SB ni. Sedih tul lah. SB roses ni tak boleh siram banyak air sebenarnya.
This is my SB roses, but sad to say now it landed in heaven. I have planted twice but it didnt work with me. I realised that this roses , I cannot put so much water. Can click HERE to see when it still alive with me.



Si merah jambu roses ni dipanggil Ros Pengantin. Jenis memanjat dan bunga bergugus. Boleh klik SINI untuk lihat lebih banyak photo.
This pink roses is small in shape and clusterd.  Smelss good to. Can click HERE to se more. 


 
Yang ni ros CB namanya.......panjang tul nama dia tak pe saya bagi singkatan je senang nak sebut. Bau harum dan rajin berbunga.
This beautifull roses is name CB. Have a very nice smells.


Damask atau ros pink kampung ni sudah bertahan lama dengan saya. Rasanya dah 5 tahun lebih usianya dengan saya. Baunya tersangatlah harum tapi tak tahan lama. Merupakan salah satu roses yang paling saya sukai. Boleh klik SINI , untuk photo yang lain yang sangat sangat cantik.
This Damask roses or village roses we call it is very beautifull. It has been with me for more than 5 years. The smells is very very nice but it wont last very long. It can last for only 2 or 3 days. Can click HERE for more photos. Love all of the photos here. Hope you all will drop by here.


 
QZ atau LF ni memang cantik menawan. Yang ni masih belum berkembang. Kelopak agak keras sedikit. Boleh klik SINI.
This is my QZ or LF, just started to open......very nice. The petals not very soft. Can click HERE.



Cik PP saya ni memang cantik menawan tapi warna dah nak pudar sikit. Wangi dia memang sangat wangi. Boleh klik SINI untuk lihat lebih photo.
This PP roses is very purple in colour but this one is amost faded. The smells is very nice. Can click HERE for more photos.



CW roses ni memang cool warnanya. Bau harum sedikit. Warna pink purple.
My CW roses is so cool. The color tone is so nice pink to purple.



My lovely purple pink collage. Enjoy looking at them makes my heart melt all day long.


Thursday, April 24, 2014

Lovely QOS......

My so lovely QOS ni, memang tak terkata..........Antara roses terawal yang saya miliki. Dah 2 tahun dengan saya. Dari kecil sehingga pokok dan meninggi. Boleh klik SINI untuk melihat photo QOS saya yang lama.


Baru mula nak berkembangan.


 

Ni masih kudup baru terbuka sedikit. Boleh klik SINI untuk melihat photo QOS saya yang lama


 
Kali ni memang banyak buds yang keluar.


Bersih tak ternoda dengan cik thrips.


Satu di hujung sana satu dihujung sini. Daunnya sangat segar. When your daun is segar roses yang keluar akan cantik. So how to get good green daun? Spray 3S + darconil  so that thirps dan red mites tak kacau. Letak mikrob, rose food and spray ros care untuk menghasilkan tunas. Additional boleh  letak RES dab bonemeal.



Yang ni buds lain yang kembang mekar.......warnanya agak pekat dan sangat cantik.

Tapi sayang ada lip liner lah pulak.......cik thrips ni lebih pantas dari saya. Ini kes saya lambat spray H20 Fumakila pada kudup QOS ni.

Namun begitu , kejadiannya tetap sangat cantik dan menawan. Bau QOS ni memang sangat harum tapi sayang bunga tak tahan lama. 3 hari je dah berderai but I will always love you.

Wednesday, April 23, 2014

Cornflakes Madu

Cornflakes madu ni saya buat sebab anak dara saya yang sorang tu teringin nak makan. Cornflakes tu saya beli dah lama , asalnya untuk buat masa raya tahun lepas tapi tak kesampaian. Sekarang ni barulah buat setelah didesak oleh anak saya. Oklah mama buatkan....


Berkilat sebab ada madu kan .......bau karamel ni sangat sedap......

Walau banyak....ngap ngap habis juga.....tak perasan...


Satu resepi yang sangat mudah dibuat even my daughter pun boleh buat....


Raya tahun ni bolehlah buat sebab simple dan saya sangat suka akan bau karamel tu.....


Sebelum di bentuk ......actually macam ni dimasukkan dalam bekas plastik tupperware dan dipadatkan pun ok juga....senang.....tapi tu untuk makan sendiri lah ya...


Its going to be in my list......for this hari raya.....Thanks to Azlita masam manis for sharing the simple resepi.



CORNFLAKES MADU
Source : Azlita Masam Manis

Bahan A
125g butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu

Bahan B
1 kotak cornflakes Nestle (500g)
1 cawan kismis
1 cawan badam cincang panggang

Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan hijau - saya tak letak

Cara
- Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair , tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.
-Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
-Hiaskan dengan ceri.
-Bakar sebentar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 darjah. Ikut oven masing   masing ya. Oven Butterfly saya cuma 150 darjah saja.
-Bakar selama 8 - 10 minit.
-Sejukkan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. 


 




 






Tuesday, April 22, 2014

Pengat Labu + Keledek + Keladi....

Ni entry  berlapuk lagi, dah lama dalam draft  tak dikeluarkan. Ada labu sebiji yang saya beli masa di Bandung pada Dec'13 yang lalu. Saja beli labu ni nak rasa ada beza tak yang di Malaysia dan di Bandung.
Pengat labu ni favourite hubby. As for me biasa biasa je lah.


Agak pekat sikit pengat ni.



Nilah rupanya labu dari Bandung tu. Warnanya sangat terang.......oren pekat. Rasa cam biasa je tak lah manis pun. 


 
Tepung cha cha yang berwarna warni. Ni kena rebus dulu bagi lembut ya.

Saya tambahkan keladi dan keledek purple di samping labu yang warna oren tu.


Nyum nyum sedap pengat ni.....pekat gitu.....tak boleh makan banyak....


PENGAT LABU

Bahan
1/2 biji labu - didadu  dan direbus
sedikit keladi dan keledek - didadu dan rebus lembut - tak letak pun tak pe
1/4 cawan bubur cha cha - rebus hingga lembut dahulu
3/4 camca besar biji sago - cuci dan toskan
1 ketul gula Melaka dipotong kecil
1/4 cawan gula pasir
1 cawan air
350ml santan pekat
air secukupnya
sedikit garam

Cara
- Masak gula + gula melaka + 1 cawan air. Tapiskan.
-Masukkan santan  + air gula yang telah dimasak di atas + sagu mata ikan + bubur cha cha dan air secukupnya ikut kepekatan yang dikehendaki.
-Mendidih masukkan labu + keledek + keladi yang kesemuanya telah direbus terlebih dahulu.
-Masukkan garam sedikit, jika rasa kurang manis boleh tambah sedikit gula ikut citarasa masing masing





Monday, April 21, 2014

Ikan Keli Salai

Asalnya ikan keli salai ni saya beli di Seremban masa balik rumah my mother in law. Beli 4 ekor je tu yang masak lemak cili padi ni. 


Bau ikan salai ni sangat sedap. Aromanya memang saya tak boleh tahan.


Beginilah rupa ikan salai yang dibeli di pasar tani Stadium Paroi, Seremban.

Bahan bahan yang diletak = cekur + bawang + cilipadi

Hasil cekur yang ditanam sendiri tapi cekur ni muda lagi so rasanya kurang sikit tapi bau cekur tetap ada.


Tabur dengan hirisan daun cekur.


MASAK LEMAK IKAN SALAI
Source : Sweetiesaqi

Bahan
4 ekor ikan keli salai
10 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar merah bersaiz kecil
5 biji ubi cekur atau ikut suka (seeloknya yang tua sikit)
1/2 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
gula dan garam secukupnya
5 helai daun cekur
Cara
-Tumbuk cilipadi, kunyit hidup , bawang besar dan ubi cekur hingga lumat.
-Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
-Letakkan santan cair diikuti dengan santan pekat.
-Didihkan dengan cara menimbuk. Erti kata lain, selalu kacau kuah tadi jangan sampai naik minyak atau santan tersebut pecah.
-Masukkan ikan keli salai , garam dan gula secukup rasa.
-Last sekali baru masukkan daun cekur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...